Saturday, June 19, 2010

KECOH BETUL (Sri Saheb Production Sdn Bhd , White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. 2010)



Serius sedih, jengkel tengok feel filem Melayu shooting dekat setahun setengah baru tengok balik.. feel yang sama (feel rasa lawak da agak basi..) selepas LU FIKIR LA SENDIRI aku rasakan sekali lagi.. sayang terbuang filem Melayu.. apa nak buat.. negara sendiri tapi bila gi kedai komik beli komik Cina HK kat kedai Mamak.. sedihhhh...nama aje negara sendiri tapi filem sendiri kena tunggu Skim Wajib Tayang.. pastu berentap pulak dua filem atau kadang2 tiga laa dalam sebulan. sedih betul..

Filem nie enjoyable.. Nabil berikan persembahan yang memuaskan jugak untuk filem nie.. mamat cakap Utara yang gemoks pegang watak Belon tue ada potensi laa untuk diketengahkan dan Bell Ngasri mencukupkan korum untuk trio lawak filem nie.. dengan permasalahan budak hantar pizza merempit malam... dunia budak2 muda.. then permasalahan ALong.. ada la issue sket kat shitu..

Filem dibuka dengan Apek buat lawak antiques dia yang dirindui.. selepas hiatus dan menyepi selama nie.. (aku nonton betul2 beberapa hari sebelum dia kena raid dadah tue..) Memang kalau da lama tak pulun lawak dia kadang2 jadi mahal dan okay jugak Apek nie..

Aku rasa seronok lagi part Shiela Mambo.. woww seksinya makcik tue.. ekekeke.. tapi Yatt jadi anak dia pengkid tue menggelabah laa.. tak sesuai langsung.. Diana Danielle memang boleh berlakon tapi janganla harap ada kekuatan watak untuk filem macam nie ehehehe.. part Aziz Sattar menggatal macam kurreng sket.. aku suka part Karam Singh Walia jadi cameo tuan rumah depa bertiga sewa tue halau tue wahahah..

No comments: