Friday, March 02, 2012

ADNAN SEMP IT 2 (Metrowealth 2012)


Berjaya ke idak depa pumped balik RM 13 juta macam Adnan Semp It 1 itu tak boleh dibayangkan lagi.. tapi masuk minggu kedua nie Ismail Bob hashim boleh relief dengan 4 juta kutipan..

A comic relief sekali lagi.. lupakan la sekejap superhero.. alien dan zombies.. jenayah letup2 Hollywood pop corn.. raikan aje laa komoditi tempatan nie dengan lapang hati.. its fun all the way.. walaupun ada banyak kesengalan kau tak boleh belah..

Chemistry Wawa dengan Along lebih besh daripada Intan Ladyana dengan Shahezey Sam.. silap2 ada permintaan untuk spin off depa plak nanti.. ehehehe..

Syuk Balas tu okay pulak dalam nie.. masa RAJA LAWAK aritue takde pulak aku suka..

Thursday, March 01, 2012

Gorillaz, Converse + Andre 3000+ James Murphy doing Do Ya Thing



Meanwhile.. lagu baru projek Gorillaz bersama mamat Andre 3000 dari Outkast jugak James Murphy dari LCD Soundsystem bertajuk DoYaThing pun masyuk jugakk.. wahhh sangat rare tapi menarik paduan kolabo macam nie.. projek vid clip tue jugak dijayakan bersama kasut Converse.. kool dan gila as usual lah!

ROCKET JUICE AND THE MOON Hey Shooter

Apa nie>? wahh gilaaa.. sebuah projek di mana Flea RHCP bersama Damon Albarn (Gorillaz, Blur, The Good The Bad and the Queen) dan drummer Tommy Allen- sebuah matematik music yang gila.. funky.. gila gila.. semacam ko dengarkan The Budos Band tapi lagi gila..

Dengarkan lagu nie..di mana Erykah Badu bernyanyi.. Hey Shooter.. gila kan?

Monday, February 27, 2012

Eureka 7 baru- Astral Ocean April nie.. yattaaa!!


April nie ada ramai orang tunggu Naruto spin off Rock Lee saja.. sekali aku checked anidb.net rupanya macam stok chibi2 cumil2 jer.. caisss tak jadi gembira.. last2 jumpa satu yang lagi besh daripada Bones- as usual.. EUREKA SEVEN- Astral Ocean.. tatau aa masih robot surfing tue ker.. yang dicintai member aku APis Yus duluss..

ACTION COMICS #5 (DC Comics March 2012)


Reboot dan rombakan plot dan universe kesemua watak DC memang ganas dan menjerihkan.. letih nak kejor.. kita dihambat dengan dunia 52 mereka sekali lagi..

Selepas 4 issue Superman dengan jeans senteng dan cape.. dengan penceritaan semula yang bergaya.. diorang 'visit' sekali lagi usulan Superman yang udah well- known.. dihantar ke planet yang asing bagi bayi Kal- El.. tapi untuk issue nie.. Grant Morrison cemerlang gila dengan Jor- el menggelabah gila nak selamatkan anak dio.. siap suggest nak lalu Phantom Zone.. tak pasal2 penjenayah dari ruang tue nak jahanamkan port dio.. ada pulak Krypto si anjing kat shitu.. beshzzz beshzz terus send ke Bumi dan diangkat Martha dan Jonathan Kent seperti selalunya...

Terus loncat ke present yg pening- Anti- Superman Crew berbincang mengenai kedatangan Superman dan Superman berdiri sekali lagi dengan League of Superheroes..(geng2 Krypton..)

Komik sokongan kedua di muka belakang- sekali lagi dengan Jonathan dan Martha berkeluh kesah tak dapek anak kandung.. kesiannn..

Tapi besh lagi plot komik pendek, iringan dalam ACTION COMICS # 900 aritue di mana Jor El mintak satu mamat saintis provide satu kapsul atau apa2 sahaja yang boleh nempatkan baby dia selamat ke Bumi lokesan sekil pakcik Ryan Sook.. pendek tapi mengesankan..

Thursday, February 16, 2012

GYO .. Ufotable pulunkan Junji Ito punya komik


Peminat komik gila seram pelik Junji Ito might want to cek diz out... gila kaoo.. anime berdasarkan manga dia tue akan dipulunkan oleh Studio Ufotable.. (fate/zero..)- mungkin kah studio ni dapat kejar, matched keseraman dan feel mood Ito>? Ontahh.. korang nilaikan aa dr trailer linkin di bawah tue..

OVA nie baru rilis semalam 15.02.2012.. cuba la korang terai..gila kan?

Sunday, February 05, 2012

MEGADETH Thirt3en (Roadrunner 2011)


Dave Mustaine memberitahu dunia bahawa dia tidak pernah terlalu tua untuk thrash dan heavy metal.. besh2.. stay true to his ethics.. his words, lyricals.. style.. itula Mustaine.. yang memisahkan dia dengan Metallica.. sama besh dengan penawaran Iron maiden tahun lepas..

Video Public Enemy No.1 yang dibuat berdasarkan idea Al Capone selalu gak Astro dalam program Riff pasang.. Favorite aku wud be track no.13.. Whose Life (Is It Anyways?) style tajuk lagu ala2 zaman 90s/80s.. macam band nie.. atau style tajuk lagu band Extreme.. menarik pulak tue lagunya.. membelus kat opening lagu Millenium of The Blind.. dan lagu Never Dead memang adrenalin pumping song!!

Ini la bandnya yang memberi sekil kepada band sekarang macam Avenged Sevenfold.. tapi aku x suka sangat Avenged melainkan kat permainan gitarnya..

AVENGERS ACADEMY #21 (Marvel Comics Jan 2012)



Nie pun ada satu title Marvel yang tengah laju populariti dia.. tapi cabaran komik macam nie ialah melambakkan terlalu banyak watak baru yang belum grow up on you.. dah la semua terror2 dan superpower.. remaja pulak lagi.. depa dihimpunkan oleh Mr. Hank Pym atau Giant Man.. Kapitan Amerika, tapi heran jugak kenapa depa pilih nak bersama Avengers.. bukan X Men.. dahla depa nie rebel, memberontak dan ada langkah dan plot tersendiri seperti kejutan di ujung komik nie.. mcm siolll... sebab power depa aku rasa lebih matched dodok dalam X Men..

Berani pulak tue gado dengan otai2 macam Kapitan Amerika.. dan tumbuk pakcik Luke Cage yang agam.. cis betulll..

Cabaran melukis watak2 banyak nie ialah tiba2 kau jumpa pulak watak nie kat panel lain dan mereka sebenarnya dalam event atau timeline sama.. jadi kesukaran jugak la kita nak memaham situasi komik tue.. di sinila kepakaran pelukis untuk ikut skrip penulis tue teruji...

Komik nie aku trade dengan pakcik Zucafly.. dia dapek Wonder Woman dan Avengers guwe eehehe yang otai2 Avengers..

Friday, February 03, 2012

TOWA NO QUON (Studio Bones, 2011)



Towa No Quon nie macam menyambung ajer kemeriahan Studio Bones mencipta rekaan yang lebih kurang sama- XAMDOU.. EUREKA SEVEN tapi still.. kau terpukau dengan color.. dan kehebatan anime nie.. lagi2 nama Studio Bones..

Dengan tema superhero superpower dapat kehebatan daripada kuasa asing tapi semua watak utama macam jadi bahan eksperimen dan buruan tentera.. yang menjejak Quon- yang sebenarnya adalah kuasa purba dodok dalam badan hero..

Thursday, February 02, 2012

PHI BRAIN KAMI NO PUZZLE (Sunrise, NHK 2011)



Daimon Kaito adalah pelajar sekolah dengan abiliti merungkai puzzle.. apa saja puzzle dan permainan puzzle yang korang tau.. sehinggala dia terlibat dengan Philospher's Puzzle yang disetkan oleh satu group dipanggey Puzzle of God(POG).. yang mengesan bakat unik Kaito.. dan Puzzle2 oleh POG nie semuanya merbahaya dan mengancam awek jugak teman sepermainan dari kocik- Nanoha..

Sekil.. walaupun design watak sama aje dengan watak anime, manga yang sedia glamer.. tapi puzzle dia yg penuh licik.. kadang kala mistik.. memang menarik..

Penderitaan Kaito setiap kali selesaikan puzzle ialah dia akan tidur pulun beberapa hari waahaha.. lawakk..