Sunday, June 05, 2005

Edar Jarum Suntikan dan Kondom percuma: Kebangangan diteruskan juga

Tak reti lah aku nak cakap... virus merepekism di kalangan Kabinet menjadi jadi... apakah Kabinet nie lahir di kalangan Mat Stoner atau bengap tak reti2.. mana punya pendekatan Fiqh atau apa2 cabang ilmu lain yg depa amik.. aku pun tatau... menggeleng saja aku baca suratkhabar harinie online... kejadah apa yg melanda...

Bazir wang rakyat -- Jika bekal jarum suntikan, kondom kepada penagih dadah
Oleh: ZAINI RABAN

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan Selangor dan Terengganu tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan untuk membekalkan jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV.

Cadangan kementerian tersebut, walaupun bertujuan baik, tetapi hanya membazirkan wang rakyat.

Di Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat, Datuk Abdul Rahman Palil menegaskan, cadangan Kementerian Kesihatan bukan sahaja tidak sesuai, malah didapati tidak berkesan seperti dibuktikan di negara-negara Barat yang telah cuba melaksanakan kaedah berkenaan.

``Kalau kerajaan mahu memberi jarum dan kondom secara percuma kepada penagih ia akan menelan belanja yang lebih besar dan sudah tentu ia akan merugikan kerajaan kerana jumlah penagih di negara ini ramai.

``Selama ini kita telah menjalankan usaha pencegahan dadah dengan baik, jadi lebih baik kita teruskan usaha berkenaan daripada kita membazirkan wang kepada langkah yang belum tentu boleh memberi kesan yang baik kepada negara,'' katanya.

Menurut beliau, sepatutnya keutamaan kerajaan ialah meningkatkan lagi program pencegahan dadah khususnya di kalangan pelajar sekolah dan belia.

``Selain itu, kita juga perlu lakukan pengasingan penagih dadah kerana ia lebih sesuai dan ia telah terbukti berjaya sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor di Pulau Carey, Banting,'' tambah beliau.

Dalam hal ini, Abdul Rahman menarik perhatian bahawa kerajaan Selangor juga sedang membina kemudahan dengan konsep yang sama di Hulu Selangor.

``Kita kumpulkan mereka, bagi rawatan dan sumber pendapatan, insya-Allah dengan cara itu kita akan lebih berjaya,'' katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Belia di sini, hari ini.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek mencadangkan, penagih dadah diberikan jarum suntikan dan kondom percuma di bawah program perintis selama enam bulan.

Program itu yang dikenali sebagai, `Program Mengurangkan Kemudaratan Kesihatan Kepada Penagih Dadah' akan melibatkan 1,200 penagih sukarela.

Peserta program itu kemudian akan menjalani rawatan selama enam bulan, masing-masing di 10 klinik kerajaan dan 10 klinik swasta terpilih membabitkan kos antara RM2.3 juta hingga RM3 juta.

Program tersebut dibahagikan kepada empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur serta dikendalikan Kementerian Kesihatan bertujuan mengurangkan jangkaan lebih sejuta penagih dadah dan 300,000 pembawa HIV positif menjelang 2015.

Mengikut perangkaan terbaru, 20 kes baru HIV dilaporkan setiap hari dan menjelang 2015 dianggarkan ada 300,000 pesakit HIV dan lebih sejuta penagih dadah.

Menurut Abdul Rahman, satu lagi cara paling berkesan dalam mengatasi masalah penagihan dadah ialah dengan memberi didikan agama yang secukupnya kepada generasi muda.

Katanya, pembinaan jati diri dan kerohanian di kalangan anak muda merupakan benteng yang paling utuh bagi menghindari mereka daripada gejala dadah.

Di TERENGGANU, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Ramli Noh berkata, cadangan itu sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa terlebih dahulu.

Tegas beliau: ``Ia melibatkan kenyataan hukum dan fatwa. Ia suatu benda untuk menggalakkan suatu benda yang akibatnya sudah cukup buruk dengan perlakuan yang bertentangan sama sekali dari sudut agama dan moral.

``Kita berikan jarum suntikan dan kondom percuma, ia beri gambaran seolah-olah kita benarkan penagih itu terus melakukan apa yang telah biasa dilakukan menggunakan alat-alat itu,'' katanya.

Ramli mengakui, langkah itu memang salah satu kaedah mencegah. Bagaimanapun, beliau mempersoalkan kewajarannya sama ada ia baik dan berkesan serta tidak bertentangan dengan agama.

``Kementerian Kesihatan tak wajar cari kaedah untuk menyelesaikan masalah dengan kaedah yang menimbulkan masalah.

``Hasrat kerajaan tentunya demi kebaikan rakyat, tetapi apakah ia benar-benar boleh bawa kebaikan kepada rakyat ketika negara berhadapan dengan masalah dadah dan HIV,'' tegasnya.

No comments: