Fond of beautiful words.. terpengaruh tgk Vovin dan blog Maya..aku nak bersajak la pulak.. kat bwh nie samples yang konon2 aku da bg kat BLUS SELAMANYA tatau aa depa da siarkan ke belom.. ada sket2 ubah.. ada gak gatai2 hantar kat JELITA.. cuma dpt RM lapanplo yg duitnya aku x dpt rasa pun... deposit ke dlm bank.. ceknya tak lepas..hingat nak enjut beli komik.. (:
UNTITLED
relakan satu lagi percintaan
untuk satu lagi penderitaan
relakan satu lagi kepuraan
untuk satu lagi kepuasan
relakan satu lagi hati
untuk sekali lagi disakiti
relakan satu lagi janji
untuk satu tempoh yang tak pasti
paksakan satu lagi pertemuan
untuk satu lagi episod penuh drama kepuraan
hati yang tidak pernah pasti
akan terus menabur janji
MOMENT
deru ombak menghembas pantai
menggamit memoir sepi seorang perindu
kenangan sendu di waktu lalu
ketika si dia mengisi hidupku
bertamu dalam hatiku
Angin bayu menampar pipi
menyapu kedinginan wajahku yang suram kelam
masih tak mampu ku usir kenangan silam
yang selalu singgah
menghadirkan resah
ke dalam resah
Rasa rindu dan dendam serta marah itu selalu datang
walaupun sekejap sahaja dan boleh juga kalau ku nak singkirkan
namun seakan memberitahuku sesuatu
yang harapan mungkin tinggal harapan
tak akan jadi satu kenyataan
mengajarku menjadi realistik
tetapi masih takut dan alergik
untuk menerima satu lagi cinta yang bakal datang
memberi dan menghulurkan salamnya
TRIVIA
1. Aku tak dodok tepi pantai mahupun laut.. sungai ada lah..:)
2. AKu sedang tak bercinta aahh..
No comments:
Post a Comment