Sunday, October 09, 2005

Bila kerunsingan dan poyo berlebih2



Masalah negara... kecoh giler.. bila ahli politik poyo dan rungsing sesuatu yg x perlu dirungsing... masalah lagu NEGARAKU lebih besar drpd masalah AYAH PIN.. inilah yg berlaku,,,

Kesian Hattan... ahahha..

masalah ini akan memanggil balik macamana selama nie artis dlayan dengan hormat atau tidak di Malaysia.. artis yg macamana biasanya dipertahankan dan dibela oleh kerajaan... dan rakyat Malaysia amnya.


Jangan cakap sedap mulut - Hattan



Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz semasa sidang Dewan Rakyat Selasa lalu mendakwa Hattan menyanyikan lagu Negaraku tidak mengikut versi sebenar. Beliau merujuk nyanyian Hattan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu.

``Penyanyi itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut,'' demikian kata Mohamed Aziz.

Bila perkara remeh begini disebut Parlimen, saya diminta supaya mendapatkan komen Hattan. Dia tidak mengelak dan selama hampir dua jam saya bersama jurugambar Raja Jaafar Ali serta wartawan Utusan Malaysia, Khatijah Ibrahim menyelami perasaannya.

`Jangan gunakan saya untuk cari publisiti murah dia.'' Tenang dan meluncur saja kata-kata dari mulut Hattan.

ni bukan isu main-main. Melibatkan soal maruah seorang warganegara. Mengenali Hattan, saya rasa dia bukanlah seperti yang disangka.

Lalu, bila ada yang kata Hattan tak patriotik, Hattan menghina Negaraku dan wajar dihumban ke laut, saya menjadi keliru.

`Usah bercakap soal patriotik dengan saya, saya sanggup ke medan perang demi negara,'' kata Hattan lagi.

Kepada saya, Hattan mengakui dia cukup terluka dengan tuduhan itu apatah lagi berita kontroversi ini telah membuatkan ibunya menangis.

Macam mana Hattan menyanyi lagu Negaraku itu?

Macam mana apa? Saya nyanyi Negaraku macam biasalah. Awak nyanyilah dulu macam mana, macam tullah yang saya nyanyi.

Hattan didakwa `menghina' lagu kebangsaan, boleh jelaskan isu berkenaan?

Hendak jelaskan macam mana? Saya tak tahu di mana salahnya saya. Apa yang salah ni? Saya nyanyi macam Negaraku betul. Tetapi kita orang profesional, nyanyi dengan feel. Itu saja. Kalau dia orang fikir lain tu, saya tak boleh cakap apalah. Alah, macam kita nyanyi di sekolah tiap pagi Isnin, macam tulah saya nyanyi.

.

Macam mana boleh timbul isu Hattan menghina?

Saya tak tahu, awak tanyalah dia, orang yang cakap tu, yang komplen tu. Mungkin dia lebih tahu daripada saya. Saya mana tahu. saya sudah jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bila diperlukan dalam acara tu. Saya ikhlas, memang seronok, teruja untuk melakukannya. Itu saja. Lain tak ada. Saya tak kisahlah orang hendak cakap apa pun. Suka hatilah.

Sebagai penyanyi apa yang Hattan rasa bila isu ini disebut di Parlimen?

Saya rasa sangat terhina. Macam sumbangan selama ini tak dihargai langsung. Kebanyakan anak seni memang diperlakukan macam ini. Bila diperlukan, adalah. Bila tak diperlukan dibuat macam-macam, biasalah. Saya sudah biasa benda-benda macam ini. Tapi lain tu saya tak kisah. Saya bukan peduli sangat sebenarnya. Hendak cakap di mana sekalipun, mereka punya fasallah. Tapi saya sangat terhina sebab satu ayat tu yang dia cakap.


Yang mana?

Ayat yang hendak buang saya ke laut. Saya terhina sangat. Saya ada emak, ada saudara mara. Bukan tak puas hati, tapi sedih. Kita sekarang dengan konsep Islam Hadhari, inikah dia? Masa lepas nyanyi tu, semua orang ucap tahniah. Very good! Very good! Banyak wartawan pun cakap bagus, tapi masa orang bantai, wartawan pun sama bantai juga.

Apa komen bila Hattan dikatakan tidak patriotik?

Saya tak nak cakaplah saya ni patriotik atau tak. Dalam diri saya ni, saya saja yang tahu. Masa pelancaran Putera UMNO, saya nyanyi dengan Mawi, dengan Nash. Saya nyanyi di sekolah Kemaman, dapat kutip duit RM40,000, satu sen pun saya tak ambil. Bagi anak-anak orang susah di Kemaman. Buat konsert Tsunami di Kemaman, pungut RM30,000 lebih. Saya tak ambil satu sen pun. Puluhan kerja amal saya buat. Sayalah salah seorang artis yang banyak buat kerja amal, tapi tak pernah gembar gembur di akhbar, sebab niat ikhlas. Awak tanya Adam (anak tunggal berusia 7 tahun), lagu pertama yang ayah ajar kalau bukan Negaraku? Itukan patriotik tu. Argh! Patriotik bukan setakat bercakap saja. Saya nyanyi di tengah stadium tu sudah patriotik. Saya boleh tolak benda tu. Tapi sebab saya rasa ini patriotik, sumbangan kepada bangsa dan negara, saya buat.

Macam mana perasaan ketika itu, memimpin Negaraku di tengah 100,000 orang?

Bangga yang tak boleh cakaplah. Meremang bulu roma sampai tahap nak menangis pun ada. Orang yang pernah duduk tempat saya tahulah macam mana rasanya. Tapi lain pula jadinya sekarang ini. Sedih betullah. Tapi saya pejuang seni, tak hairan punya. Lepas ini kalau ada orang panggil lagi saya nyanyi lagu Negaraku, saya pergi.

Kenapa Hattan nyanyikan Negaraku versi lama?

Memang saya nyanyi versi lama. Penganjur pun setuju masa aku buat pembukaan sebelum tu. Tak ada masalah. Awak fikirlah, dalam stadium tu, kelengkapan audio bukan macam kita buat konsert. Banyak gangguan, punya seksa hendak ikut tempo tak boleh hendak cakap. Tapi saya nyanyikan juga. Itu bukan patriotik ke? Saya bangga tau. Bagaimana saya sayang pada bangsa dan negara saya ada dalam ini (tepuk dada). Tak apa Tuhan nampak, Dia tahu apa ada dalam dada saya. Tapi sebagai Melayu, guna perkataan macam itu (buang ke laut), sorry, i never respect you, men!

Apakah ini pertama kali Hattan nyanyi Negaraku depan orang seramai itu?

Sebelum ini pun dah nyanyi di FA Cup, macam itu juga. Tak ada benda. Siaran langsung di TV. Saya penyanyi profesional, ada semangat. Ada roh dan perasaan di situ. Bukan keras kaku. (Hattan berdiri, dan ulangi semula apa yang dia lakukan di depan kami. Saya buat macam ini,``Tuhan kurniakannnnnnn, Raja kitaaaaa. Selamat bertakhtaaaaaa..... Salah ke?


Adakah `buang ke laut' itulah yang membuatkan Hattan bengang?


Saya sedih sebab emak saya sedih. Dia tanya, apalah nasib engkau ni? Mak saya menangis. Yallah, anak dia dibuat macam ini.

.

Di negara kita, adakah orang seni tidak di layan dengan adil?

Datuk Rais (Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) layan kami sangat baik. Sangat menghargai dan hormatkan kami. Dan banyak pemimpin politik yang muda-muda macam Datuk Hishammudin (Menteri Pelajaran) kita boleh kerjasama, tak ada hal. Saya selalu buat show di Pahang, Datuk Adnan (Menteri Besar Pahang) baik. Minggu depan ada persembahan depan Timbalan Perdana Menteri, mereka semua layan artis bagus-bagus. Kita sama-sama hormat kepada orang lain. Bila timbul sesuatu isu banyak sangat yang ambil kesempatan. Mereka ini tak fikir perasaan orang. Awak ingat senang nak buang orang ke laut? Ingat saya ni anak apa ha?

Apakah kontroversi ini paling tragis dalam sejarah Hattan sebagai penyanyi?

Saya tak rasa tekanan. Tapi kecewa. Antara tekanan dan kecewa tu lain tau.

Kecewa yang paling teruk sepanjang jadi artis?

Selain bercerai hari tu, inilah yang paling teruk saya kecewa. Sebab orang salah tafsir niat saya. Kalau awak jadi saya, awak pun akan kecewa juga. Orang suruh nyanyi feel lebih, saya berilah. Tapi kena pula. Memang mangsa keadaan betullah.

Kalau ada pihak yang ingin Hattan minta maaf?

Saya tak akan minta maaf, sebab saya tak salah. Dan tak payah pertikaikan saya punya patriotiklah. Saya punya patriotik lagi gila punya.

Barangkali lebih patriotik dari orang yang bercakap?(Hattan diam).
Entahlah, saya tak tahu. Tapi malam tu memang semangat, perasaan saya lain macam sikit. Berkobar-kobar sampai hendak buat baju bendera, tapi tak jadi. Sebab tu saya sedih tu, bila buat sudah habis-habisan orang cakap tak elok macam ini. Kalau awak pun sedihkan? Politik tu politik juga, tapi hormatlah perasaan orang lain. Orang ada perasaan. Tak hormat saya tak apa, hormatlah mak saya, adik beradik saya, saudara mara saya. Kempen budi bahasa apa ni?

Mungkin hasrat dia tu untuk menegur?

Kalau hendak tegur pun gunalah perkataan manis, selidik dulu. Jangan main sedap saja

2 comments:

Kalamtimur said...

ahaks, ntah apa kobondo buat 'Joke of The Year', dah takdo ideo. kesian Hatta yang jadi mangso.

sis_aflah said...

sesuka hati dia je nak humban anak org dlm laut.. inila gaya 'intelektual' parlimen kita bercakap...