Friday, June 01, 2007

SHREK THE THIRD


Shrek The Third meneruskan siri animasi yang penuh dengan pop culture esp popular music and films jugak barisan pelakon popular dan penyanyi popular.

Shrek The Third atau Shrek 3 kali nie mengheret Justin Timberlake untuk watak Arthur Pendragon, pewaris takhta kerajaan far Far Away selepas pemergian Raja Harold bekas putera katak haritue..

Fiona pulak beberapa kali nak bgtau Shrek yg dia da pregnant tp x berkesempatan.

meanwhile Prince Charming yang dihina hanya bekerja sebagai penghibur teater dinner show.. mengumpulkan semua villain dr semua cerita dongeng untuk tujuan membalas dendam atas kematian ibunya Ibu Pari- pari.. (mcm Suratkhabar laa susahnya nak translate ahahaha.. :)):dan penghinaan yg Shrek dan penduduk Far Far Away ke atas beliau. Serangan berlaku ketika Shrek (sekali lagi Mike Meyers) , Puss in Boots (Antonio Banderas), dan Donkey (eddie Murphy) yg baru ada dua tiga ekor anak kacuk keldai dan naga semenjak kawin.. :)):unik duhh.. pergi merantau mencari Arthur dan masa tue pulak Fiona and the ladies dr cerita2 dongeng-Rapunzel, Cinderella, Sleeping Beauty, Snow White tengah lepak2 membincangkan persiapan Fiona dan Shrek menyambut babies. Semasa berpisah Fiona (sekali lagi Cameron Diaz..) memberi hint kepada Shrek that 'they gonna have babies' tapi Shrek tak berapa nak tangkap dan sure akan idea dia akan jadi bapak.

Shrek dan the gang jumpa Arthur tapi nampaknya ketokohan Arthur diragui...

macam biasa.. korg pasti akan terhibur dengan Pinoccio yang lawak... Gingerman.. atau Cameron Diaz nyer giving ekspresi dan suara dia untuk Fiona sangat la besh.. yg tak dia berikan untuk filem2 "aksi hidup" dia yang lain..

Justin ? Boleh aa..

dan soundtrack dia mcm biasa.. filem suggested untuk fun...

filem nie jugak ada kontroversi tarik- tarik penamaan hak cipta dan produksi antara Viacom (conglomerate hiburan besar yg da beli Paramount, MTV, Nickeledeon, Dreamwork) dan Dreamwork SKG yg tak sodah2..(George Soros pun terlibat tue..) yg akhirnya Paramount tayangkan jugak tahun nie.. walaupun supposed tunda lagi tahun depan.. korg baca aa Wiki ..

ada terlalu banyak moment kelakar tapi aku paling suka Snow White goda set2 Talking Trees a la LOTR yg jaga pintu masuk Happily Ever After versi Prince Charming.. guna lagu lama SNow White dr filem kartun klasik Disney.. campo intro nya dr lagu Led Zeppelin's [i]Immigrant Song[/i] yg lain korg check sendiri aa..

No comments: