Tuesday, January 22, 2008

Here comes the crap

Pak Samad, Sasterawan Rakyat
Tuesday, 22 January 2008

Bila orang bodoh kaut untung dengan rasuah

"SAYA sekarang mantan Sasterawan Negara," tutur A. Samad Said. Syahdu. Itulah satu kata buat menjelaskan suasana petang Sabtu itu. Secepatnya acara baca puisi "Kata-kata" di Galeri R.A, Kuala Lumpur bertumpu dengan kenyataan keras pengarang ternama itu.

Dia pengarang terakhir dijemput mempersembahkan karyanya. Segala persembahan lain, tiba-tiba tenggelam dengan kata-katanya. Aku yang pada mulanya tergelak terbahak dengan persembahan lagu Hannah T dendangan Tan Sei Hon yang penuh lelucon terus sebak dan marah mendengar kenyataan pengarang novel Salina itu.

Dia membuat kenyataan tersebut sebagai maklum balas terhadap isu buku teks baru untuk komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang dijangka guna tahun 2010 nanti.

"Tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar." Begitu lapor akhbar Berita Harian 12 Januari 2008 lalu.

"PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas," lapor akhbar itu lagi.

Antara penulis yang bakal menggantikan teks sastera Melayu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar. Menjadi hak mereka untuk menulis. Tetapi tak dapat aku menerima hakikat jika novel-novel seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari karya Ahadiat diangkat sebagai teks sastera untuk dipelajari di sekolah-sekolah.

Tak ada apa lagi yang aku mampu katakan lagi melainkan bebal, bingai, bodoh, sial dan banal! Beginilah cara orang bodoh mengaut keuntungan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa. A. Samad Said yang mesra dengan gelaran Pak Samad kini bukan lagi sasterawan Negara, dia adalah Sasterawan Rakyat!

Rencana di atas ditulis oleh aktivis budaya dan pelukis Rahmat Haron

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=2193&Itemid=49


Gile... gila babi pak Samad marah2 kaw2 di petikan atas nie..tapi kemarahan beliau tue sebenarnya memang sangat berasas pun..

ramai sgt ke wannabies dalam kementerian Pendidikan tue sampai boleh keluar idea bangang mcm nie?

Novel takde langsung nilai sastera mcm Ahadiat Akashah boleh dipakai jadi teks sastera? Apasal x cari yg Arena wati punya. novel2 90-an dia banyak yg appeal golongan remaja.. Zaid Akhtar punya tue aku setuju lagi.. alasan "berat" aku tableh terima langsung..

well aku x suka jugak bende berat sangat jadi beban budak2 tp to call "karya2 sastera" sangat berat tue macam meraikan sangat kerosakan budak2 sekarang.. tapi mungkin aa org dalam KK ada alasan tertentu.. mcm.. nak bagi paper tue ada org minat ke apa..

tapi serius shit jugak kalau diteruskan.. baik masukan Hikayat Mona Gersang ke.. geng2 novel picisan yg biasa tersimpan bwh tilam budak2 asrama dulu2.. geng Yo! Kami Rappers ke dulu2..

untuk terma nilai sastera.. nak cari ringan. soh la budak sekarang cari novel2 Pak Sako ke.. applykan PEPATAH PETITIH ke.. BUNGA RAMPAI MELAYU KUNO ke.. KURIK KUNDI MERAH SAGA ke.. sia2 ajer DBP buat buku banyak2 besar2 agam2 nilai dan size xde budak skang nak baca.. serius shit..

kenapa x amik AYAT2 CINTA?

ye laa pun.. budak2 skang bukan peduli tue semua.. yg penting topap handset.beli majalah hiburan..dating.. layan TV..mengenjut kat pondok kosong..P

mungkin aku yg aging nie berat sebelah.. xadil sbb aku dulu pun pernah mcm tue..tapi untuk letakkan dan ajor depa learned bende2 merpek nie aku tak setuju jugak..

dah la cerita jahanam mcm ANAK HALAL>> REMP IT.. kaw2 diberikan pujian..tapaham aku..

No comments: