Friday, March 21, 2008

KITE RUNNER




Kite Runner adalah sebuah filem budget bersama

Paramount + Dreamworks SKG untuk naskhah Inggeris yang popular dr novel Kite Runner tulisan Khaled Houusaini seorg Afrghan yang mengutuk Mullahs dan rejim Taliban di Afghan. Bortharg pulun naskhah novel nie baru nie dan disebabkan aku can't afford to buy masa Pesta Buku Kaherah baru nie.. aku pun try download filemnya.

Mengisahkan Amir, anak orang kaya kepada seorang berpendirian modern dan agak berpengaruh di Wali Akhbar khan, Kabul, -dihantui kenangan silamnya yang makan member, khianat membernya masa kecik- Hasan, seorang anak bawab suruhan berbangsa Hazara (bangsa kasta rendah Arab di Pakistan- terhina jugak di negara2 lain seperti Iran mcm cerita kasut tue... "bawab" adalah term Arab mesir untuk kasta, org suruhan yang masih dikekalkan sehingga sekarang utk kemudahan orang kaya)- yang served keluarganya lebih 40 tahun lamanya.

Amir dan Hasan sangat intim sebagai kanak2 biasa yang have time. Amir kdg2 membekalkan stuff (toys, duit nak tengok filem koboi US favorite depa yang ditgk berulang2 atau bacakan buku2 fiksyen untuk pendengaran Hasan yang dah tentu cant afford for that kind of stuff.

Amir dah tentu well bred, spoiled, tak habis2 memikirkan Babanya (ayah dia la tue..) menyalahkan dirinya menjadi sebab kematian ibunya. DIa juga ada masalah mempertahankan dirinya apabila dibuli dengan budak yang besar sikit drpd depa- kumpulan yang diketuai Assef, seorang Afghan Pashtun yang kurang ajar dan gay pediophille dan fetish budak.. dan anti- Hazara people x tentu pasal.

Masalah Amir punya jatidri dan kejantanan tue dishared bersama babahnya dengan seorang rakan bernama Rahim Khan. tapi rahim Khan bersikap memahami 'keslowan' Amir dan galakkan sisi sastera dan kecenderungan seni Amir yang suka mengarang cerita2 pendek.

Pada satu hari, ada temasya layang- layang di pekan depa. Rule temasya tue ialah kita boleh hambik dan jadi, kira kita punya sebarang layang- layang lawan yang kita dah potong. Amir dan Hasan menang temasya tue dengan layang- layang dibelikan Babanya untuk Hasan dan tragedi hitam berlaku ke atas kawan Hazaranya sebaik temasya selesai angkara Assef. Amir sedar perkara ini tetapi mendiamkannya dari pengetahuan bapa Hasan dan babanya.

Amir sedar babanya amat menghargai keluarga Hazara ini sehingga dia membuat plot ke atas keluarga itu kununnnya mencuri jam kesayangannya sedangkan selama nie Hasan yang mempertahankan dia drpd dibuli. Bapa Hasan tak melawan.. pasrah je dengan tuduhan tue dan berhasrat untuk membawa diri wpun Babah ayah Amir tak marah sangat pun.

Keluarga Hazara itu terpaksa membawa diri dan sedih atas kejadian ini.

Beberapa tahun kendian Soviet ruled Afghan. Bapaknya yang tegas itu pernah menjadi hero sound askar Soviet yang cuba nak r_gol dan bersedap- sedapan ke atas seorang ibu muda dari trak mereka yang ditahan di sekatan jalan.
Disebabkan pengaruh babahnya juga, dia dan bapanya dengan mudah dapat visa untuk ke Amerika dan menetap di sana.

SHot seterusnya di US beberapa tahun kemudian ialah survival Amir dan bapaknya di US yang agak peritla sikit tapi konsisten. Babah berjaya membesarkan Amir dalam keperitan tue sempat melihat menantunya yang cun sebelum menutup mata.

Amir dah pun membesar menjadi novelis dan penulis. Satu hari, rahim Khan member bisnes bapak dia td memujuk Amir balik ke Afghan sebab mencadangkan bela anak Hasan yang menjadi yatim di sana. Di sini korg mungkin terpesona tgk biniknya- Soraya yang cun a la2 Dustan atau muka pattern minah India kacuk dalam filem Bend it With Beckham. Baba meinggal dunia dan Amir pun memutuskan untuk balik Afghan untuk menyelamatkan anak Hasan yang dikatakan terperangkap dalam tangan Taliban dan tanpa disangkanya juga, musuh lama yang menghantui kenangan silam kanak2nya juga berada di sana.

Selain persoalan setiawan, persetiaan hazara terhadap majikannya, filem ini juga mengetengahkan persoalan hukum- hakam, prinsp: how Taliban ruled Afghan dan lain- lain kontroversi tetapi tidak terlalu provokatif cth: persoalan liwat, hukum rejam ke atas penzina di khalayak public yang diputuskan pemerinta Taliban, how his Baba kondem2 Mullahs yang bijak mempersoalkan hukum hakam dalam kitab tapi dalam masa yang sama menjadi perompak dan terrorist Afghan untuk defy anak dia yang persoalkan habit minum arak Baba dia dan lain2.


Gambar masa temasya main layang2 tue sangat menawan di mana satu pekan meraikan temasya tue di jalanan. Budak2 Afghan bermain dengan sekil sekali dan shot dr udara, gambar a la satellite dan layang2 meliuk2 di udara tue cantik sekali wpun kita tau itu shot itu cantik dengan bantuan grafik ehehehe..

FIlem shot di Afghan dan dan ada yang kata sambung kat negara lain sbb budak2 dan pelakon sedikit terancam sbb Afghan x berapa aman masa depa berani2 rakam kat sana..

Budak dua ekor pelakon utama tue kaya x hengat sekarang dengan biayaan hidup sampai depa dewasa phewww..

Idea mcm nie berkembang selepas Persepolis dari Iran.. Paradise Now dari Palestine (di mana dua2 hero Arab tue kendian jadi hero pulak dalam The Kingdom haritue..)dan banyak lagi filem asing seumpamanya.

No comments: