Monday, May 05, 2008

Misteri imbangan sistem ekologi +makanan yg mahai







Blog aku macam merepek jer dengan liputan APM.. terlalu banyak perkara lagha pulak. Nak buat macamana.. aku nak halang orang2 berhibur ikut blog Budiey atau Sultan Muzaffar P:). Ada beza pendekatan orang tengok music dengan orang menilai hiburan dengan betul.

Korang mesti pernah menonton animasi Bee Movie. Animasi tue penting untuk memberitahu hukum alam., keseimbangan ekologi dan perkembangannya. Abraham Lincoln pernah berkata lebih kurang maksudnya, "Jikalau lebah tidak kelihatan di dunia, manusia hanya ada empat tahun saja untuk hidup."

Beberapa hari selepas dia datang pertengahan April, Apis grabbed majalah politik bentuk bumper tapi murah dari Kuwait AL ARABI edisi khas Palestine. Dalam sisipan percumanya majalah nipis Arabi tue ada satu artikel pasal misteri black rust yang membunuh batang dan sel tumbuhan gandum.. dua tiga tahun lalu menghantui Amerika.. Sweden.. sekarang sedang menyerang dan menggusarkan dunia sebelah Arab dan Afrika pulak..perghhhh

Angin misteri dan fungus dikenal pasti menjadi dalang kepada permasalahan nie. Then aku surfed internet untuk memahami misteri black rust dan terjumpa artikel nie..

http://iamblogging.net/archives/2007/02/mysterious_mass.html

Ia bercerita pasal kehilangan lebah2 di US yang misteri dan mencuakkan ramai peladang dan petani.

Richard Thomas yang studied perkara black rust tue kata angin atau udara atau fungus atau virus atau pesticide tak pernah menjadi dalang kepada masalah tue tetapi cuaca panas kaw2 tahap mulut naga menjadi sebab tidak aktifnya lebah2 dan sistem imunasi depa untuk terbang. Masalahnya lebah2 tue hilang dengan misteri.

Susu lembu pun aktif kalau lebah pun aktif? haa cemana relatednya? Jerry Hayes dari Jabatan Pertanian Florida cakap, "lebah mendebungakan alfafa, yang dimakan oleh lembu2 hensem yang memberikan susu. madu lebah hendaklah disuburkan selalu."

Siri- siri cyclone atau ribut ganas yang melanda US bertahun- tahun antara jawapan merungkai jugak terhadap misteri kehilangan lebah2 nie.

Dalam Quran, Surah Yusuf yang hebat dan dikagomi selalu itu mengajarkan tentang kepenggunaan dan ekonomi di mana Mesir standby siap2- menyediakan payung sebelum hujan selepas prediction dibuat dr tafsiran mimpi pembesar istana ketika Yusuf berada di dalam penjara.

Tadi pun Pak Lah keluarkan lagi statement supaya 'Ubah gaya hidup' kepenggunaan anda.. statement yang diulang beliau itu amat menjengkelkan kalau tengok cara Kerajaan Pusat dan Kerajaan2 negeri yang merepek (macam Selangor) membelasah peruntukan- peruntukan tertentu yang asalnya disalurkan untuk kepentingan rakyat. Tapi ungkapan dan saranan PM kita tue tetap penting dan memang membuka minda kita yang hilang sekejap kuasa membeli dan bermewah. Sepatutnya dia kena tambah.. ubah gaya hidup pergi clubbing, buat party membazir.. baru betul. nasib baik dia tak cakap membazir beli komik.. tu aku tak agree eheheeh sebab komik menceriakan hidupku (walaupun PEDANG SETIAWAN pun da menjengkelkan.)

Saranan2 Pak Lah tue pernah dipersendakan oleh sekumpulan budayawan yang dedikasi ucapan Pak lah tue dalam sketsa mereka pra- pilihan raya hari tue di Youtube. Memang lawak..hilarious. Memang media yang berjaya memupuk pemikiran alternatif kepada media dan kempen yang disumbatkan dalam TV hari- hari.

Aku x cekap pun bab ekonomi apa lagi bab2 penjimatan duit. Accounting lagilah out. Tapi aku saja nak mumble untuk menyatakan kekesalan dan kecuakan aku terhadap situasi dunia akhir akhir ini, globally.

Dan price hike.. inflasi kaw2 putus stok beras, naik harga tepung kat Malaysia pun menghantui aku dan budak2 yang dodok Mesir nie jugak dengan Mesir pun pelik- pelik jer harga barang naik mendadak. harga berubah dari 0.25 naik 0.50 sehingga 0.75 untuk apa sahaja barang selang x sampai seminggu.

Perang tak ada pun. Tapi ekonomi menghimpit membelit. Barang naik adalah keperluan dan masalahnya bukan barang tue imported pun. Heran. Kalau perkara- perkara dari luar macam biskut dan susu Denmark yang tengah ruled pasaran dalam senyap sekarang nie.. boleh la jugak kita nak pelikkan. Tapi kalau nak tebak jawapannya.. aku rasa sebab sejak negara Islam dah tak jadi nergara pengeluar makanan dan pertanian laa punca kenapa shortage, inflasi kaw2 berlaku. Sebab hari ini kita semua dah jadi pengguna buta dan totok kepada segala barang keperluan, termasuk kepada perkara basic. Ikhh... besh betul aku bercakap.. duit pun x reti simpan. Abes tue perut aku lapar.. aku kena makan..

Perkara- perkara predestined nie dah lama terakam dalam Quran di mana ada sepotong ayat maksudnya, "Telah nampak segala kerosakan (shortage bencana disaster segala) di muka bumi dan di udara atas apa yang dilakukan manusia.. " Itulah magisnya Kalam Allah.

No comments: