Monday, October 13, 2008

LIGA PENDEKAR- Azhar Abdullah, PTS Komik M 2008



Pengalaman membaca Liga Pendekar karya Azhar Abdullah yang asalnya sebuah draft proposal untuk MDEC Digital pitch (2006 ke 2007) eh? sebenarnya agak menyeksakan sket sebab file asal komik tue dilukis besar dan sepatutnya feel membaca dan menghayati jalan cerita dan aksinya yang seronok itu boleh dibesarkan lagi tapi kerana size komik PTS nie segala gambar jadi cramped dan zahmah...(crowded)

Komik ini mungkin dibuka dengan tipikal atau tribute kepada tipikal sebuah komik purbawara atau filem purbawara tahun 1980-an di mana ada satu orang pendekar akan buat masalah di warung... mintak wang perlinduingan dan buat gaduh, make scene...tapi yahhhh.. nanti dulu.. anda belum explore Liga Pendekar sehingga ke muka akhirnya ahahahaa..

Adalah menarik melihat Hang tuah bergabung dengan Malim Deman yang diapppoint Sultan Melaka untuk menghambat kejahatan Jum Ba lang.. malim Deman super mistik telah mengheret dan mengupah bersamanya Orang Minyak yang sudah bertaubat, Si Tanggang yang juga sudah bertaubat, nenek immortal sentiasa muda Si Kebayan, Badang yang tidak pernah berfikir hanya bertindak, Awang kenit versi baru.. dan Sang Kelembai yang berbulu seperti Chewbacca atau Beast dr X Men... di dalam satu pakatan dipanggil Liga Pendekar.. cool dowh!!!

Sapuan berus bersahaja Azhar mengingatkan kita kepada zaman2 kegemilangan komik melayu 1980-an... memikat Jaafar Taib dari CESB yang juga hakim komik nie di Pitch dulu.. ada banyak moment kelakar di sini. Awang kenit menggoda Si Kebayan, first encounter dengan Tenggang, dan first encounter semua watak dengan Tuah.. Tuah yang sudah tua bagaikan Clint Eastwood atau Harrison Ford Asia yang tetap tangkas, licik dan perkasa...

seperti masalah pengalaman membaca dengan terseksa tapi enjoyable aku sebut di atas tadi.. adalah lebih besh kalau sizenya sebesar komik LUKISAN HATI atau size biasa koleksi produksi CESB dan GG.. baru masyukkk... dan adalah lebih besh kalau ada satu panel bagi menggambarkan kelebihan individu setiap karekter terutama sekali kalau Si Kebayan menghambat jembalang2 dengan gaya a la Storm.. barangkali Azhar perlu mencontohi komik2 yamin Daud atau SRIKANDI SELENDANG MAYANG dari Azman Yusoff atau HANG TUAH dari Jaafar taib sekiranya dia mahukan impak yang lebih besar untuk komiknya walaupun perbandingan ini tidak digemari beliau (saya rasa)ehehehe.. over all it was enjoyable... bro!!!

Komik ini turut dipulun bersama Aadisalman, Amykamen, Premchopra dan Hamzi..

No comments: