Wednesday, November 19, 2008

Mat Said marah JHEAT.. marahnya dia...











headlines read:


MB mahu Ayah Pin ditangkap

Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - "Jika benar beliau (Ayah Pin) membawa ajaran sesat dan menyalahi peraturan, dia perlu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah."

Bagi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said isu ketua ajaran sesat 'Kerajaan Langit' Ariffin Muhammad (gambar), 68, atau Ayah Pin perlu ditangani segera sekiranya dia kembali ke negeri ini.

Beliau mempersoalkan kenapa satu ketika dahulu kecoh memperkatakan ajaran sesat Ayah Pin namun tiada tindakan diambil selepas dua tahun 'Kerajaan Langit' dirobohkan.

"Kita cari dia sebelum ini dan sekarang kerana dia dah balik, kalau dia salah kita perlu ambil tindakan berdasarkan enakmen yang kita ada," katanya selepas mesyuarat Exco semalam.

Ujarnya, jika Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mahu menangkapnya mereka perlu berbuat demikian dengan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelasnya, tindakan JHEAT sebelum ini sekadar merobohkan tempat 'Kerajaan Langit' dan membiarkan Ayah Pin masih bebas merupakan tindakan tidak wajar.



Malas nak komen.. tapi bagi aku memang JHEAT selamba gila... dalam minggu lepas sebelum tutup sekolah tue nyer headlines.. Jumaat.. aku baca Berita harian.. hangin jer bila pegawai JHEAT kata.. depa 'malas' nak cari.. atau kemukakan, atau dakwa mamat tue.. sebab takde bukti kukuh.. mahkamah tanak layan kalau takde tuduhan kukuh segala? Pelik gile alasan...

Laporan KOSMO minggu lalu dan tadi jugak ada cerita pasal ajaran sesat menggunakan sistem MLM pulak... siapa dapat kumpul pelanggan ramai.. dia dapat tebus ganjaran qadha solat dia.. pulakkkk.. da la bayaran masuk beribu ringgit Malaysia.. evil ahhh..

Kepada korang yang nak kenal lebih banyak lagi ajaran sesat dan keabsurdannya (?) di malaysia.. boleh laa landing blog aku yang satu lagi kat bawah tue link dia.. Kubu08... yang diusahakan bersama oleh Jekael dan eden..

No comments: