Wednesday, March 18, 2009

MAT SOM (Lat, Berita Publishing 1989)



Hoh? Aku baru nak review buku sepenting MAT SOM?? Biarlah aku katakan.. yang karya hebat Lat nie sangat penting.. dan besar tetapi diabaikan banyak remaja sedang membesar ketika itu yang sedang gilakan rock kapak di penghujung usia dan kemuncaknya.. Transfromers... serius remaja 90-an seperti aku memang terlepas pandang karya Lat yang satu ini... walaupun bapak aku ketika tue belikan jugak Produksi Lat dengan Berita Publishing yang lain.. tapi mungkin jugak sebab garis masa... di mana perkara- perkara seperti produksi2 DBP dah mula dilupakan banyak orang masa tue.. dengan problem royalti dia yg slow sket.... bende2 hip harini tidak hip masa depan.. masa tue GG sedang menikmati zaman kemuncak populariti depa dan ada satu Mamat nama Ujang (nama betul dia Ibrahim anon) sedang meniti di bibir anak muda dengan karya yang menongkah zaman dinamakan AKU BUDAK MINANG..

MAT SOM dengan dramanya yang simple- tapi menarik.. sama macam kita menonton filem Mamat Khalid jugak. Mengetengahkan dunia Melayu. Perak. Bayangkan cerita ROCK. Injected dengan manusia nerd bernama Mat Som. Pokai. Penulis sambilan tapi bergaya GQ. Sama macam aku.. pokai.. penulis tak sepenuh masa ehehehe.. (tak malu.)Orang Perak kate, biar pape asal bergaya..


Boleh jadi jugak pada bahasa dia yang Mat Som gunakan dengan ayahanda dia yang klasik tue.. tapi unik pada budak yang dah patut jadi bapak budak..itu proses pendewasaan namanya..

Ada terlalu banyak moment dan hampir semua panel dalam MAT SOM adalah moment.. moment pembukaan dia dengan pengenalan diri macam later on Aie did to Hussien dalam AKU DAN SESUATU... terus kat bilik Mat SOm yang messy.. rapatnya Mat SOm dengan kawan2 dia- Leman, So'ud... moment dia dengan Yam obses setiap hari di perhentian bas... moment dia dengan bapak dia di Tanjung Malim.. moment dia dengan Faridah yang baru.. moment2 masa kecik.. (Lat suruh kita pulun KAMPUNG BOY sekali lagi...)tapi dalam banyak2 tue aku suka mukasurat 110 hingga 113 di mana Mat Som mengejar kucing Cemong Yam yang mencuri ikan dia ketika Mat Som bersalin pakaian dan moment2 Mat Som bersama Pyanhabib ((!) Gempak ahhh..) .. siapa sangka Pyanhabib ada kawan sosial yang ganash gitu.. dan Yam perhatikan Mat Som balik larut malam... perrghhh beshhh panel tue..

Dan tak dilupakan dengan penutup lagu Ramli Sarip.. rock kapak memang ruled zaman tue dan sebarisan sajak2 dari A Ghaffar Ibrahim.. Saleh Bin JOned, T Alias Talib dan A Latiff Mohidin yang mengisi panel2 dalam Mat Som.. nasib baik laa aku rajin baca sisipan Satera.. dalam sisipan Perspektif BERITA MINGGU dulu2. Jadi takde laa rasa asing sangat dengan sajak2 tue..

Memang karya nie unik dan damn.. aku tak tengok pun lagi movie adaptasinya yang dikatakan berjaya tue.. Hatta Azad Khan beb!!! walaupun aku masih ingat imej skema Imuda dan ahhh... Tiara Jacquelina yang masih muda zaman tue.. wheeeewww...

Dikhabarkan Lat baru sahaja dianugerahkan Ijazah Kehormat dari Permaisuri Tuanku Bainun di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Gaya lokesan Lat mempengaruhi banyak kartunis lain seperti Rashid Asmawi, Sudirman Hj Arshad, Juragan, CW Kee (tak sama sangat tapi terasa sikit..) dan Mie BATU API..

No comments: