Thursday, April 02, 2009

Pak lah pergi jua



Sodeh la pulak menerima hakikat Pak lah melepaskan jawatannya kepada Najib berkuatkuasa semalam. hakikat yang sama sukar ditelan oleh pembangkang dan gerakan Islam mahupun NGO agaknya kerana selepas ini regu Najib dan Muhyiddin tentu tidak membiarkan kejatuhan teruk UMNO yang sangat dimarahi mahathir tue..

Pak lah yang terkenal dengan liberal... idea Islam hadhari.. keterbukaan sehingga mengundang set2 tak sedar diri jugak.. memang melalui zaman getir.. membebaskan Anwar Ibrahim dilihat sebagai memberi kebebasan dan ruang untuk menyerang pak lah semula..

deretan masalah seperti Hindraf (sebenarnya Hindraf lahir sebab dominasi Samy Vellu yang melampau itu), permainan provokasi di sana sini.. memang tak memudahkan PM kita yg sorang nie.. begitu jugak kaitan beliau dengan Khairy Jamaluddin yang turut jugak diserang Mahathir di kanan dan kiri..di Media tempatan mahupun di BBC..

jugak magic naik turun harga minyak misalnya.. naik selepas kemenangan .. turun selepas tekanan demi tekanan pembangkang dan rakyat..hidup Pak lah memang sentiasa diselubungi.. misteri.. minyak eheheh..

Tak apa lah pak Lah.. we still loved you.. sentiasa tenang menerima asakan.. itu yang dikagomi.. tak terlalu diktator atau autokratik..

No comments: