Thursday, May 21, 2009

LANGKAMAYA (PTS Millennia, April 2009)


Langkamaya?? Apa itu Langkamaya? Adakah langkah mayat aku duluss... atau reminiscent kepada Langkasuka?

Well.. aku tak pernah suka Kurt Hafiz dulu2..sebab dia namakan diri dia kurt tu dulu dari zaman KAWAN.. illustrasi hiasan URTV.. tapi dia semakin improved dan berkembang..

Untuk tidak membandingkan komik Langkamaya nie dengan kumik2 purbawara tempatan dari Mediaseni di zaman 80-an adalah tidak dapat dielakkan kerana komik2 purbawara dan identiti melayu itu memang tidak dapat dipisahkan. Sementelahan pulak komik2 genre sebegini sudah kurang didapati di pasaran. Kalau ada pun mesti ada inject jiwa cross- culture dari Hk ataupun manga. Nak buat cemana.. Malaysia dan KDN membuka ruang seluas- luasnya terhadap budaya luar menerobos masuk ke sini.. tapi elok juga. Kalau jumud dan tertutup macam Mesir.. nah kau.. kau kenal GRANDISER la satu2 robot dari Jepang.. tapi itu pun produksi tempatan yg membawa dan menterjemahkan mendakwa animasi tu 'buatan tempatan.'

Kita pergi ke dalam LANGKAMAYA terbitan PTS Millennia yang terbit bersama- sama TWINX #2, KECEMPRENG MAN #2, kartini, LALA LILI LULU #2, dan HIBRID... sempena Pesta Buku KL bermula 17 April lalu..

Mula2 kita pasti akan teruja dengan cover dia.. wahhhh mula2 kusangkakan KIMBALL (Umbra, SYNTHETISER) yg bikin.. rupanya.. Shah.. kawan seopis Hafiz di Utusan.. wahhhh memang smart... dan something!!

Kurt Hafiz ada dua gaya lokesan..satu yang dihidangkannya di dalam ini.. iaitu ink dan dakwat.. kemudian dia melukis mengikut kegemaran dan citarasa beliau... seperti yang biasa dilakukan beliau di dalam Majalah KAWAN

Gaya yang satu lagi- gaya illustrasi untuk cerpen.. dan tentu ada sedikit vector.. sedikit feel blues dan bermood...dan ada sedikit brush dia yg mahal tue

Kalau Hafiz apply gaya kedua nie dalam LANGKAMAYA aku rasa mesti lagi kicked.. tapi kalau banyak2.. mamat pegang pedang tapi bergaya blues jadi Nizam BLUES SELAMANYA pulak karang..

Tapi nampaknya Hafiz tak pedulikan apa2.. dan gaya dia nie sangat meyakinkan..

Ada gaya barat.. seperti jugak pekomik2 di tahun 1980-an.. dan ada watak2 dia yang macam kartunis Pandan minat.. ada The Crow.. ada Kabuki-style- make up character.. seperti watak Sang Hitam... ada style cartoon untuk semua watak terperanjat.. ala2 Andy Seto dan Keladi.. (satu lagi nama dari dunia komik humor yang inject gaya Zoy, Port JR dalam karya2 dia.. dalam APO?, BS, G3 dan lain2..)
dan ada gak gaya HK untuk costume yang dimarriedkan dengan pendekar Melayu..biasa la tue..

Story-wise mungkin kucar- kacir sikit.. tapi dipacu laju..fast- paced untuk 100 ms.. jadi kecargasan aksi dan cerita sangat dirasakan.. tapi story tue semakin menarik dan berkembang... kekeliruan mungkin berlaku nak membezakan watak.. ya laa takkan crook nama Danaga nak pakai baju dan costume yang sama jugak.. Awan dan Badai dalam PEDANG SETIAWAN yang beratus komik tue pun nak tukar jugak baju depa sekali- sekala.. Superman pun penah kena taruk sbb tukar kepada Elektrik.. ehh jauh pulak aku membuat perbandingan..

Highlight dan moment terbesh ialah dari muka 51 higga 58..ketika Sang merah menjalani pertapaan, latihan persilatan dan rawatan daripada Pendita selepas terkonkus teruk terkena ajian maut Pendekar Tok Waja, ayahnya yang tersilap serang asalnya nak mengajar Danala. Semua part yang ada Sang Hitam pun aku suka.. tapi tiba2 ada being macam Redemption of Tenggang plak... jadi resakse..

1 comment:

hafiz said...

salam perkenalan...
tq enche wave kerana komen
anda... saya akan teruskan
berkarya... komen inche wave
akan saya perbaiki dan teliti
dan jadikan sebagai bentuk
pengajaran...menghasilkan
langkamaya vol 2,
ttg nama kurt tu...
masa tu aku terlalu poyo
hehehehehe
ampun...
xpakai dah nama tu
hehehehe
;)

...tq