Wednesday, January 13, 2010

Dengan Perkenan Sultan Selangor aritue.. maka Azman Yusoff adalah Pelukis Diraja..






Malas pulak aku nak draft siapa Azman Yussoff untuk korang semua.. memadailaa aku copy paste aje daripada posting mamat Aimurban (of Urban COmics) dari forum Pergh aritue..

Okay lah okay lah. yang nie boleh jadi draft tulisan aku sendiri.. yg bwh tue bukan eheheh..

penganugerahan Azman Yussoff sebagai pelukis Diraja berlaku masa Istiadat Penganugerahan, Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor pertengahan Disember baru2 nie,, yeah selepas beberapa tahun memukau dunia dengan lokesannya.. illustrasi FANTASI dan novel2 cintan keluaran CESB.. dan membina empayar bersama ZBH dan Jaaafar Taib.. our own Drew Struzan.. Boris Vallejo sekarang boleh berbangga dengan pencapaian beliau..

Beliau boleh dilihat dalam cover depan majalah politik size Daiges a la Reader's Digest dulu.. seperti SARINA... dan novel2 Utusan.. (yg mostly seksi2 dulus..back in 1980s and 1970s..)- kalau angkatan dio sama2 naik dulu idup lagi.. seperti Nik Nordin.. mesti tak idup kumik2 sekarang nie.. atau mungkin poster movie kita tak perlukan CGI atau lukisan digital.. ehehehe... jugak ada majalah LELAKI.. sebelum CESB decided running FANTASI pulak dulu.. sebelum komik2 HK berlambak di pasaran 90-an..

* Petikan dari buku aturcara Istiadat Penganugerahan / Pengurniaan Darjah & Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke64 DYMM Sultan Selangor.

PELANTIKAN PELUKIS DIRAJA SELANGOR

Pelantikan Pelukis Diraja Selangor adalah terhad kepada dua (2) pelukis sahaja pada sesuatu masa yang dipilih dan dilantik atas perkenan dan menurut budi bicara Baginda setelah berunding dengan Dewan di-Raja.

Pelantikan Pelantikan Pelukis Diraja Selangor ini akan berkuatkuasa pada 1 Januri 2010 dan Istiadat Pengurniaan Watikah akan diadakan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan.

PELUKIS DIRAJA SELANGOR

ENCIK AZMAN BIN YUSOF, A.I.S.

ENCIK AZMAN BIN YUSOF, 54 tahun, memulakan kerjaya awal sebagai pelukis ilustrasi buku kanak-kanak dan pendidikan agama di Pustaka aman Press, Kota Bharu, Kelantan dan terus mengembangkan bakat beliau sehingga berjaya menubuhkan syarikat penerbitan sendiri bersama rakan pelukis iaitu Creative Enterprise Sdn. Bhd. dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Kreatif.

Kini, beliau menetap di Shah Alam, Selangor dan menjadi pelukis sepenuh masa dalam usaha menumpukan minat beliau dalam bidang seni lukis.

Antara pengiktirafan yang beliau terima:
> Anugerah Minor Capitol Award Insurance untuk pameran 'Self-Taught' pada tahun 1987.
> Melukis kulit majalah Asian Review keluaran pertama pada 1975.
> Tawaran untuk melukis ilustrasi majalah Penthouse Letters keluaran USA (1987) dan majalah sains OMNI (1989).
> Hasil karya telah terpilih untuk dibukukan dalam buku JCA (Japan Creators Association) dari Jepun selama empat (4) tahun berturut-turut (1986-1990)
> Hasil karya telah terpilih untuk siaran dalam buku Art Directors Index keluaran Rotovision dari Switzerland selama tiga (3) tahun berturut-turut (1992-1994)

Antara pameran-pameran yang menempatkan hasil karya beliau:
> 1981 - International Women Youth Fair, Civic Centre, Ottawa, Canada.
First One-Man Show, Mina Art Gallery, Ottawa, Canada.
> 1985 - Open Art Exhibition, National Art Gallery, Kuala Lumpur
> 1987 - Royal Overseas League Commonwealth Country Exhibition, London, England.
> 1992 - Boat Show Exhibition, Galeri Shah Alam, Selangor.
> 2000 - Pameran Karyawan Seni, Bank Negara Malaysia

No comments: