Saturday, November 26, 2011

Wuuhu Comic Online (NetXpert Sdn Bhd)


http://www.wuuhuuonline.com/assets/apps/content-cover/4043272449e934b8c600a14664d69559.jpg


Sebuah majalah komik online tempatan yang agak memberansangkan jugak idea dan persembahan dia.. aku rasa aku abaikan ajer dulu masa mula2 promo dekat paper KOSMO.. selepas Fariz upkan feature dan isi baru dia no. #15 baru aa aku memberi perhatian dengan semula..

Persembahan dia.. ada komik serius dan ada kartun loose.. ada komik kelakar.. drama.. macam G3 atau Mato2.. atau zaman2 Ezine dlu.. zaman2 geng2 indie atau penggiat komik tempatan mengusahakan sesuatu untuk merancakkan kelesuan..

Issue no. 15 nie korang akan terpukau dengan persembahan mamat Kelate tera nama Zamzami.. atau Tako di dunia lain di alam siber nie.. pelukis komik BURGER nie sekarang sedang menempa nama dengan cara beliau sendiri.. bermaharajalela dengan painting digital dia yang ganas itu.. pengenalan beliau lebih lanjut jugak termuat dalam issue nie..

Kartunis lain yang turut memeriahkan content dalam nie wud be budak2 dari komik M macam Bophairy (jugak menyinar dalam G3).. Tan Teck Hwa.. Aman Wan.. Jonsuraya.. (puyn dari G3.. )- dengan komik a la Emily The Strange.. sebab minah nie suka kartun a la2 emo.. ehehehe..

Apa yang menarik jugak adalah komik purbawara dengan berus style klasik Malaya nukilan mamat nama Giga dalam nie.. macam Yamin Daud meets Raja Hamzah sket style dia..

Selebihnya adalah artikel dan info berkaitan dunia komik luar.. manga dan anime..

Kalau issue lama2 yang boleh korang tatapi bila singgah ke address dan link di atas nie.. nampak macam geng2 otai seperti lokesan brader Duku tapi guna nama Maderbot pulak.. geng2 lain pun dengan kartun old skool Melayu..

No comments: