Wednesday, January 04, 2012

RAUNGAN MANTERA (Alaf21, 2011)


Aku pun dah agak lupa dengan isi dan cerita buku lama- MENTERA HITAM yang aku hadiahkan kepada seorang rakan lelaki.. (gay betull.. hadiahkan kawan lelaki.. novelll lagi... yerkkk..) ahahaha kena usha balik ulasan lama aku baru aku ingat agaknya..

Aku tersangat, overjoyed bila dapat tau buku nie keluar.. dan selepas dua bulan rilis.. aku angkat di Kedai Popular Book dalam perut Ampang Point.. dan terus menjamahnya.. meter kool dia pada awal mokasurat tue dengan saspens dan moment besh setiap detik dan garis masa watak2 yang diletakkan oleh penulis memang menarik..

Tetapi apa yang menjadi problem aku sekali lagi ialah.. meter kool tue bertukar menjadi lemas kerana sekali lagi.. aku bukan la nak merendahkan mamat yang agak banyak jugak portfolio dan resume dia dalam sekian banyak sayembara enulisan dan sastera nie.. tapi itu laa.. perasaan aku kerana mamat nie sangat ambitious sehingggakan semua Tamadun Melayu dan persilatan Nusantara dikahwinkan atau diiringkan dengan dunia Jin tue takpe lagi.. tapi dengan melambakkan terlalu banyak nama Syaitan dan hantu2 dari Tamadun barat, Greek pun ado.. cth Lucifer pun ada.. (dituli sebagai Culifer dalam nie.. tatau aa disengajakan ke atau typo ke apa..) Anubis pun ada cameo jugak... Namtar laa.. macam2 lagi laa.. dengan beberapa plot sejarah pun nak disumbat sama.. aku jadi macam.. what the???

Tapi aku agree pada beberapa pinpoint dia yang memang mahir dalam ilmu2 lama cth tulisan huruf dengan kotak2 yang disifatkan sebagai setengah orang sebagai sesat.. padahal kalau korang studied.. benda tue ada rahsia dan faedahnya..

Aku juga memang terpesona dengan adegan silat dan pertarungan dia dalam nie.. sebagaimana korang pernah terpesona dengan Ramlee Awang Murshid.. (aku tak terpesona dengan tulisan Ramlee.. eheheh)

No comments: