Saturday, February 01, 2014

ROBOCOP (MGM, Columbia 2014)

Robocop di tangan pengarahan Jose Padila mungkin bukan sebuah cerita yang terbaik tetapi rasanya masih boleh disebut sebagai sebuah remake yang dibanggakan. RoboCop berjaya diberi sentuhan baru dengan robo- walk dan mainan emosi manusia dalam mesin lakonan Joel Kinnaman yang datang entah dari mana tapi selepas ini pasti popular.. pada setengah manusia padahal dia melakar nama dalam drama The Killing.

Keseluruhan premis adalah longgar tanpa ikatan plot yang kemas kerana cerita dengan misteri siapa dalang jahat sudah terpecah di tengah movie. sama seperti Minority Report.. dan mula jadi serabut to the end.

Sokongan pelakon handalan seperti Michael Keaton, Samuel L Jackson dan Gary Oldman jugak banyak membantu.. premis remake ni bermain dengan baik tentang emosi dan kemanusiaan walaupun disarung dengan penataan CGI nya terpuji dan mengkagumkan. Highlights RoboCop melawan Drones yang mengabaikan logik  memang memukau.

Persoalan lanjut ialah apakah ada perancangan sequel... yang secara normal bisnesnya sebuah trilogi?

No comments: