Wednesday, July 23, 2014

AVENGERS CONFIDENTIAL: BLACK WIDOW & PUNISHER (Marvel, Madhouse Studio, Sony March 2014)

Arr arr yang nie pun sangat menarik walaupun kita faham sangat dah rentak animasi dan movie Japon di tengah- tengah dia mesti ada mengantuk dan tension sket.. tapi penampilan beberapa karakter Avengers dan villain Marvel yang jarang dilihat sebelum nie ada berlambak kat hujung cerita.. best!!

Kita pernah melihat Nick Fury yang poyo itu dalam IRON MAN: RISE OF THE TECHNOVORE.. tapi di dalam nie Fury jauh, jauh lebih poyo digambarkan wahaha. Menyampah pun ada jugak.. kita juga pernah melihat gandingan Black Widow dan Punisher tapi short sangat dalam filem tue.

Di dalam nie.. Black Widow tiba- tiba ada crush pulak dengan Ellihas Star (kalau dalam komik tak pasti dia pernah hensem kurus tak.. )- mamat lab yang membawa petaka selepas mengejas teknologi S.H.I.E.L.D.. Lama pulak tue adegan jiwang diorang.. mengantuk ya amat..

Frank Castle dalam nie memang best.. ganas.. sama ada dia dibrainwashed atau tidak..


Penampilan bergaya Thor, Hulk, Hawkeye, Captain Marvel, War Machine,  dan villain Marvel yang jarang- jarang ada seperti Grim Reaper, Graviton, Task Master , Count Nefaria dan Baron Zemo memeriahkan dan melazatkan visual..





No comments: