Saturday, July 12, 2014

EXTREME Running Gag EP Jap Release 1995

Rayau punya rayau di youtube terjumpa satu lagu rare dari 1995.. cisss dari 1995 tersembunyi di luar sana Japanese Extended Play hanya terjual di Jepun.. lagu yang aku kesan dari youtube tue.. bertajuk When Will It Rain- sebuah ballad dengan piano yang sedap. Lirik dan melodi jangan ceritalah kalau Gary dan Nuno yang bersama menulis..

Rayau punya rayau dapat full album yiehaaa.. tak payah berkira- kira sangat nak order amazon atau ebay ada orang murah hati dah letak kat youtube ehehe.. berjimattt..

Ada 5 lagu sahaja.. dibuka dengan Unconditionally versi lain sket daripada Waiting for the Punchline lebih sedap dan merdu.. lepas tue Am I Ever Gonna Change live yang sodap.. then Tell Me Something I Don't Know (Live)  dan Naked (Live)di keratan ke 3 dan 4.. dan lagu When Will It Rain nie di keratan akhir..

Cover album dengan logo EXTREME dengan  font typesetting popular 90an dulu.. sama macam logo untuk Waiting for.. (album yang kononnya depa bash budak2 grunge tengah hip last2 termakan sumpah tue.) tapi dengan dress baju glam rock bulu dan gaya 90an aku ingatkan band Take That eheheh sejuk sangat ke Jepun berbanding US?

Merindu material baru depa tapi Nuno Bettencourt sibuk dengan menemani Rihanna.. jugak band NZ Funk rock Supergroove..tapi rasanya Nuno dah kembali menemani band dia tue.. dan merayau serata Italy.. Jepun.. Singapore..UK... dan banyak lagi.. untuk Pornograffiti Comeback tour diorang.. 


No comments: