Monday, May 08, 2017

BELLARINA (Gaumont, France + Entertainment One Canada 2016)

Aku sebenarnya tracking kot kot produksi studio animasi Perancis yang pulunkan MONSTER IN PARIS tahun 2011 dulu ad tak depa pulun projek terbaru.. puaslaa aku wiki sana google sini tak jugak jumpa apa animasi baru diorang.. alih alih ternampak ni.. pulunlaa... rupanya kawan aku Alif Firdaus Azis seorang magician dan komikus bagitau yang teater or wayang Malaysia memang ada tayang tahun lepas..dan aku checked Wiki diorang pun baru je masuk US sebagai LEAP! pulak tajuknya... wowwww...          BELLARINA adalah sebuah produksi Kanada - Perancis yamemang cantik.. gemerlapan .. glitters dan neat CG animasi dia... flow cerita pun menarik.. dihiasi lagu- lagu original yang best jugak.. aku yang tahu dan kesan daughter aku suka ballet.. minat yang tak boleh dikembangkan la jugak sebab kekangan bajet seorang Babah- (terbaru- dia request kelas Karate do pulak lepas tonton satu video comel budak lelaki comel dan lawak join kelas karate.. ) - aku hidangkan cerita ni untuk anak dara aku.. haha macam biasa dia memang tak menunjukkan minat pada awal.. tapi besok besok dia akan berita pulun.. aku boleh simpulkan satu persembahan warna dan lukisan CG yang cemerlang..soundtrack lagu pun sodapp!! Walaupun tema "kejar impian kamu" agak klise.. tapi tetap jadi pilihan dan subjek terbaik untuk motivasi hidup...
Mengisahkan Fellicie.. seorang anak miskin.. dan yatim kot budak nie..yang melarikan diri dari rumah asuhan or panti asuhan kata orang seberang.. ditemani pakwe dia Victor seorang inventor lawak tapi stylo.. untuk menjadi Ballerina di Paris dan menempatkan diri di Opera ... korang pasti akan terpesona dengan detailed dekat bangunan dan suasana bandar Paris .. aku harap ada spin off untuk watak Victor.. latihan keras cikgu Felicie akan mengingatkan anda kepada KARATE KID Jaden dan Jackie Chan aritu manakala persembahan keseluruhan adalah seperti pengalaman menonton FROZEN atau BARBIE PERFECT CHRISTMAS.

No comments: