Thursday, December 27, 2018

DRAGANIA Kerajaan Naga (MF Ajif Komikajif 2018)

Siri terbaharu daripada Ajif ni menghidangkan Kependekaran Melayu disulami fantasi keramat naga pulak. Dipersembahkan dalam pakej bajet kerana black and white kali ni.. Lukisan Ajif tetap mengujakan peminat komik seperti selalunya. Mengisahkan seorang emperor Melayu Lang Delima Merah dinasihati oleh gurunya supaya melebar dan meluaskan kekuasaannya dengan menundukkan Naga Keramat. Termakan nasihat gurunya.. lang Delima pergi bersemuka dan dah berjaya lock makhluk agam raksasa itu dengan Hikmat Keris Pasak Bumi. Tiba tiba datang pendekar Raksa Gempita menewaskan Lang delima dan membebaskan semula Naga Keramat.. Teruk jugak Lang Delima dibelasah.. Muncul pulak ular gergasi membawa Lang Delima pulak pergi dan bersambung.. Cisss umpanan yang bijak di situ!!                                                         Sekadar perbandingan yang tidak dapat dielakkN  dengan karya karya lain sama ada karya tempatan atau luar.. Yang mengenengahkan naga komik DRAGANIA boleh diambil sebagai iringan visual terhadap cth simulasi mengenderai naga seperti yang dibayangkan Ahmad Patria Abdullah lewat Saga Artakusiad CABARAN LODRA nya.. Atau naga Tasik Cini yang dirakam Pak Aripin Said dalam karya agong JUARA YANG TEWAS.. Sesekali terimbau pada satu komik pendek mengenai pemburu naga ..bezanya versi primitif sket oleh pakcik Akam dari dalam Majalah FANTASI.. Atau teruskan mood anda menikmati visual DRAGANIA oleh Ajif dengan iringan lagu Ramin Djawadi dari siri Fox TV sohor kini GAMES OF THRONE
Cabar mencabar antara Pendekar dengan Nago...checked!! Ajif memang cemerlang kat situ..

No comments: