Sunday, June 23, 2019

RAID ARJUNA (Rose Harissa penulisan2u, 2018)

Pembelian dah berapa bulan, few months back. busy kerja plus penat membuatkn aku baca novel ni halfway.. Novel yg sangat berambisi daripada Rose Harissa ni merupakan nilai tambah kepada portfolio makcik yg dah ada fanbase atau kelompok peminat dia tersendiri di Internet. minah ni tera dua genre.. genre jiwang pun dia tera..genre misteri pun dia pulun wehh... aku pulak lebih mengenali dia sebagai Nora, penulis tamu cerita2 misteri dan hantu , novel bersiri serta scifi/ fantasi dalam majalah Apo?- penerbitan menuju ke hujung.. eg BERTEMPUR DENGAN JEMBALANG dia best gilo dan sad story.. ada mamat mana tah sanggup salin balik bulat2 tulisan minah ni mengenai zombie berperang dengan tuntura Melayu di hutan sampai awarded popular di wattpad padahal cIPLAK!! Kesian makcik niehh.. tapi dalam pada dia malang- adaptasi dari drama meletop- Nur Pun dia dapat!! wahhhh.. rezeki..  RAID ARJUNA ni kontemporari tapi genre mcm drama Tv tempatan petang2 tapi sangat berambisi. Hero dengan good looking .. anak tokoh korporat mencari pembunuh mak ayah dia, reunited dengan budak perempuan masa silam yg terlibat jugak dalam idup dio.. so there's gangster..korporat + romance.. pehtu "fantasi" atau ambisi- hero tera silat.. hero tera masak burger hero berurusan dengan currency emas.. hero berdagang sayuran tanaman sendiri- ibarat Islamik spririt a la SYUKUR 21.. Whewww.. dikhabarkan dah berlangsung spinoff juga bersama novelis lain watak2 dari novel ni dengan tajuk NEFERTITI...mmg aku da nampak da kat Larkin ni.. aku je belum berjodohan.. penilaian aku.. novel ni kalau xkejar sangat melambakkan kosa kata Melayu yg hebat seperti yg ketara kat awal novel tentu lebih focused dan best.. tapi itu;aaa novel knala bahasa hebat utk tidak nampak picisan. Penceritaan dan flow ,mg hebat dan menarik .

No comments: