Showing posts with label Shidie review buku. Show all posts
Showing posts with label Shidie review buku. Show all posts
Sunday, January 05, 2020
CHIMERA: NAGA TERAKHIR (AYE!chip Press 2018)
Bayangkan LILO & STITCH atau CRITTERS, di mana alien buru tahanan depa yg terlepas kat Bumi. then korang dapat the idea. Bahasa mmg naif, sbb Hasif ni cikgu muda, tapi ruang dan idea Hasif sangat luas, sangat explore.. sangat fresh pada certain moment. Of course ada moment semacam E.T, hubungan mesra alien- manusia. ada illustrasi sokongan yang cun.
Sunday, June 23, 2019
RAID ARJUNA (Rose Harissa penulisan2u, 2018)
Pembelian dah berapa bulan, few months back. busy kerja plus penat membuatkn aku baca novel ni halfway.. Novel yg sangat berambisi daripada Rose Harissa ni merupakan nilai tambah kepada portfolio makcik yg dah ada fanbase atau kelompok peminat dia tersendiri di Internet. minah ni tera dua genre.. genre jiwang pun dia tera..genre misteri pun dia pulun wehh... aku pulak lebih mengenali dia sebagai Nora, penulis tamu cerita2 misteri dan hantu , novel bersiri serta scifi/ fantasi dalam majalah Apo?- penerbitan menuju ke hujung.. eg BERTEMPUR DENGAN JEMBALANG dia best gilo dan sad story.. ada mamat mana tah sanggup salin balik bulat2 tulisan minah ni mengenai zombie berperang dengan tuntura Melayu di hutan sampai awarded popular di wattpad padahal cIPLAK!! Kesian makcik niehh.. tapi dalam pada dia malang- adaptasi dari drama meletop- Nur Pun dia dapat!! wahhhh.. rezeki.. RAID ARJUNA ni genre mcm drama Tv tempatan petang2 tapi sangat berambisi. Hero dengan good looking .. anak tokoh korporat mencari pembunuh mak ayah dia, reunited dengan budak perempuan masa silam yg terlibat jugak dalam idup dio.. so there's gangster..korporat + romance.. pehtu "fantasi" atau ambisi- hero mmglaa too good to be true, tera silat.. hero tera masak burger, hero berurusan dengan currency emas.. hero berdagang sayuran tanaman sendiri- ibarat Islamik spririt a la SYUKUR 21.. bold, sopan pulak dengan awek, sangat tegas dgn watak villain...Wheww.. dikhabarkan sudah berlangsung spinoff juga bersama novelis lain watak2 dari novel ni dengan tajuk NEFERTITI...mmg aku da nampak da kat Larkin ni.. aku je belum berjodohan.. penilaian aku.. novel ni kalau xkejar sangat melambakkan kosa kata Melayu yg hebat seperti yg ketara kat awal novel tentu lebih focused dan best.. tapi itu;aaa novel knala bahasa hebat utk tidak nampak picisan. Penceritaan dan flow ,mg hebat dan menarik .
Monday, April 22, 2019
KOC 13 Naim Tamdjis (Buku Prima 2019)
Saja nak ikut trending pembacaan orang sekarang. Sejujurnya cover buku ni memang membuat orang tertarik untuk menghadam isinya. Sinopsis yang diberikan: [Seorang pengembara meets seorang lagi survivor di era armageddon 2030 dalam satu pengembaraan menarik dalam Koc 13 yg diorang take dari satu stesen keretapi terbiar Di Dabong. ] Buku ni memang berambisi tinggi.. mungkin sket caca merba dan unfocused di mana segala idea hebat
Yang best dilambakkan ke dalam nye dengan Zombi.. robot perang.. Pontianak.. Lanun ado.. Pendekar pun ado.. Hansel and Gretel punya reference pun adooo tapi aku terus terang terpesona dengan pacing cerita dia Yang laju dan tidak membosankan walaupun premis cerita dia begitu..
Yang best dilambakkan ke dalam nye dengan Zombi.. robot perang.. Pontianak.. Lanun ado.. Pendekar pun ado.. Hansel and Gretel punya reference pun adooo tapi aku terus terang terpesona dengan pacing cerita dia Yang laju dan tidak membosankan walaupun premis cerita dia begitu..
Friday, January 20, 2017
COREPEPS #8 (COREPEPS + SUPERFRIENDS) (Arul Corepeps Dec 2016)
If it wasn't for Napie upload status Arul Buckshot "member lama" dari Pergh forum.. Facebook dia kat Facebook Napie- aku pun tak tau progress baru mamat ni.. memang aku berbetulan windu dengan air tangan dan curahan idea marvellous mamat archie- arty ni dan zine Corepeps dia.. yg last 2008 aritu cover Jambang yg cun doodling.. maka pada minggu kedua Jan 2017 aku pun terimalaaa parcel aku daripada Arul.. walaupun aku masih terhutang 5.00 ongkos pos sebab aku terbank in doit buku jer.. terlupa duhhhh.. wahhh memang terubat rindu aku. As usual artikel- artikel ..ramblings masa lalu- contri daripada regular dan new one ada sini.. subversif pun ada sikit.. mood rakyat katanya..
Ramblings pasal archi.. punk zaman lalu...penyumbang2 atau superfwens antara lain adalah
superstar dan indie darlings- Aku Napie.. Oren pun ado menyumbang poster.. Jambang Apo?. Dirty Donuts.. White ex- URBAN COMICS.. Dwen... Takara..Eg 39.. Pejal Krauser.. sajak2 dan ramai lagi.. korang klik ajer pautan link dan order terus dari the main man awwriittteee..
Ar Ramosque Fesbuk
Ramblings pasal archi.. punk zaman lalu...penyumbang2 atau superfwens antara lain adalah
superstar dan indie darlings- Aku Napie.. Oren pun ado menyumbang poster.. Jambang Apo?. Dirty Donuts.. White ex- URBAN COMICS.. Dwen... Takara..Eg 39.. Pejal Krauser.. sajak2 dan ramai lagi.. korang klik ajer pautan link dan order terus dari the main man awwriittteee..
Friday, February 19, 2016
Novel novel dan Literasi Inggeris ke Layar Perak Antisipasi 2016
Perghh tak update blog untuk beberapa bulan memang terasa seperti keberhutangan kepada diri sendiri.. always promised nak tulis tapi didnt make it.. xde excuses yang best pulak tu.. by the time aku tulis ni pun The Walking Dead mid season 6 round 2- means.. episode yg ke 9 pun da ruled seminggu.. - Carl dah ilang mato dio sebelahhh!!! Tak apa.. entri kali ni aku bariskan beberapa movie adaptasi dari literasi kanak kanak dan novel klasik Inggeris yang ruled hujung minggu kita sebagai breakaway dari kelotehan rutin bekerja..
Dah already kat wayang wud be adaptasi karya mash up Seth Graham Smith THE PRIDE AND PREJUDICE AND ZOMBIES. Tim Burton ada MISS PEREGRINE'S HOME FOR PECULIAR CHILDREN .. dengan cast seperti Eva Green.. Terence Stamp... Judi Dench dan Samuel L Jackson .. premis cerita kinda like Prof Xavier assemblekan budak budak X Men.. rest assured sebab movie tu tutup tahun nanti ..mungkin orang akan lupa laa XMEN APOCALYPSE tu..
Spielberg untuk Disney pulak akan menurunkan sentuhan magicnya untuk BFG.. Akronim.untuk Big Friendly Giant.. pelakon tak familiar tapi pakcik Roald Dahl punya BFG ni karya penting literasi kanak kanak.. mark Julai tarikh tayangannya.
Then kita ada A MONSTER CALLS arahan mamat yg bawakan kita The Orphanage dulu sebagai pengarahnya.. dan buku dia dulu oleh Patrick Ness ada grafik version dengan lukisan best oleh Jim Kay.. membawakan idea seperti Tamar Jalis di Wonderland atau Bridge To Terabithia.. dan keterujaan lain ditambah dengan barisan nama seperti Liam Neeson dan Sigourney Weaver. Slated Oktober tayangan. Seterusnya kita ada sambungan Da Vinci Code dengan INFERNO dan ahkak J.K Rowling ada FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM.. fenomena ni bagus untuk pasaran novel sebagai mengimbangi beberapa superhero movies gak nanti.

Dah already kat wayang wud be adaptasi karya mash up Seth Graham Smith THE PRIDE AND PREJUDICE AND ZOMBIES. Tim Burton ada MISS PEREGRINE'S HOME FOR PECULIAR CHILDREN .. dengan cast seperti Eva Green.. Terence Stamp... Judi Dench dan Samuel L Jackson .. premis cerita kinda like Prof Xavier assemblekan budak budak X Men.. rest assured sebab movie tu tutup tahun nanti ..mungkin orang akan lupa laa XMEN APOCALYPSE tu..
Spielberg untuk Disney pulak akan menurunkan sentuhan magicnya untuk BFG.. Akronim.untuk Big Friendly Giant.. pelakon tak familiar tapi pakcik Roald Dahl punya BFG ni karya penting literasi kanak kanak.. mark Julai tarikh tayangannya.
Then kita ada A MONSTER CALLS arahan mamat yg bawakan kita The Orphanage dulu sebagai pengarahnya.. dan buku dia dulu oleh Patrick Ness ada grafik version dengan lukisan best oleh Jim Kay.. membawakan idea seperti Tamar Jalis di Wonderland atau Bridge To Terabithia.. dan keterujaan lain ditambah dengan barisan nama seperti Liam Neeson dan Sigourney Weaver. Slated Oktober tayangan. Seterusnya kita ada sambungan Da Vinci Code dengan INFERNO dan ahkak J.K Rowling ada FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM.. fenomena ni bagus untuk pasaran novel sebagai mengimbangi beberapa superhero movies gak nanti.

Wednesday, January 04, 2012
RAUNGAN MANTERA (Alaf21, 2011)

Aku pun dah agak lupa dengan isi dan cerita buku lama- MENTERA HITAM yang aku hadiahkan kepada seorang rakan lelaki.. (gay betull.. hadiahkan kawan lelaki.. novelll lagi... yerkkk..) ahahaha kena usha balik ulasan lama aku baru aku ingat agaknya..
Aku tersangat, overjoyed bila dapat tau buku nie keluar.. dan selepas dua bulan rilis.. aku angkat di Kedai Popular Book dalam perut Ampang Point.. dan terus menjamahnya.. meter kool dia pada awal mokasurat tue dengan saspens dan moment besh setiap detik dan garis masa watak2 yang diletakkan oleh penulis memang menarik..
Tetapi apa yang menjadi problem aku sekali lagi ialah.. meter kool tue bertukar menjadi lemas kerana sekali lagi.. aku bukan la nak merendahkan mamat yang agak banyak jugak portfolio dan resume dia dalam sekian banyak sayembara enulisan dan sastera nie.. tapi itu laa.. perasaan aku kerana mamat nie sangat ambitious sehingggakan semua Tamadun Melayu dan persilatan Nusantara dikahwinkan atau diiringkan dengan dunia Jin tue takpe lagi.. tapi dengan melambakkan terlalu banyak nama Syaitan dan hantu2 dari Tamadun barat, Greek pun ado.. cth Lucifer pun ada.. (dituli sebagai Culifer dalam nie.. tatau aa disengajakan ke atau typo ke apa..) Anubis pun ada cameo jugak... Namtar laa.. macam2 lagi laa.. dengan beberapa plot sejarah pun nak disumbat sama.. aku jadi macam.. what the???
Tapi aku agree pada beberapa pinpoint dia yang memang mahir dalam ilmu2 lama cth tulisan huruf dengan kotak2 yang disifatkan sebagai setengah orang sebagai sesat.. padahal kalau korang studied.. benda tue ada rahsia dan faedahnya..
Aku juga memang terpesona dengan adegan silat dan pertarungan dia dalam nie.. sebagaimana korang pernah terpesona dengan Ramlee Awang Murshid.. (aku tak terpesona dengan tulisan Ramlee.. eheheh)
Thursday, December 01, 2011
MARIA HEROIN KITA (Alif Firdaus Aziz, PTS One Sdn Bhd 2011)

Aku beli nie dalam 13.11.11 gitu.. berbetulan lalu Pustaka Pertama kat dalam perut Campbell balik dr ambil IC anak kat Junction Mall.. sekali lagi.. Alifstyle kembali dengan idea yang memang sangat jahanam.. I mean.. (beshh..) waaahaha absurditi diteruskan.. segala penjelasan terhadap misteri manusia2 pelik dalam buku diterangkan dengan bergaya sekali..
Udin kembali dengan memperkenalkan seorang lagi watak budak pelik kat sekolah dia.. kali nie dengan Maria.. yang ditumbuhi pokok ceri di kepala... dan tak pasal2 ada fesyen baru.. untuk melindungi rambut dan kepala dia yang ditumbuhi ceri tue.. aku sure Alif mendapat idea dari filem2 remaja.. atau dia menyindir kecenderungan berfesyen remaja.. bagus kat situ... I loike...
Kalau Ain Maisarah dalam dunia perempuan menamakan watak2 dia dengan nama2 seakan selebriti sedia popular.. Alif jugak ada Justin Bieber di sini.. dan jugak Drogba wahahaha..
Aku juga terpikat dengan penjelasan kepada beberapa misteri dan fenomena aneh yang terdapat dalam buku nie..
Korang juga pasti terkesima dengan ending dia.. try laa wehhh... good book!
Tuesday, December 07, 2010
BOB SANI HERO KITA (Alif Firdaus Aziz, PTS One 2010)

Punya la semangat aku nak have buah tangan karya terbaru Alif Firdaus Aziz atau lebih dikenal orang sebagai Alifstyle nie.. kecewa berkunjung ke banyak kedai buku tersohor negara until aku jumpa di MpH Bookstore di SACC Shah Alam Ahad baru nie.. along wif Hasema wife aku dan Nadia of HSBC..
Last aku baca, pengalaman aku membaca tulisan dia dalam bentuk buku yang smart aku have from him (yakni terbitan komersil dan tersohor) wud be ALAN ALONE.. memang buku tue agak lama da di pasaran.. tapi aku berada di Moser pun berbelas tahun maa... Alif bersungguh laa cadangkan aku buku yang dia paling suka - Budak Silap Mata.. sewaktu kunjungan aku ke KLBIF PWTC Februari nan lalu.. tapi aku ingat aku tanak baca buku tue.. ehehehe
Pengalaman lain aku membaca buku atau tulisan Alif ialah karya2 dia lewat zine terpinggir terbitan sendiri jugak komik2 indie separuh mainstream seperti UMBRA dan MATo2.. dan ini laa jugak penyebab kedahagaan aku terhadap tulisan baru beliau..
Paling baru aku have daripada dia would be DUNIA KOMIK.. himpunan strip dia yang kelakar terbitan PTS- (rilis Februari lalu..) dan strip kartun dalam MStar.. supplement dalam The Star hari Ahad.
Seperti biasa.. penulisan Aif dengan santai.. naif tapi bukan bermaksud tak bijak.. unik dan tersendiri.. very out of this world.. dan very something untuk selera tempatan.. illustrasi baru beliau pun ada style Jambang (Jambang pun amik style mamat design iklan2 MTV tue.. aku lupa nama mamat tue..)- memberi "light" mood terhadap cerita beliau yang loose.. rileks.. absurd dan apa lagi termanya aku nak bagi eheheh..
As usual.. keabsurdan bertumpu ke arah watak utama Alif kali nie dengan hero budak sekolah separa beruk- Bob Sani.. dan sidekick beliau, Udin- satu2nya budak sekolah yang sanggup berkawan dengan beliau.. ada banyak misteri pada Bob sehingga laa di hujung buku nie diceritakan asal- usul beliau.. memang absurd tapi fun!!
Dan hujung buku macam mencadangkan prequel... atau sequel tentang .. Sekolah Udin- Sekolah Super Pelik!
Thursday, November 25, 2010
LASKAR CINTA (Isma Ae Mohamad, PTS Fortuna Sdn Bhd 2010)

Guwe penat jugak nak abeskan novel sekarang nie.. ye la dengan kebizian yang melanda skang nie... tapi guwe gagahkan jugak menghabiskan novel nie..
Genre "Roman Militia.. " tersenyum guwe..maknanya pejuang tengah perang2 dan konflik masih ada waktu untuk romantika.. tapi kalau penulis dapat cari satu tajuk lain selain daripada LASKAR mesti okay... LASKAR CINTA macam biasa2 ajer.. untuk satu naskhah yang simple tapi agak hebat dan "menjanjikan" macam nie...
Bahasa dia mudah ajer.. tapi perjalanan, idea dan premis dia memberikan satu kelainan yang jarang2 ada dalam diri penulis muda.. bagus jugak.. dan penulis nie kelahiran Thailand.. jadi dia boleh hadam betul2 konflik melanda sempadan Burma dan Thailand tue..dan fiksyen dan fakta dimainkan dengan baik oleh penulis nie...
Cover tue.. awek PTS.. yang kalau korang kenal.. berkembang sejak Faizal Mukhtar sang editor jadi cover novel ANARKIS aritue eheheeh..
Ringkas dan tak cuba- cuba nak lambakkan banyak fakta2.. atau perbalahan pasal konsep Islamik macam kebanyakan novel Islamik yang dah takde sasteranya.. claimed novel islamik tapi dah jadi macam buku dengan sedikit drama pastue panjangkan dengan data2 pasal Islam.. bukan aa aku sombong nak kata aku dah tau.. tapi jangan laa nak menipu pembaca dengan mengatakan kau buat novel.. padahal novel kau penuh dengan "data2"..novel apa ke nama tue? Baik aku baca buku Pengetahuan Islam..Sejarah Islam ke.. pastue kau claim kau novelis dengan kau ada sijil ekonomilaa.. apa laa.. poyoo..
Sunday, April 26, 2009
ONLINE DENGAN TUHAN tanpa wayar.. Islamika.. PTS 2009

Buku bernada santai penuh pengisian agama nie mengingatkan aku kepada buku2 kecil agama yang berada di pasaran mesir di bwh penerbitan Darussalam. berbetulan Darussalam pun antara cargas dan tersohor kat sana.. desgn layout pun cantik.. kulit buku pun neat... cuma Darussalam tak menyediakan bahan popular macam PTS..eg. novel kumik blablablabla..
Ustaz ZULKIFLI khair punya pendekatan bolehla disamakan dengan Khalid al- Jundi atau Amru Khalid di Mesir yang jugak menguasai TV Al JAzeerah untuk slot agama di mana Amru sangat dekat dengan kelompok remaja walaupun beliau sebenarnya bukan dari jurusan agama.
Buku nie banyaknya menggesa hubungan manusia terus dan langsung dengan Tuhan tanpa wayar, menyindir kepenggunaan Internet tanpa berhemah, ibadah, ilmu Islam dan lain2. Antara fenomena agama yang disebut jugak di dalam buku ringkas ini ialah Ustaz HArun Yahya dari turki yang terkenal dengan buku2 dan video pengkajian ilmiah dan pembongkaran sains dan laman web Islamik dr UK Muslim heritages..
Memang menjentik dan menghiburkan. Hati pasti tersentuh dan tertawan dengan pendekatan beliau. Incha Allah.. aminn.. menitik air mata.. terjentik..
(Aritue aku nampak awek dress seksi kaw2 angkat buku YAKJUJ MAKJUZ dan BENARKAH ALEXANDER BUKAN ISKANDAR ZAULKARNAIN.. kat booth PTS.. kagom2..)
Subscribe to:
Posts (Atom)