Saturday, July 09, 2005

It's kind of late... but it's ok

Dah ada org jawabkan rupanya.. respon terhadap statement bahaya.. atau jwpn selamba Mashitah dlm ruang lettercol soal jwb kemusykilan agama pembaca kat BH.. aku rasa baik gak aku boh sini.. copy paste..

Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM), Dr Harlina Halizah Siraj, menegaskan pandangan terpesong dengan menghalalkan perbuatan yang haram itu mempunyai kesan yang mendalam terhadap usaha memartabatkan kedudukan dan status wanita dalam masyarakat.

Beliau mengulas mengenai jawapan kepada satu kemusykilan agama dalam sebuah akhbar mingguan Ahad bertarikh 19 Jun 2005 mengenai pandangan Islam terhadap wanita (contohnya ibu tunggal) yang terdesak menyara kehidupan keluarga hinggakan terpaksa 憁enjual diri?atau terbabit dalam pelacuran.

揓awapan yang diutarakan memberi gambaran bahawa dalam Islam, keadaan terdesak dan terpaksa boleh menghalalkan perbuatan zina yang termasuk dalam dosa besar yang merosakkan nasab keturunan manusia. Seolah-olah dalam keadaan demikian (darurat), pelacuran dikatakan boleh menjadi sumber pendapatan bagi menyara keluarga,?katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata, implikasi daripada kenyataan dan pandangan berkenaan dikhuatiri menimbulkan kekeliruan serta kesan yang memudaratkan. Pelacuran adalah satu pencerobohan terhadap hak asasi dan maruah individu. Bagaimanapun sayangnya golongan yang diharapkan mempunyai pengetahuan dan ilmu yang mantap bagi membimbing masyarakat umum juga nampaknya amat kurang arif mengenai dinamisme dan wujudnya lingkaran ganas dalam kancah pelacuran.

Dalam era globalisasi hari ini, pelacuran menjadi satu bentuk perdagangan antarabangsa yang mendatangkan keuntungan berjuta bilion. Di kebanyakan tempat seperti di Thailand, dianggarkan sebanyak RM125 bilion diperoleh setahun hasil daripada pelancongan seks iaitu pelancong datang untuk mendapatkan perkhidmatan seks.

Di Republik Dominica pula, hampir sejuta wanita bekerja sebagai pekerja seks di luar negara. Wanita dan kanak-kanak (semuda sepuluh tahun) diambil dari negara seperti Myanmar, Bosnia, Crotia, Ethiopia dan Eropah Timur untuk mengisi rumah pelacuran di seluruh dunia.

Perdagangan seks dan imej wanita yang dijadikan barang dagangan sebenarnya adalah bukti bagaimana globalisasi mengikis rasa hormat manusia terhadap maruah dan integriti kehidupan manusia itu sendiri.

揔emiskinan adalah faktor yang sering dikaitkan dengan desakan kehidupan yang memaksa seseorang wanita melacurkan diri. Majoriti mereka yang terbabit dalam kancah pelacuran ini sebenarnya adalah mangsa yang tidak rela diperlakukan sedemikian rupa.

揔ewujudan fenomena ini amat menyedihkan dan ini menjadi bukti kukuh betapa pincangnya masyarakat yang ternyata tidak mampu menggerakkan ahlinya untuk saling membantu bagi meringankan beban kehidupan satu sama lain,?katanya

Beliau berkata, pelacuran mesti dilihat sebagai satu penyakit masyarakat yang perlu diubati segera. Ia tidak boleh ditangani semata-mata dengan menguatkuasakan undang-undang ketat terhadap pelacur saja sedangkan sindiket tempatan dan antara bangsa yang bertanggungjawab terus bebas mencari mangsa seterusnya.

揥anita JIM menyeru semua lapisan masyarakat di Malaysia untuk menggembleng tenaga membantu golongan yang memerlukan bantuan agar tiada golongan wanita dan anak-anak yang terpaksa menjual diri demi sesuap nasi. Semua mekanisme harus diaktifkan bagi membela kehidupan golongan yang terdesak dan miskin.

揚ihak berwajib mesti menyusun strategi agar golongan ini diberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memperbaiki kehidupan mereka. Ibu tunggal dan anak mereka perlu diberikan pembelaan sewajarnya oleh sanak saudara, masyarakat, kerajaan serta sistem hadanah (saraan) bagi mereka yang bercerai hidup,?katanya.

No comments: