Tuesday, July 05, 2005

Pencacai

bengang seharian dua.. udahla panas mencengkam... tiba2 dapat tau yg kediaman bakal dikongker oleh set2 pencacai jahanam... maka lahirlah ini:

PENCACAI
pencacai pencacai
kenapa kau menyempit dan menghimpit
di kala kekalutan makin mengiggit

pencacai pencacai
kalau kau handal
kipaslah bini kau sendiri
yang susah nak tidur dengan aman dan nyaman
kerana panas dosa dan mimpi ngeri dalam tidurnya

pencacai pencacai
nyamankah tidurmu
di kala orang lain merempat terusir
dari bumi dan tanahnya sendiri

pencacai pencacai
mengapa mengaku membela bangsa
sedangkan ketara kau lah penjahanam nombor wahid

pencacai pencacai
mati pun aku tak akan mengampunkan kamu

pencacai pencacai
aku rasa kuih kegemaranmu ialah kuih lapis atau kuih talam atau seri muka
sebab berlapis dan bermuka muka dan ketalaman tebal mukamu
bedak bini kau pun agak tebal
mulut kau pun manis macam kuih kegemaran kau

No comments: