Tuesday, August 23, 2005

And i remember my bufday... empty party afternoon, won't come back

Belakangan ini aku malas nak menulis... apa lagi update dengan ayat dan garapan aku sendiri... rather than copy paste dari sumber berita.. ahhh lantaklah..

Happy bufday to me.. 2 hr dah berlalu... tak sapa pun wished kecoli nama2 berikut.. Nadine, Ana Ns..sapa lagi tah...

eat more.. mood aku belus... belus takde duit...


Hari Al-Quds Sedunia – 21 Ogos 2005
Tuesday, August 23 @ 12:46:13 MYT


Oleh Hudzaifah Mohd Parid
Tanggal 21 Ogos lalu, genaplah 39 tahun peristiwa pembakaran sebahagian besar Masjid Al-Aqsa, Palestin, yang didalangi pihak Zionis yang tidak bertanggungjawab sehingga mengundang kemarahan dan kecaman kalangan masyarakat dunia.

Tarikh ini kemudiannya dijadikan simbolik perjuangan menegakkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin serta dijadikan Hari Al-Quds sedunia.
Isu Palestin merupakan salah satu isu kronik yang pernah disaksikan oleh manusia di dalam sejarah semenjak kurun ke-19 lagi dan berpanjangan sehingga ke hari ini. Persepsi silap bahawa isu Palestin hanyalah isu melibatkan kelompok bangsa Yahudi dan Arab yang bertelingkah dalam menentukan siapakah yang lebih berhak terhadap bumi Palestin sering membawa kepada pemahaman dan penilaian yang salah oleh masyarakat antarabangsa, dek kerana disibukkan dengan simptom kepada pergolakan yang berlaku dan tidak langsung memahami punca permasalahan tersebut.

Semenjak beribu-ribu tahun yang lalu Palestin merupakan bumi bagi kaum Kan’an yang kemudiannya menjadi bangsa Arab setelah zaman Islam. Mereka merupakan penduduk asal bumi ini tanpa sebarang keraguan mengenai hak mereka sehinggalah tahun 1948, apabila sebuah entiti haram yang diberikan nama sebagai negara Israel (Bumi Israel - Erezt Yizrael) ditubuhkan. Sentimen anti-Yahudi di Eropah, peristiwa Holocaust yang dicetuskan oleh gerakan Nazisme dan dasar kolonialisasi British pasca Perang Dunia Pertama telah dimanfaatkan sebaiknya oleh gerakan Zionisme untuk mencerobohi dan menduduki Palestin secara haram.

Negara yang tertegak atas dasar perkauman dan juga kezaliman ini telah menyebabkan lebih enam juta rakyat Palestin terpaksa hidup di dalam kem-kem pelarian dan di luar negara mereka sehingga hari ini. Sehingga saat ini, lebih kurang satu pertiga (1/3) daripada jumlah keseluruhan Yahudi dari serata dunia telah mendiami bumi Palestin.

Pelbagai inisiatif dan juga resolusi yang telah diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan isu ini telah menemui kegagalan dan langsung tidak menyelesaikan perkara ini disebabkan pemain utama politik dunia tidak menyebelahi pihak yang tertindas, sebaliknya menyebelahi pihak Zionis yang berlaku zalim dan menindas. Akibatnya rakyat Palestin bukan sahaja terus menderita, malah diberikan penilaian berat sebelah oleh media antarabangsa dan ditonjol sebagai penghalang kepada siri usaha damai yang dijalankan.

Solidariti Mahasiswa Malaysia berpandangan bahawa tindakan kejam dan penjajahan regim Zionis ke atas negara Palestin mesti diakhiri, tidak kira berapa lama ia berlaku. Hak lebih enam juta rakyat Palestin yang kini ditindas dan hidup sebagai pelarian di luar negara mereka harus ditunaikan segera sebagai penduduk asal Palestin.

Solidariti Mahasiswa Malaysia juga menolak keras cadangan “Two States Solution” kerana ia berbaur unsur paksaan ke atas rakyat Palestin untuk melepaskan 77% daripada tanahair mereka untuk dijadikan sebuah negara Israel yang berdaulat dan merdeka.

Di atas kesedaran ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia dengan rasa prihatin menyeru semua rakyat Malaysia agar:

1. Usaha meningkatkan kesedaran dan sensitiviti masyarakat terhadap isu Palestin terus digiatkan samping menyebarluaskan maklumat yang benar dari sumber yang diyakini.

2. Sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin diteruskan dengan memberikan sebarang bantuan kewangan & kemanusiaan kepada institusi bantuan yang wujud.

3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan rakyat Palestin.

Solidariti Mahasiswa Malaysia yakin usaha bersepadu juga perlu dimainkan oleh masyarakat antarabangsa untuk membantu rakyat Palestin mengakhiri derita mereka sepertimana isu Apartheid di Afrika Selatan. Jika rejim Apartheid boleh dihapuskan dan juga diakhirkan hayatnya, begitu juga dengan projek Zionis ini. Hanya dengan berakhirnya rejim Zionis sahajalah keamanan yang sebenar di bumi Palestin dan di rantau Timur Tengah akan menjadi kenyataan.

Penulis adalah
Setiausaha Agung Solidariti Mahasiswa Malaysia dan boleh dihubungi di nombor 019-6425938.
- zz

No comments: