Saturday, March 01, 2008

AYAT AYAT CINTA THE MOVIE sebuah ulasan


Tidak pasti aku dapat edisi yang mana kerana khabarnya filem ini ditarik balik oleh produksinya Disember lalu kerana masalah dubbing.

Tidak seperti novelnya- di mana Fahri (Fedi Nuril) bergerak nak pergi bertalaqi Quran di Shubra di kepanasan musim panas Kaherah- filem AYat- AYAT CINTA dimulakan dengan Fahri kelam kabut memanggil Maria (Carissa Putri) , jiran Koptik Kristen Mesirnya itu buru2 ke dalam syaqqah, rumah Fahri dan rakan2 Mesisir (Mahasiswa Indonesia Mesir) kerana komputer tempat Fahri menyimpan hampir semua dokumen pentingnya- makalah2 persatuan, ilmiah dihinggapi virus dan Fahri minta melihat- sesuatu yang x pernah berlaku dalam novel.

Yah.. novel AYAT2 CINTA itu pun sudah jauh khayal dan absurd... mengimpi empat gadis memuja seorang insan lelaki kamil lagi mutakamil (meminjam Anwar Ibrahim di sini). Filem ini melanggar "batas2 syariah yang dijaga baik" oleh novelnya.. udah MD Productions yang mengangkatnya pun sudah biasa mengerjakan sinetron di TV2.. jadinya terhidangla komersil yang agak absurd pada mereka yang setia dengan novelnya.

Korang mesti suka dengan Maria dalam filem ini- (lakonan Carissa Putri) cantik, periang dan penuh keletah. Aishah (lakonan (Rianti Cartwright) dalam filem ini tidak semenarik novelnya. Lagi2 ketika bersama Fahri.. benarlah yang batas2 itu terpaksa dilanggar untuk "sebuah penggambaran filem dan sudut2 komersil".. dan bernarlah keindahan perhubungan suami isteri di dalam novel besar itu hanyalah satu keindahan mempesona yang tidak dapat dizahirkan dalam perlakuan berlakon di depan kamera. Boleh pulak ada kissing scene dan intimate lebih Fahri dan Maria- setelah direstui Aishah untuk menjadi madunya.

Perlakuan orang mesir mengasari orang Amerika- di mana mula perkenalan Fahri- Aishah kurang grip dan dramatik. Dan moment Fahri meminta Maria membujuk dan menenangkan hati Noura yang baru aje dipukul Bahadur itu pun kurang kicked dan moment.. mcm rushing.. pace dia..

Noura gadis Mesir (Zaskia Adya Mecca) yang diperkosa Bahadur itu berperawakan cantik. Mereka mungkin dah dapatkan gadis mix Pan Asian but her look were more to Indonesian than to be an Egyptian . Kesilapan pada Noura lagi ialah dia dipakaikan tudung style perawan Indonesia di mesir. patutnya pakaikan la dia baju bawab ke.. baju2 org Arab mesir biasa pakai. Zaskia nampak chubby sikit... daripada biasa..

Nurul,(Melanie Putria)pelajar Indonesia di dalam novel sangat penting.. tapi mungkin kecil ajer peranan dia.. pun masih kecil di dalam filem ini..

Runut bunyi score orchestratik dan simfonik yang disediakan Melly kena dengan mood tetapi nyanyian2 yang dinyanyikan Rossa, Sherrina agak menganggu. Filem ini bukan ADA APA DENGAN CINTA untuk tujuan begitu- menyumbatkan idea Melly dan "pandangannya" untuk idea Habiburrahman Shirajy.

Pujian harus diberikan jugak kepada produksi dan pengarah dia- Hanung Bramantyo sbb berusaha sungguh2 mendapatkan feel dan ruang environment Mesir. jugak pelakon yang memegang watak Maria.. sangat mengesankan. Fahri? Boleh laa..

Hubungan Fahri- Saiful sebagai kawan serumah, teman sekuliah pelajar Islam di al- Azhar tue menarik.. dan aku setuju dengan perbualan depa pasal "idea menikah.. bertunang.." kat situ realistik dan nampak "Azhari"nya..

Rupa mamat Bahadur orang Mesir jahat tue mcm pelakon lawak India jer ekekeek..

Ada prkara- perkara confuse lagi:
1. Bila masa Maria dan mak dia leh makan semeja dengan Aishah dan Fahri dan Aishah bayar, treat makanan tue eh?

2. Filem nie keseluruhan besarnya ditutup dengan adegan kecemburuan Aishah menerima Maria dan Maria cemburu melihat waktu2 mesra Aishah- Fahri selepas bermadu. Ada ke dalam novel?

Aku rasa aku tengok edisi yang x dikemaskan lagi laa.. semacam je x puas eheheeh..

1 comment:

deq_mas said...

dah tgk citer ni... ermm setuju with the review..