Sunday, April 27, 2008

Corat- Coret Carut Anugerah Planet Muzik ke- 8 2008 di KL Convention Center

Besh gak.. opening dengan Meet Uncle, Ahli Fiqir..

Aku suka event dan function nie sbb tak banyak ucapan berjela dan lawak merepek meleret. Yang ada hanya present award dan nyanyi, performance.. dahhh .. gitu..

ya, Sarah Sechan dr Indonesia tue pun rajin berseloroh dan bercanda tapi short, ringkas dan tepat takde la merepek panjang sangat mcm Ogy dan Raja Azura bikin mess untuk berapa kali ABP tah.. dan Afdlin Shauki pun (maaf, peminat Afdlin!) dan Bob (lagilah poyo) yg show off mcm show sendiri pulak dalam saban tahun AIM.

Tahun nie Sarah x digandingkan dengan mamat2 MC atau DJ dr negara jiran Singapore dan Malaysia seperti selalunya. Eloklah pun. Tak terbayang kalau Aznil nak bagitau Malaysia (dan dua negara lain tue)' susah2.. "budak2 Konti (merujuk kepada kaalu DJ jd pengacara bersama live telecast ni) nie tak pernah masuk TV.." kadang2 dia over dan konyol amat.. perasan besh la tue..

Presenter sume yummmi2- Nasha da kawin, Maya Karin, Noryn Aziz, Deborah Henry.. tapi tak banyak award. Otai KRU dan Search dapat bahagian masing2. KRU selepas 15 tahun penglibatan dan Search selepas 26 tahun dengan sedikit kelebihan dan keunuikan kat KRu sbb namanya Anugerah Cinta Muzik- dengan imej advanced IT, contribution kat toprogramming dan kerja2 kebajikan depa (Projek Suluhkan Sinar post- Tsunami). Perghhh...

Meluat je agaknya act dan band2 Indon tgk penguasaan melampau artis2 Malaysia malam tue ahahaha. Ketara sangat dr bolot award, show dan award utama ahahha. Tapi diorang kena diberitahu dan dihajar jugak yang lagu2 rock depa wpun dah maju tapi ada certain part tak lari dr dangdut nyer sound mcm Matta band ada Ketahuan atau Nakaloleh Gigi..(yg banyak dibantu Dewa untuk album akhir depa) dah mcm bunyi a la dangdut inject sket orkestra stadium rock

depa kena diberitahu, -yang kita punya rock dan sound ada something yang lain yang depa takde. Tengok sekarang lagu2 diorang selepas Sheila On 7 dan Peterpan.. masuk Ungu hampir semua band Indon dah sibuk merayu perempuan dan mintak maaf, maafkan aku (cuba korang check betul2 lirik depa..) wahahaha itu la namanya dah masuk mainstream. Yang kedua nak bagitau band Malaysia lagi gempak kalau main live!

Kita pulak- dok repeat bende lama.. Kristal record lagu orang.. XPDC.. same ideas.. Amuk pun sama.. adesss.. patutnya depa kena banyakkan stuff ala Orchestratic dan pianic classical mcm Search dulu2 ada stuff mcm Sutera Atau rayon.. Nigina.. Nirmala.



























Performances yg besh itu malam:
Faizal Tahir deliver his best dan sempat lg berlawak tukar line akhir lagu, Elayana pujaan ku sayang berkaki ayam.. deliever safely part2 susah lagu dia.. perghhh add to Bunga Cinta Lestari's Ingkar yang sweeet... kalau Sheila Majid muda lagi mesti Bunga Cinta x larat kejar.. tapi lagu Sheila tak banyak stok kiut pulak..

cubaan Matta band turun ke pentas tiru persembahan Kris Dayanti sebelum tue bagos dan berani.. mentang2 la lagu dia addictive dan penuh repetitiion.. oo kacau Siti ye? wahahaa..

Singapore Idol Taufik batisah lagi besh drpd Anuar Zain.. suara besh.. melompat menari.. tapi suara x jejas.. tera ahh..

Lagu Satu Ferhad tue feel funky besh aa part choruses gitar solo..

Kris Dayanti luar biasa besar badan dia.. lagu dia tue mcm lagu Sheila majid gak sikit.. ada part2 mcm curik lagu SInaran.. mcm aje laa..

Mila lagu sedap tapi semput..

Anuar Zain? buweekk...

Sofaz sedap tapi tah tak lunak sangat pada aku.. live dia

budak Aliff Aziz tue suara ok laa.. mcm versi Singapore untuk Irwansyah... dan kurang- kurang dia lagi bagus lagi daripada overexposed over-hyped overrated Dafi..

Kemenangan Estranged tue mcm pelik je sbb saingan lain semua kaw2... pastue indie? Ikhh..

mana Hujan? tak mau masuk kot..

tue belum masuk stok2 Indon yang pepelik dan besh lagi mcm Nidji, Lotto, Efek Rumah Kaca, Project Pop dan banyak lagi..uish kalau ada depa mesti lagi masyukk!!

gandingan Judika.. Hady Mirza dan Dayang untuk lagu2 medley Popular pun sodappp. Punggung Dayang melambung2 dan tangan dia mcm biasa menggawang wahahaah.. nasib baik x pakai baju dedah ketiak mcm biasa2 ehehe phew..




"Ada lagi laa. Shidie.. Mawi da simpan misai.. dan jambangg...pastue macam poyo2 je Ajai tue.. lepas tue kenapa Siti yg bawak lagu Search? Arrghhh tension! ", tambah Zamani yang dolod siaran nie ahahha..


keputusan penuh malam tue:

KATEGORI TERBAIK

1. Album Terbaik - Gigi (Peace, Love & Respect)
2. Lagu Terbaik - Nakal (Gigi)
3. Artis Wanita Terbaik - Kris Dayanti
4. Artis Lelaki Terbaik - Anuar Zain
5. Duo/ Berkumpulan Terbaik - Gigi
6. Dua/ Berkumpulan Baru Terbaik - Meet Uncle Hussain
7. Artis Baru Terbaik (Wanita) - Farah Asyikin
8. Artis Baru Terbaik (Lelaki) - Faizal Tahir
9. Album Terbaik (Singapura) - Ceritera Awan (Cradle)
10. Artis Singapura Terbaik (Solo/ Berkumpulan) - Taufik Batisah
11. Lagu Terbaik (Singapura) - Ayu (Cradle)

KATEGORI POPULAR

1. Artis Wanita Paling Popular - Dato’ Siti Nurhaliza
2. Artis Lelaki Paling Popular - Faizal Tahir
3. Kumpulan Paling Popular - Estranged
4. Lagu Paling Popular - Itu Kamu (Estranged)
5. Artis Singapura Paling Popular - Taufik Batisah, Kumpulan Sleeq & Hardi Mirza
6. Lagu Singapura Paling Popular - Berserah (Taufik Batisah), Sayang Sayang (Aliff Aziz) & Seribu Kenangan (Didi Caslin)..

No comments: