Thursday, June 26, 2008

THE 99 Komik Moderate Islam



















The 99 adalah sebuah percubaan seorang Arab bernama Naif AL Mutawa, pemenang beberapa anugerah UNESCO untuk buku kanak2.. sekarang CEO dan boss Tashkeel Comics.. komik nie lahir sebagai memulihkan imej Islam (dan Arab) sebagai satu wajah moderate, tolerate dan superhero Islam (Arab). Sejauh aku membaca komik nie.. ada yang mencadangkan 99 tue sempena 99 nama Allah tapi rasanya takde plak kuasa depa related dengan perkara tue.. mungkin Naif sendiri yang tau jawapannya. Projek beliau ini disokong dengan otai Marvel bernama Fabien Nicieza yang bertindak sebagai penulis serta nama- nama lain seperti Ron wagner, Dan Panosian dan John Mcrea. Projek bermula Oktoboer 2007.

Projek ini turut dialu-alukan oleh beberapa media Islam moden seperti Asma Society dan Q Magazine (UK). Mutawa turut ke Indonesia membawa komiknya dan mesej superhero Islam nie.

Melihat plot dan susunan ceritanya, Nicieza berjaya membawa peminat ke sebuah dunia superhero serba baru dan unik dan mirip penceritaan X MEN dan HEROES. Setiap karakter mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri.

Apa yang menarik (dan menghairankan aku).. projek ini betul2 ruled pasaran selepas "kehilangan" projek komik AK Comics (Aiman Kandeel)- usahama Brazil+ Mesir+ US itu.. kerana tekanan penapisan "KDN" Mesir. Udah laa Teshkeel borong bawak masuk jugak komik2 US dr Archie, Marvel dan DC dengan bermacam penawaran tajuk.. sebab depa dapat "tender" hakcipta terbit semula dalam bahasa Arab dan Inggeris.. dan bebas merombak cover (semacam Gotham Comics untuk pasaran Asia...)

No comments: