Thursday, October 16, 2008

Shah Rukh Khan terima pingat Datuk Melaka.. satu lagi absurditi..

Headlines read:

MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan
adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.

Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima
Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk. - Bernama



Memang terkejut beruk tahap cipan (macamana tue? udah bende tak tercapai akal.. mmg absurd abes..

Budak2 forum dah start buat lawak begini ... antaranya:

Tan sri Raj kapoor
Tun MGR
DAtuk PAduka Aiswarya Rai
Datuk Wira Salman Khan
Nenek Dimple Kapadia..

ini bunyi kelawak kan yang patut dikartunkan dan di satirakan

"Hmm assalamualaikum Datuk SRK, saya personal secretary MB... PRU14 ni dah dekat, sebelum ni ada pemilihan Timbalan Presiden UMNO... Boleh ke Datuk datang merasmikan pelancaran filem pendek "Sang Negarawan" di KYM bulan depan... nak bagi orang2 Melaka tengok muka DAtuk yang hensem dan perut datuk yang ada 6 ketul tu... sambil tu jangan pulak lupa ajak Mallika Sherawat join sekali untuk rumah terbuka Deepavali, mana tau kita boleh bincang untuk Dato Sri pulak... emm emm emm... kita minum power root tongkat Ali sekali... bla bla bla..."

" Untuk krismas ni Datuk Lindsay Lohan pun nak datang raikan tahun baru... kita nak bakar bunga api berjuta2 ringgit... Mana ada ekonomi gawat kat Malaysia ni... semuanya OKeyyy.... kot." - Ubder punya wahahaha... besh2

Mark Brunett promote Sabah dalam SURVIVOR season 1... Sean Connery promosi sedikit buruk KLCC dalam Entrapment... then Jackie Chan selalu lepak KL.. pernah promosi KL dalam filem dia.. apa ke hal x dapat?

Memang menghina karyawan tempatan.. walaupun ada tiga artis senior Malaysia masuk senarai antaranya Ali Mamak.. Andre Goh dan makcik sorang lagi.. (damn, aku lupa nama!)

Kata orang Datuk melaka memang tak power sangat banding dengan negeri lain.. abes tue dok bubuh cincai sampai org pertikai??

Semalam plak.. Presiden PAPITA ke? sound Karyawan yang lantang buat kecaman dan voice out bantahan depa...

Suka hati kau laaa..

No comments: