Thursday, October 16, 2008

Raffi Hussein (Elvis Malaysia dari 1980s) meninggal doniaaaa..


Headlines read:

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi terkenal 80an, Raffi Hussain (gambar) meninggal dunia pada jam enam petang di Hospital Selayang akibat serangan jantung, semalam.

Raffi yang pernah membintangi filem Azura itu mengadu sakit dada sebelum mengalami sesak nafas.

Lebih menyedihkan, Raffi yang sepatutnya menyambut ulangtahun ke-49 hari ini turut meninggalkan isterinya, Zawimunie Mohd Ramly yang kini sedang mengandung anak kelima mereka berusia tujuh bulan.

Sebelum ini, Raffi pernah bercita-cita menerbitkan filem The Chini tetapi tergendala kerana mengalami masalah kewangan.

Jenazah telah di bawa pulang ke Tanah Merah, Kelantan pada 10 malam tadi untuk dikebumikan di sana.


Wahhh dia nie.. lama betul tak nampak.. dia yang belasah Jamal dalam Azura.. jadi Pak Sheikh muda tapi mengarut dalam Tujuh Biang Keladi.. memang stylo abes 1980-an.. the days of remos dan jambul ke depan budak2 lelaki (perempuan pun..)... dia pun pandai buat persona a la Elvis.. along with Ahmad Fauzee tapi aku x pasti polak mamat nie ada ke tidak dalam itu program nyannyi2 sengal (alaa... padahal aku pulun jugak.. kunun2 temankan Abah aku tengok TV larut malam...) RTM punya MEKAR SEJAMBAK... Liza Abdullah cun lagi.. Shah Reza... Isma Aliff.. Noraniza dan laki dia.. Ebby Saiful...

Ambisi dia nak buat loan nak pulun filem tue aku kagom...

Al Fatihah...

No comments: