Wednesday, October 22, 2008

TIPU KANAN TIPU KIRI (Tarantella Pictures, Astro Shaw)





Filem nie boleh je digarap dengan cantik... penuh color sebagai layaknya sentuhan Bollywood - sebab pengarahnya Sharad Sharan memang dari Bollywood land- datang ke Malaysia untuk melakukan sentuhannya ke atas filem2 dan pelakon sebelah sini..

Tapi disebabkan idea dan garapan serta persembahannya masih Bollywood serta kecelaruan pelakon Malaysia meraikan dialek "abang" dan "kakak"(cis! Indon je yang claimed depa abang... tak malu!) dari Indonesia- maka celarulah di sana sini...

Filem berkisar mengenai superstar Wulan (titi Kamal) merahsiakan perkahwinannya dengan Rudy (Christian Sugiono)kerana takutkan perjanjian kontraknya dengan syarikat rakaman. Sisi intim dua pelakon utama Indonesia nie dapat dirasakan kerana depa pun memang lovebirds atau belangkas di dunia luar..

Tapi bagi aku light cerita nie adalah Hans Isaac yang memegang watak Remo, majikan Rudy di Malaysia dan Natasha Hudson yang penuh melakonlik dan misery. Cantik lakonan Natasha.. katanya dua lagu utama filem nie turut dinyanyikan sendiri Natasha dan Titi dan dua lagu tue sedap... Azwan Ali sebagai Mr.Fix (it- all) pun okay jugak... part fauzi Nawawi pun okay.. cumanya aku x faham kenapa bende simple macam nak pinjam kejap Sara (natasha tue) big deal dan kecamuk sangat.. serabut pulak aku tengok... konon nak wujudkan konflik kat situ.. tapi aku rasa.. it's not working..

Kesimpulannya..kucar kacir dalam warna... Natasha nyer acting besh.. tapi underrated... sebab namanya x dikredit di sesetengah media yang x noticed dia.. tapi percayalah.. dia sebenarnya bintang cerita nie.. bukan Titi Kamal dan Christian..

Sazzy? Sazzy okay... dia bukan bimbo.. jadi kakak pun kakak seksi.. ahahaha..

No comments: