Thursday, October 16, 2008

TWINX by Pac, Komik M PTS


Kita pun ada fantasi dan impian untuk mencapai awan. PM lama kita yang ambitious dulu- namely Mahathir Mohammad pun menggalakkan sangat ke arah idea pertumbuhan sains, teknologi dan perkembangan media nie. Wawasan 2020 dia setkan tue mungkin dah terbantut banyak di era Pak Lah, tetapi penulis dan pelukis tempatan tak henti- henti melukis dan mencipta idea garapan kita sendiri mengenai "masa depan."

TWINX oleh Pac yang aku faham bercerita tentang manusia dah lepak kat satu planet alternatif... sehinggalah moyang kepada protaganis cerita nie berhubung semula dengan protagonis untuk bercerita tentang wawasannya mengenai masa depan yang sedang berlaku dalam garis masa komik nie.. lebih kepada macam wasiat datuknya yang dah dapat meramal kerosakan masa lalu.. dan kenangan2 terhadap Bumi dan Malaysia pun mula melingkari hero...

Dilukis dengan begitu neat sekali.. tapi Pac seperti jugak komik2 dalam Blues Selamanya.. tak suka tacap berhabis untuk lokesan dia.. jadi x berapa nak up dan hidup tapi lokesan dia memang neat.. cantik dan eye candy..

penceritaan dia jujur.. bahasa komik dia lagi laa jujur sebab PTS da tetapkan macam tue.. ye laa mana boleh guna "palat" macam dalam filem KAMI THE MOVIE tue wahahhahaha...

Komik nie ditutup dengan saspen kerana ada sequel.. beshhh.. tiba2 hero dan space shuttle yang dia dok merayau tue ada dua.. (klon dia...) .. dan membuat kerosakan ke atas Bumi.. wahhhhhh...

Naskhah percuma komik nie dibekalkan kepada aku oleh Wanzu. Thank you..di pesta Buku Shah Alam Julai lalu ke??

No comments: