Tuesday, December 02, 2008

Bodo punya Melayu... suka sangat melatah

Headlines read

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diminta menuntut maaf secara terbuka kepada orang Melayu mengenai kenyataannya berhubung 'ketuanan Melayu', yang didakwa 'memfitnah dan berbaur hasutan' untuk membenci orang Melayu.

Dalam notis tuntutan yang dibuat Tetuan Azam Aziz & Rose Maria, anggota Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd Apis Md Johar, turut menuntut Chua menarik balik kenyataan itu yang dibuatnya dalam dalam ucapannya pada satu majlis, Khamis lalu di Sunway Resort & Spa di Petaling Jaya, yang turut dimuatkan dalam laman webnya http://drchua9.blogspot.com itu dalam tempoh 24 jam selepas menerima notis tuntutan itu.

Mohd Apis berkata Dr Chua juga perlu memuatkan permohonan maafnya itu dalam laman webnya dengan deraf permohonan maaf itu perlu terlebih dahulu diluluskan oleh mereka.

Dr Chua turut dituntut membayar ganti rugi RM2 juta sebagai
“tanda bersalah dan insaf berhubung kenyataan itu” dan wang itu akan didermakan sepenuhnya kepada agensi amanah.

Mohd Apis berkata, jika Dr Chua enggan, cuai atau mengabaikan notis itu, pihaknya akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap pemimpin MCA itu, selain memohon injunksi bagi menghalang Dr Chua daripada “terus menghina bangsa Melayu.”



Dua malam lepas... tersengih2 mamat yang lead kumpulan melayu claim 2 juta depan Bangunan MCA tue dan cakap.. "ada orang nak jadi hero laa.. mainkan isu Ketuanan Melayu nie..dalam ketak tentuan suasana politik nie.." Muka pun x ikhlas..seenyum2.. memalukan melayu betul... lagi digelak Cina ada laa..tiba- tiba mintak 2 juta ganti rugi pulak.. nampak sangat desperate Melayu nie..

Memalukan.. sudah la selama nie marahkan nyamuk, kelambu dibakar.. ada je yang mengusik hal Ketuanan melayu.. semua nak hunus keris mengamuk2 kenapa?? Check la dulu betul2..

Chua Soi lek pun dah terangkan dengan bergayanya semalam.. itulaa perangai. Bila kuasa Melayu nampak terkikis.. salahkan PKR... salahkan MCA.. padahal Melayu sendiri yang pegang kuasa.. bila berkuasa... menyusahkan Melayu sendiri.. permit meniaga susah2... tapi orang luar bermaharajalela gila leluasa.. memang menggelabah..

No comments: