Saturday, February 07, 2009

MANTERA HITAM (Serunai faqir, Alaf 21, 2009)



Jarang sangat aku review novel.. sebab aku tak pernah afford nak beli.. baik layan kumik wahahaha..

MANTERA hitam taruhan Serunai faqir yang pertama mencabar Ramlee Awang Murshid di Alaf 21- sebelum nie berpencak di penerbitan- penerbitan lain.. antaranya PTS.. DBP dan cerpen2.. geng ngeteh Umbut Mato2... mungkin jugak pernah helped Wan Zu di Alwan... (entah,, tak sure... tapi aku rasa ada..), mamat nie memang talented...dan menggabungkan fantasi, persilatan dan dan misteri menjadikan fiksyen MANTERA HITAM ni fiksyen yang bergaya...

Oleh sebab Mamat ni membariskan buku2 rujukan.. dan antaranya mamat Arab obses kaji Jin2 da Paranormal dan saintifiknya- Isa Daud..dari Mesir, maka aku bersetuju dengan idea dia untuk buku nie.


Seperti Faisal Tehrani membayangkan sesuatu yang fresh untuk kegiatan penaklukan, pelanggaran Portugis ke atas Melaka dengan 1511 saganya itu.. Serunai Faqir lak datang dengan idea bahawa ketumbukan Portugis, feringgi itu bukan datang dengan rombongan manusia.. tetapi Jun Jun... (bahasa Syawal untuk Jin2.. dari Ahmad Albabbbb..)dan antara jin yang menjadi center cerita ni ialah marcel yang memburu marqo- sama2 datang dari Portugis dari masa lalu.. dan kerana umur Jin dua ekor nie panjang.. mereka bertemu lagi untuk melunaskan dendam lama sehingga ke garis masa hari ini dan zaman moden ini. Nampak sangat Mamat nie terpengaruh dengan filem2 sains fiksyen seperti HIGHLANDER dan beratus lagi tajuk lain dari 1970-an ke 1990-an..

Mungkin 'pembaca baru' akan terkejut dengan Sihir meets Teknologi dan Virus a la Jin Alora dalam karya nie.. tapi kalau siapa biasa baca buku2 studi pasal Jin.. tahulah yang Jin seperti juga manusia- harus sama advanced selaris dengan tuntutan dan hambatan masa.

Satu2 nya novel aku nampak iklan kat paper... aku pergi kedai.. nampak jer terus angkat tanopa pikir panjang.. (kebetulan ada duit sekarang..), berbaloi tengok cover dia yang cantik tue,, tengok pula harganya RM 16.00... memang besh...

Masalah novel nie satu ajer.. segala kronologi yang dia rasa boleh naikkan sentimen Melayu dan persilatan semua dia borong.. walaupun tempelan atau sedikit.. contoh watak Immortal tue terlibat jugak dalam peristiwa 13 mei 1969.. ("weii biarlaahh dah novel dia.. apa la kau Shidie.. tunggu novel kau pulak kena taruk kaw2.. wahahaah..)

1 comment:

Anonymous said...

Salam

Terima kasih krn membeli Mantera Hitam & juga ulasan sdr!