Sunday, April 25, 2010

HOOPERZ... besh jugak.. tapi takdela perfect sangat


Filem yang dikeluarkan oleh penerbit sama DUNIA BARU.. dan jugak penulis skrip sama drama DUNIA BARU.. dengan dua pelakon DUNIA BARU- Anizah dan Zazleen Zulkfili menghiasi.. along with the other gals yang agak yummi tapi semua dah ada yang kawin.. antaranya Melissa Maurine bini Malique.. Juliana Evans.. Akma AF..Dawn Jeremiah dan Intan Nor Saina sebagai Atyliah..watak utama..

Filem nie bergerak dengan agak smooth jugak.. tapi ada gak part2 lembap dan tak berapa light di tengah2.. as usual.. apa yang aku x faham kenapa perbezaan latar belakang semua watak utama yang bermain dalam pasukan Hooperz tue ditunjukkan berkecamuk sejak awal filem.. pelik jugak..

Plot Akma AF pakai tudung- sebelum dia terangkan kenapa dia pakai tudung dan bertasbih dan merepek pasal makhluk halus tue aku dah leh predict.. Oleh kerana penulis yang sama pernah menulis untuk naskhah DUNIA BARU.. di mana watak Madiha (Anne Ngasri) bertudung digambarkan sebagai tak reti jaga laki- Darius.. mak Ngah lak menggelabah sangat je watak dia bertudung dalam tue..aku rasa kecenderungan minah penulis skrip nie menggambarkan geng2 awek bertudung dengan palitan kisah hitam nie agak ketara rasanya..

Aku puji Atylia (Nor Intan Saina) nyer part banyak yang sweet- hubungan dia dengan ayah dia yang jadi astronaut tak jadi tue wahaha.. menarik.. dan part keluarga sempurna Wan Zulaikha adengan bijaksana.. cantik dan wangi tue.. huhuhuhuh da la berbahasa sempurna kelakar duhh.. dengan Rashidi Ishak.. Catriona.. Yasmin Yussuf dan Mustaffa Kamal adding to the mood..plus Khir Rahman nyer cameo.. add jugak background yang banyak guna lokesan grafik.. jugak cameo dari Othman Hafsham.. dan Marina Yismin yang cunnn... mengelepet Maisara (AJ masa kecik.. )

Comparison terdekat would be BAIK PUNYA CILOK.. di mana lambakan karakter utama diperkenalkan latar belakang dan problemnya.. sama idea... tapi persembahan lebih refreshing..

AMy Mastura berjaya sebagai coach yang tak tegas.. dan Adibah Nor pun portray coach yang garang... tak lupa Sari Yanti.. reporter IPT yang sweeettt..

No comments: