Wednesday, June 27, 2012

ABRAHAM LINCOLN THE VAMPIRE HUNTER (Bazelevs Company, Tim Burton Prod. , Dune Entertainment, 20th Century Fox 2012)

Somehow.. filem nie- dan novel asalnya- cuba nak relatekan fantasi vampire dengan kebijaksanaan, wisdom mengenai Amerika pada zaman Lincoln- Liberation, macamana Lincoln membenci slavery... American Civil War- tapi disebabkan idea fantasi vampire.. yg sepatutnya digemari Amerika sebagai sebahagian culture depa- macam zombie,, tapi nampaknya Amerika anggap filem nie tak besh walaupun segempak mana dan beautifulnya action dia.. sehingga tak dianggap sebagai bijak...

Bagi aku- filem nie cuba memvisualkan apa yang premis cerita yang novelis dia- Seth Grahamme Smith dah letakkan ground dia.. iaitu dalam kesibukan Lincoln sebagai lawyer, jurnalis kepada catatan perjalanaan dia dan berpolitik menegakkan perjuangan dia- Lincoln ialah seorang penghayun kapak, meliuk2 dan melepaskannya ke kepala vampire.. dan bagi aku ia berjaya walaupun ia agak berlebihan.. dan semua highlights yang menjengkelkan itu- adalah aksi dia yang cemerlang tapi xde laaa seteruk atau sepoyo macam.. CHARLIES' ANGEL ke.. BEHIND ENEMY LINES ke kan.. sepatutnya kau boleh je raikan khayalan filem nie.. highlights yang aku maksudkan itu ialah - apa jugak media dan kritik Barat put iaitu scene Lincoln kejar Jack Barts di tengah2 kawanan kuda yang sedang berlari.. pertempuran di New Orleans dan aksi akhir di Gettysburg... jugak jangan lupakan macamana vampire awek nama Vadoma buat stunt kerusi a la baru jer- Scarlett buat aritue dalam AVENGERS ehehehe..

Korang patut tengok filem nie kalau korang pernah terpesona dengan WANTED sebab pengarah yang sama pulun cerita nie.. tapi korang mesti marah dengan cara pengarah tutup movie nie.. ahahahaa.. tau la nak have fun tapi jangan la sampai bawak mood SCARY MOVIE atau PIRANHA pulak dalam nie

Reason lain ialah awek SCOTT PILGRIM- Mary Elizabteh Winstead  jadi binik Lincoln.. ehehe jugak villain dia- Rufus Sewell sebagai Adam...jugak Dominic Cooper (Bapak Tony Stark dalam KAPITAN AMAHRIKA).. cepat2 tgk besh3..


peminat genre slasher tapi ada aksi absurd +stylo poyo macam R.EVIL.. atau Genre monster, horror tapi CG cantik mcm HELLBOY suka la cerita nie

No comments: