Saturday, May 24, 2014

MASA KECIL DULU Zine (Bophairy Baharum) +satu pertemuan guwe yg charoi dengan budak2 Comicore yg semangattt



Huiehh dah berbulan baru nak sembang pasal zine poojaan ramai nie.. sorilah Bop.. aku selalu ada hutang dengan diri aku sendiri nak blogging nie.. sementelahan aku busyla sangat konon. aku buzy mending broken pieces of... the lifeeee i had beforeeeeee.. ahahah tu da melarat lagu Unintended Muse pulopp..

Kisahnya macam nie.. dalam dua bulan lalu ada event perkumpulan remaja dengan kecintaan terhadap seni dan industri seni dinamakan RANTAI kat tengah KL tue.. sebelah KLCC jer.. aku remaja tua nie pun menggagahkan diri jugok le ke sana.. aritue rasanya hari ketiga di hujung minggu Kapitan Amerika Movie 2 gasenya.. selepas dipushed dan dipujuk secara lembut- lembut kasar oleh Bop, Aku Napie mamat rajin event komik dan menghidupan 'oldskool' kartun Melayu dengan cara indie and the gang dah nak kena expect aku pulak tak pasal hujan2 tue.. aku malu nak cakap dengan adik aku nak singgah KLCC.. diorang da tunggu lepas siap movie tue di Restoran Pelita Nasi kandar sebelah KLCC tue.. for the purpose of Drink and Draw ke borak2 komik stok masing masing.. sekaaaaali hujan lebaatt..

Sampai2 aku sengih2 je laa.. org semua dah ramai.. agak ramai jugak adik2 baru yang jemboo wahahah gei ke kau?? Azben, pun gagahkan style oldskool kartun- Reja Mus, abng gagah tetapi memilih genre manga ke dalam karya2 dia.. dan siapa tah lagi aku gagal namakan depa.. memang semangat abes depa tue.. dah abes pun makanan.. aku pesan teh ais sudeehhh.,.

Ada Blues Selamanya lama- lama.. ada seketul dua Komik Ninja Turtles Bop punya.. komik Indon.. yang tue aku gasa nak mencarut sebab jeles aku x ada.. ehehehe.. ada lambakan komik dan zine sekitar 2003-2004.. ada satu Bop nyer yg aku x ada.. aku nampak geng Berita Harian (Enciksalim, 39, amirzakirana punya HU!YO COMICS yang aku tak pernah jamahh.. Bop punya.. bodek punya bodek.. dapaaaattt.. yessss..

Aku hanya keluarkan zine ALWAN lama yg diedar di Bumi Mesir.. yang aku dah expect- Bop pun tak pernah nampak.. walaupun dia dah aktif zaman tue.. dan zine yg diusahakan oleh anys.. aka Tiyah ostazah kerek kalau la kau baca ehehehe...

Kemudian Bop menunjukkan zine terbaru dia yang aku nak ulaskan di sini- MASA KECIL DULU.. dan dia kaya, "Wave kau nak beli ke..?" (sebab aku bercerita sangat tentang keperihalan masalah ekonomi aku lately.. Aku tanya berapa.. dia cakap.. 4 ringgit.. bolehlaaa.. aku pun tak cakap banyak dan transasi pun berlaku ehehehe

Supposed nak usha balik AKu Napie ke booth dia kat RANTAI sebab janji nak tapau zine2 dia.. (tapi ongkos kemudian laa..) hujan lebat semula.. xdapekkk... doohhh.. so aku menghala semula ke LRT nak ke TBS Bandar Tasik Selatan nak kejar "flight" balik ke Muor.. selepas wife membebel macam gila ehehehe..

Ok- Masa Kecil Dulu memang dihasilkan dalam kertas fotostat yang mewah..  memang dihasilkan untuk mengimbas memori budak circa 80-an ke awal 90-an.. seriously.. yang budak2 sekarang memang tak akan dapat relate apa pun Bop sembangkan.. rancangan TV.. mentaliti budak2 zaman tue..macam... bagaimana budak zaman dulu mempunyai idea dan tanggapan mengarut dan lawak tangan boleh kudung kalau point kat pelangi.. idea kelakar bangunan dan imej sama macam mengekor kalau kita berada dalam kereta ehehehe tu lawak.. idea- idea kreatif menjadikan persekitaran sebagai bahan dan medium permainan zaman tue.. ungkapan- ungkapan popular..

Satu Malaysia boleh relate kenangan nie.. sama laa... macam penamaan anak2 zaman dulu.. dulu 80an ada ramai budak laki nama Affendi.. Khairull.. sekarang kau namakan anak ko pikir Rania atau Danish tue da hebatlaaa.. sekaliiii dah satu flat dengan taman pun plannedkan nama anak dengan nama yang ko gase ko dah habis advanced tue waahaha.. maksudnya.. satu Malaysia- dari mana pun negeri kau- boleh relate dengan idea kenangan yang Bop sampaikan nie.. beshhh.. walaupun sebahagian besarnya kau boleh baca di blog beliau..

Lukisan dan bahasa Bop tue yang besh.. ada kerek.. ada santai..






No comments: