Friday, May 30, 2014

MENACE Impact Velocity (Season of Mist 2014)

Keterujaan boleh digambarkan apabila menangkap imej illustrasi seni album Menace ni pada awal jangkaan ia boleh jadi satu album seberat Fear Factory atau segila Kvelertak.  Tapi dengan susuk gitaris Napalm Death Mitch Harris bersama line up seperti Shane Embury (Napalm Death), Frederic Leclerq (DragonForce),  Derek Roddy (ex-Hate Eternal), menjadi tunjang dan rusuk band tidak membenarkan pun tanggapan awal tadi sebaliknya Menace adalah sebuah lagi band melodic seakan grunge metal seperti Sabbath dan Alice In Chains..terkesan dalam lagu Painted Rust.. 

 Tapi kerana ada groove.. ada geseran gital progresssive dan melodi yangg infectious memakukan mood dan tumpuan anda. Semacam Filter dan Depeche Mode... mamat vokalis band ni ada range suara meleweh selera Amerika -  macam Perry Farrel dari Porno for Pyros pada mood.. tapi ada metal a la Drownng Pool dan seangkatan..

Semua lagu meleweh- I Live With Your Ghost dan Drowning Density dah macam Satellite Party kecuali ada dua tiga lagu tiba- tiba deras ... fast dan rocking.. (Within Context, Malicious Code, Impact Velocity).. meleweh tapi pesona gitar dan drums dia pasti buat anda stay....ibarat industrial atau grind music terperangkap dalam pop.. Seamless Integration macam patah balik ke 90an. macam The Crow OST.. atau Spawn..

Positron tue dah macam grunge dari Offspring..


No comments: