Mula- mula aku dah teruja bila beberapa kawan pekomik shared paparan imej komik terlaris HK versi baru atau reboot atau apa saja namanya di wall depa..imej diperolehi dari Ocean Comics tu memang sangat mengujakan. Ada dua tiga muka preview interior tapi lukisan preview tu tak macam work atau lukisan untuk sebarang komik Wan Yat Leung. tapi lebih macam Pedang Setiawan + Raja Rimba circa klon dan dah ada banyak design pedang pulak..
Baru ni pulak terjual di kedai local komik edisi baru PUBLIC ENEMY ..dengan masthead atasnya Wira Tunggal 106... (?) cuma 4 issue dengan art dan warna yang mengkagumkan. walaupun mungkin berulang gaya seperti dulu..cuma skrip dan translation BM dia menggelupur sket..size komik Amerika dah cuma panjang lebih sket... cukupla untuk mengubat rindu.
Kualiti penerbitan dan scanning kali ni oleh TCKL Corp adalah baik.. sebab ada seketika dulu diorang scan hancurr gambar pecah- pecah..cuma aku tak berapa faham kaitan nasik goreng dengan krisis dan pertarungan dalam tu.. kalau PENDEKAR RICO aku fahamlaa dia memang tera memasak selain bergaduh.
2 comments:
ko kena baca public enemy 1 dan 2 baru faham apa kaitan nasi goreng telur kembar tu ..
komik ni best gile kot
Memang besh pun.. aku usha gitu2 je dulu adik aku kot belikan.. yg depa pakai skateboard tue ke boss?? Thank you la anyway sebab singgah,,
Post a Comment