Tuesday, October 21, 2014

THE KOOKS Listen (Virgin EMI Sept 2014)

The Kooks baru explore banyak benda baru.. dengan kehadiran produser bersama mamat hip hop UK bernama Inflo dan oleh kerana Kooks dari dulu ada kecenderungan funk (macam lagu lama Naive).. maka pengaruh soul, RnB, funk dan hip hop terlihat dalam Down, Around Town yang dah lama keluar dalam EP/ Singles.. 

Forget and Forgive adalah The Kooks dengan gitar hook sebelum jadi INXS di tengah2..

Westside adalah funk dengan 80s synth.. Bad Habit sama mood dengan Down dengan intro drums semacam the.FUN sebelum masuk jangling guitar The Kooks yang korang kenal..

See Me Now ballad yg beautiful.. Dreams semacam folka pop tradisional a la Jack White..

Are We Electric adalah relax.. funk dan dancey.. something yang budak2 B boy di tepi flat perumahan anda boleh relate dan main sambil berlatih breakdance wahaha...

Fav aku adalah This Was London di mana Luke memberikan jiwa dia ke dalam lirik yang besh pasal remaja UK bergasak dengan polis dalam London Riot 2011 aritue.. beshh!! Ada macam Michael Jackson(!) lepak jamming dengan Jack White gitu..


No comments: