Showing posts with label Kreativiti. Show all posts
Showing posts with label Kreativiti. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

GLENN ORBIK sudah pergi

Peminat komik DC 90an tentu perasan illustrator hebat Amerika nie.. yg mungkin tak sepopular Alex Ross yg muncul ujung 90an dengan KINGDOM COME.. tetapi Glenn Orbik dah been around menghiasi kulit novel dengan konsep spy, romance dan noir.. sama naik sebenarnya.. depa berdua.. tapi tah ngape Glenn Orbik kurang naik.. tapi lukisan dia yang paling besh pernah menghiasi BATMAN dan  title2 dia yg pelbagai tue bagi pengikut komik tue pertengahan 90an..beliau telah meninggal donia baru2 nie je.. kerana kanser. Bapak beliau rupa2nya guru seni dan guru peribadi Orbik jugak..



Wednesday, February 26, 2014

VAN CANTO

Lawak kan gambar nie?? Dari jauh macam gambor superhero statue.. rupanya nie adalah seni album band acapella metal Van CANTO dari album Dawn of The Brave (hohh? Da hell is dat..ahahhaa seriously.. acapella.. )- tapi drum actual drumlaa.. letih la nak kejar bunyi drums eheheh.. sekali sekala je depa try bunyik percussion atau beatbox.. 

Kumpulan dari German.. ada juga pengaruh goth- symphonic macam Within Temptation... diorang ada lagu sendiri dan covers band2 lain jugak dalam album depa..

Aku bercakap pasal seni album jer.. jadi lotak dekat Kreatviti dulu.. lagu2 dia aku belum jamah lagi ehehe..

Satu ketika dahulu ada band acapella lawak buat Smell Like A Teen's Spirit.. aku pun da lupa nama band tue.. jumpa kat i-net. ke apa.. indie nyer community..

Saturday, June 01, 2013

Kulit depan Metal Hammer dengan Slipknot on the cover tanganan Two More Vodka

Hohoho aku rasa aku memang tak boleh nak resist kalau nampak METAL HAMMER dengan  sebegini  gempak tanganan Twomorevodka.. rasanya sebuah studio lukisan dan grafik dari Berlin.. German wowww.. memang lah nalerk.. sebegini cantiknya.. eye candy.. mati- mati ingatkan satu lagi komik baru dari US sana.. tapi coloring memang condong ke arah Alex Ross dan sapuan a la komik HK..

Cover yang menampilkan Slipknot tapi headlines promo betul2 kat mastrerhead tue tertulis specially dedicated untuk pengasas Slayer gitaris Jeff Hanneman.. itu pun dah bertaburan posting kat FB kutuk edito r majalah nie berhubung cover nie.. saying depa x letak gambo Jeff.. letak Slipknot instead of Jeff sebagai tidak bertimbang rasa... tapi kepada siapa yang baca majalah METAL HAMMER atau sebarang majalah.. biasa la strategi pemasaran macam tu.. yang kadang2 tak pedulikan sangat perasaan sebahagian pembaca..



Sunday, May 06, 2012

REZEKI #7 (April 2012, kasehdia)

Majalah biz-oriented tapi dengan persembahan santai.. kadang2 feel macam baca majalah art tapi luxury, glossy, mewah semacam- tak rasa macam majalah bussiness biasa yang penuh dengan prospektus, advertorial yang sebagaimana majalah biz patut ada.. kena pulak penggunaan bahasa Melayu Tinggi dia yang agak besh jugak.. terasa macam baca majalah art sungguh..

Aku missed dan baru perasan majalah nie - missed banyak issue.. ada issue menampilkan Yuna dulu.. antara terawal.. visit Facebook dan website depa tak de pulak update..

Issue no. #7 nie - memang already dah dirembat oleh Azhar Pres PEKOMIK..sia2 aje aku konon nak menjeleskan dia.. padahal dia dah pulun dulu.. baca.. dan linkedkan ke Facebook dia.. cisss.. issue nie memang akan jadi rembatan peminat, penggiat dan pembangun industri animasi  tempatan.. dengan wajah- wajah, nama- nama besar dalam industri kebanyakkannya yang sedang ruled TV dan pasaran- Animonsta, Studio Animasia, lescopaque, sedikit beralih ke zaman lama otai tapi still active- En Kamn, Ibrahim Anon atau Ujang.. Psychotek..SilverAnts.. tapi xde pulak  geng Eicak ke.. geng Saladin ke..

Tak puas sebab tak banyak.. tapi ia masih ringkas dan padat.. bagus gak artikel2 depa.. dari Majalah nie laa aku baru dapat tau yang asalnya bahan yang Adudu alien Boboiboy tue nak curik rupanya coffee.. tapi masyarakat Europe agak sensitif dan sayangkan kopi.. jadi depa tukar kepada koko.. dan tak hairanlaa.. Animonsta dilamar oleh syarikat luar dengan tawaran yang lumayan selepas tue!!  

Yang kool ada pulak dua page untuk Altimet atau dirinya sebagai Ahmad.. dan Diandra Arjunaidi yang tengah in sekarang...

Sedikit tentang Halalgolbal, produk2 Islamik.. Kufi.. sedikit gajet.. kereta.. percutian.. dan feature akhir kat iklan kulit.. ada komik  The 99 dari Middle East.. hmmm..  

Monday, February 14, 2011

Kate- William adalah Sid dan Nancy







Sejarah memang selalu berulang.. Putera Williams dan Kate Middleton betul2 mengulangi kenangan orang terhadap Charles dan sudah tentu- Puteri Diana dari rakyat biasa itu.. tetapi menjadi kesayangan ramai tidak semestinya membawa makna idup senang xde musuh dan bahaya... begitu ramalan pemerhati istana Briton..






Disebabkan disenangi ramai dengan karakter yang tidak playboy.. Kate pun xde aa poyo2 walaupun cun... mengenangkan ramai org terhadap Princess Diana dulu2... seorang artis telah melokeskan mereka berdua dalam tubuh Sid (Vicious of Sex Pistol) dan Nancy, ikon trouble UK .. punk rockers lama sebelum Cobain- Love... 70s dulu.. itu adalah apa yang dirasakan oleh Gene Simmons.. terhadap lokesan mural beliau.. diabadikan Southbank, London..
Mungkin korang dah start rasa "Err... tak sama langsung... perbandingan tue, ehehehe".. tapi bagi orang Briton.. mungkin boleh aa ehehehe..

Friday, November 12, 2010

CNM Showcase Budak2 Kolej Multimedia Telekom Malaysia+ Screening LUKISAN HATI + PEKOMIK talk



Aku lepak sana semalam along with budak- budak komik M.. aku sampai dalam pukul 10.00 am lebih berlegar- legar kat Library Kolej budak2 Kolej MMU TM tue kat jalan Gurney Kiri dekat jalan Semarak.. aku baru abes exam masa tue.. pusing2 tgk kreativiti budak2 tue- yg line fotografi.. yang line grafik.. yg layan illustration.. gempak2 gak.. ada satu nama dalam fliers depa tue dengan portfolio yang agak gempak jugak.. aku angkat dua T shirt.. balik tue.. then termangu tunggu budak2 komik M yang akan ada sesi talk dan sign komik2 depa macam Reja, Froggypapa, Anshari, Jas, Bophairi dan Azhar pres PEKOMIK.. aku missed moment semalam di mana screening filem indie berdasarkan komik cintan remaja Anshari berlangsung semalam.. (10.11.10)- ada faralyana (KISAH KAISARA, ASMARA..) - yang lain2 dalam movie tue x kenal langsung.. aku expect DVD dia tokeh dia- pelukis dia Anshari akan datang..

Dalam kol 11 gitu.. baru aa muncul Jas.. then budak2 macam Reja.. budak yang jaga booth.. then baru aa ada kelibat Anshari.. Azhar and the rest of budak2 komik M muncul.. terus layan talk .. dan kemas2 kan stuff.. tauzik dan edarkan komik2 stok lama URBAN COMICS to be give away free untuk pengunjung.. aku pun angkat 4 daripadanya ehehhe...

tak sangka aku boleh lepak lama dengan Anshari dan berborak pasal projek komik baru dia.. animasi dan filem indie yang dia involved scripting.. Jekael dah roger nak ke Ampang.. takpe ahh..

Aku angkat dua komik- M dan mintak pelokesnya sign.. BABAP BOB oleh Froggy dan BUDAK TAKRAW#2 dan beredar dengan stuff.. t shirt.. barai jugak duit aku baru gaji.. ahahaha nanti aku tacap gambar2 depa amik.. Azhar ajak stayed nak p tengok MEGAMIND.. aku x larat.. nak balik.. tidor..

Sedih tengok orang ramai2 tengok lambakan komik M.. makcik boleh cakap.. "saya da tak layak baca komik.. " Aku menyampuk.."Apa dosa komik kak?" dan dia terus mengelak dna tunjuk komik ULTRA QALIF dan cakap.. itu Ben 10.. sama macam point aku (aku pun xbeli komik tue.. sorry Bob..

PTS dah tackled bahan komik paling mild untuk bacaan dewasa yang skema pun depa still tanak support.. hangin pulak aku..

Thursday, October 07, 2010

Chloe Moretz adalah Emily The Strange?


Sarbat ini berita dari blog kawan kumik dan minat kumik macam guwe- Vrempire nyer paya sana.. vrempirelair melaporkan yang ini awek pada satu ketika lalu yang tak berapa nak lama jugak laa.. telah menambat banyak hati sebab jadi hero yang sebenar dalam filem superhero berangan KICK_ASS aritue.. sehingga dia lebih daripada hero.. minah cun belum berapa nak matang nie akan menjadi awek goth yang problem- Emily The Stange bermula dengan dengan sticker yang diedar semasa konsert, kedai skate dan kedai muzik diasaskan oleh seorang mamat skater bernama Rob Reger and pelumba kereta bernama Matt Reed. Kendian membesar menjadi fesyen dan akesori.. ahh cunnya Chloe Moretz nie... selepas Dakota Fanning da tak besh dan charoi sket sejak membeso nie eheheh..

Sunday, April 25, 2010

CUT OUT- Untuk Pencinta Design



mula2 majalah nie diperkenalkan kepada aku oleh satu ruangan artikel majalah music Asia region/ local indieJUNK.. majalah yang didedikasikan khas untuk pencinta industri design yang tiba2 dah naik dan mencanak di Malaysia sekarang nie kerana keperluan dan kreativiti anak tempatan... adalah brainchild Vivian Toh.. tatau laa nama yang sama ke idak untuk pengarang akhbar media perdana rasanya..

Diterbitkan oleh The KraftStore.. Feature nama2 dlm industri design, otai maupun Diy, portfolio kompeni, event yg support, vinyl toys. Diy figurine. Basheer pun support. 15 Ringgit Malaysia korang barai lg selepas Popcorn. Harus!

Kalau laa COREPEPS semewah dan segolssy ini.. kertas nyer.. wowww..

Tuesday, April 14, 2009

Bagaimana Emily the Strange leh jadi Fenomena?



Emily the Strange bermula dengan sticker yang diedar semasa konsert, kedai skate dan kedai muzik diasaskan oleh seorang mamat skater bernama Rob Reger and pelumba kereta bernama Matt Reed. Kawan depa, Nathan Cerrico design Emily pada tahun 1991 yang membentuk Cosmic Debris sebagai label clothing line selepas tue.. berpusat di Santa Cruz, California. Matt Reed laa bawak design2 tadi ke kodai2 sebagai T shirt.. menggambarkan seorang budak pempuan dress in gotch/ emo black dress dengan empat ekor koceng.. pun hitam.. bukan Kucing Itam Bittersweet. Dengan tak semena- mena Cosmic Debris menjadi kayo sekayo- kayonya dengan mengupah belasan pekerja untuk memulun produk2 depa yang dah jadi fenomenon itu.. pheww!!

Komik diorang dalam Dark Horse pun black in white.. cover in red, black and white.. mostly menggambarkan sarcastic American style..permasalahan remaja.. kesunyian seorang Emily dan laporan aktiviti Cosmic Debris..