Sunday, February 05, 2006

Aku+ menulis

Aku dan menulis
Pengertian text letter font
di mana aku duduk tidur bersembunyi rehat
dan melepas lelah
menjawab sms nakal daripada awex2
menghibur diri memecah sunyi
mengetuk keyboard
menari di atas setaip huruf
(CD Harf edaran Ahmad Yussof yg poyo mmg mahai...)

Kadang2 ada input dan data
bila minda mahu berkerja untuk sesuatu yang lebih serius
atau memori bagai diketuk untuk moment yang lalu
atau tiba- tiba kesedaran datang untuk membertahu semua orang tentang apa sahaja yang aku tahu

Berforum menunjukkan poyo lewat web2 forum yang dibangunkan kawan2
nenunjuk hebat le konon padahal kelentong aje lebih
tapi ada visi
untuk memartabatkan komik tanahair
kononlaa
walhal orang da ramai gahd engan nama dan karya
jadi sampai sudahlah aku di situ
dengan puisi remehku

tapi aku masih sunyi
walau contact bersepah di YM
bergurau dengan alibi + skandal awex2 bagaikan tiada hari esok
sbb aku x punya karier
walaupun aku punya taklifan
mencatat harga makanan dan duit masuk- seorang cashier kantin yang buhsan
melakar nota di kitab yang jarang terusik sbb malas

ada Blog
ada Diari
ada Catatan diri
tapi diri masih x improved

jadi..
di manakah aku
dan nilai aku
tertulis di catatan Makhluk dari Cahaya
untuk dilaporkan kepada Yang Maha Esa

No comments: