Saturday, February 13, 2010

FIRST SQUAD THE MOMENT OF TRUTH (Studio 4°C+ Molot Entertainment Film Company, 2009)


ingatkan besh sangat laa filem animasi nie ehehehe disebabkan da abes lima belas hinggit angkat CD ori aku rasa berbaloila jugak..

Kalau aku x tengok filem nie dan baca semata dari majalah GEMPAK dan G3... aku ingatkan the whole First Squad tue semuanya ada ability mutant macam X men ke.. RAJA RIMBA ke...NINKU ke.. rupanya heroin dia sorang jer dari masa present..lain tue semua kawan2 dia dah terbunuh masa perang Dunia Kedua..

menarik nyer..selain usahasama filem ni antara Jepun dan penerbit Rusia ialah..idea dia mengetengahkan moment kenangan peperangan..kekejaaman.. how occultist dan mistik membantu dalam menyerang dan menjadi sebahagian daripada kerja intelligence dan peperangan.. a bit like THE MAN WHO STARE AT GHOST.. atau cemana perang membantu perkembangan sains atau sains membantu militan (?) macam FULL METAL ALCHEMIST..

dan menarik lagi sesi mockumentari.. konon2 dokumentari daripada sebilangan watak entah wujud tah tidak menyokong perjalanan fiksyen nie berdasarkan situasi perang Dunia Kedua antara Rusia dan German.. stylo...

Mungkin korang rasa watak nadia tue sama aje macam Saya dari BLOOD THE LAST VAMPIRE.. tapi Nadia di awal2 movie nie stylo siut sebab dia ada gift membaca minda orang..

yang beshnya.. baron von Wolff watak antagonist..immortal atau setan perang dari zaman lampau yang membedal kawan2 nadia dan askar Soviet..selepas Ahnenerbe, dari kumpulan Nazi memanggil dia.. tak mati tue.. cissss.. dan cerita tue abes macam tue mencadangkan sequel dan dengarnya akan ada movie lakonan manusia selepas nie..perghhhh...

No comments: