Showing posts with label Home Videos. Show all posts
Showing posts with label Home Videos. Show all posts

Sunday, June 09, 2013

GANGSTER SQUAD (Village Roadshow Pictures, Lin Pictures, Warner Bros 2012)

 Cerita kumpulan Mafia  memang mengasyikkan.. dan agak rare untuk zaman lo ni.. (US sana..)- tahun 90-an dulu berlambak..  kecuali laaa pasaran tempatan kita sekarang nie tengah galak pulak dengan gangster sana sini..


Filem nie memang asalnya dijadualkan tayang bulan September lalu.. tapi dengan tak semena- mena bertembung pulak dengan  tragedi tembak- menembak Aurora 2012 aritue.. teranjak ke Januari dan mula diabaikan orang,.. tak memasal.. dangg.. memang sodap cerita nie walaupun kritik tak anggap filem nie important.. bagi aku secara visual.. sinematik dan sinemafotografi pun cunn..

Filem separuh dari faktanya betul nie mempunyai kekuatan dari segi aktor.. Sean Penn- sebagai ketua Mafia yang gila, evil.. tah ngape kenapa dia perlukan  mekap yang teruk macam tue hohoho, Josh Brolin- ketua operasi Gangster Squad yang besh sebagai polis bersih.. dan jujur, benci gila dengan penyangak LA nie semua.. mamat Ryan Gosling .. (takde la aku suka sangat dengan mamat nie.. kenapa ntah nama dia boleh naik sangat.. hensem pun biasa2 jer look dia.. hohohho..) dan bombshell kena la letak- Emma Stone awek penghibur yang melekat ngan Gosling-  melekat jugak dengan Ketua Mafia.. macam biasa sangat jumpa plot macam tue kan ehehehe tapi korang pasti terpesona walaupun persembahan dia agak fancy gitu..

Wednesday, December 26, 2012

THE THIEVES (Showbox, Mediaplex 2012)

Segerombolan superstar Korea + dua superstar HK-- Simon Yam  (mamat hero gaya pestol2an 90-an )+Angelica Lee (THE EYE)- menjayakan satu cerita kumpulan pencurik dan perompak yang besh,,

Funny.. sekill la jugak.. walaupun mudah ditebak ceritanya tapi twist tue menjadi jugak laa.. seronok tengok macamana depa harungi momen melarikan diri .. cara2 merompak tue lantak laa.. dulu mula2 ada internet pun orang gila2 suka forbidden knowledge yang bermacam2 menggalakkan jenayah..

Semua karakter berperanan besar.. besh.. sedih lak tengok Simon Yam mati uhuhuhuhu.. pastue mamat Kim Yoon Seok dah tua2 still nak jadi hero.. siol betull..

Wednesday, June 27, 2012

NEW GIRL (Elizabeth Meriwether Pictures, American Nitwits, 20th Century Fox 2011)

Its 2012 dan bila kau melayan Friends dari 90-an.. kau dah rasa macam cerita klasik The SULLIVANS jugak walaupun Friends selalu berseloroh pasal seks dengan terbuka di kalangan kawan2..betul ada HOW I MET YOUR MOTHER dan siri tue sukses jugak.. tapi nie ada satu lagi show yang lebih besh utk grown ups yang mengucapkan selamat datang ke umur 30s..  

Mula2 aku agak rasa tabesh jugak dengan Zooey Deschanel buat2 dork dan blur tapi sweet a la2 Lisa Kudrow.. sebab untuk sitcom nie Jessica Day selalu gagal dalam bercinta tapi dia sepatutnya smart dan sweet sebab dia cekgu..

Jake Jonhson dalam nie sebagai Nick Miller sebagai room mate, memang selalu kelakar.. disgusting.. jerk tapi kool.. then mamat work out dan pembersih Schmidt, lakonan Max Greenfield memang neat, smart tapi xde la tinggi sangat.. dan Lamorne Morris sebagai Winston.. dan Hannah Simone sebagai Cece.. tarikan seksi cerita nie- sangat appeal kalau korang suka lawak pasal Yahudi, lawak seks terbuka, tapi menghidangkan jugak moment2 setiawakan yang tinggi jugak.. dan sweeeeeeeettt.. 

Seperti jugak FRIENDS, show nie jugak membawakan cameo dari pelakon handalan dari filim macam Justin Long (DIE HARD), Lake Bell dan ramai lagi.. 

Monday, June 11, 2012

A MONSTER IN PARIS/ UN MONSTRE A'PARIS (Bebo Films, EuropaCorps 2011)

Sebuah animasi 3d yang unik.. eccentric.. menghiburkan.. highly recommended.. menurut producer, filem nie didedikasikan khas untuk bapaknya... seorang artis.. tapi aku rasa filem nie memang sebuah perlambangan dan dedikasi kepada manusia eccentric..

mengisahkan dua org sahabat - Emila dan Raoul dengan minat dan hobi tapi hobi dan minat depa tak menjanjikan bahagia..dan kehidupan yang konsisten..  


Set cerita di Paris tahun 1910s.. dan seorang penyanyi pentas - Lucille, suara oleh Vanessa Paradis- (binik Depp yg dia x kawini tapi ada dua anak kot..) kenudian terjadilah eksiden di mana dua sahabat nie la dalangnya..

Paris jadi gempak dengan kemuculan resakse  berupa insect .. tapi bila awek pempuan tue, Lucille encounter tiba2 leh nyanyi macam Maikel Jackson.. (suara dan music provided by waris Lennon..) lagu a la2 stok Rufus Wainwright.. Maikel lemah2.. dan semua lagu Lucille yang bosan selama nie jadi besh siap dance routine lagi dengan jasa insect resakse tue.. unik? Wahahaa..

Beautiful.. kelakar.. beshh..

Wednesday, March 21, 2012

AUGUST RUSH (Odyssey Entertainment, Warner Bros 2007)


Mak aiii.. seriusly tak patut terlepas pandang bagi pencinta muzik.. tau2 je da dekat 4 tahun lebih.. cisss betull..tapi tak mengapa.. aku tak malu mengaku baru pulun.. sebab filim ONCE yang seangkatan dengannya.. tahun 2007 aku dah layan ehehehe..

Mengisahkan seorang budak musician child prodigy tapi gelandangan dipisahkan oleh Atok dio kerana tidak mendapat restu ehehehe filem nie absurd gila kerana budak yang macam Drumline - tak reti baca note lagu.. kord lagu tapi tatau je tera main instrumen.. sangat absurd ehehehehehe

Patut tgk sebab elemen drama nie disokong oleh lakonan hero budak (Freddie Highmore)- bapak hero (Jonahan Rhys Meyers) yg turut berlakon dan menyanyi dengan nyanyian yg bagus.. mamat encem Hawaii Five O pun ado dalam nie.. Terence Howard.. dan Robin Williams..

lagu Raise it Up dalam nie kecundang dengan lagu2 dr ONCE pada tahun 2007..

Music provided oleh banyak nama seperti makcik gentel tepuk2 gitar a la Nuno Bettencourt nama Kaki King.. Mike Mancina.. Heitor Teixeira Pereira, John Legend dan ramai laieee..

Thursday, December 01, 2011

WRONG TURN 4 (Summit Entertainment, Constantin Films, Fox Home Entertainment 2011)


Peminat slasher filem dengan plot menarik.. tentu suka dengan yang nie.. mmg fresh direct to DVD.. siyes beshh..dia bukan hanya sekadar penyeksaan dan aksi ,, tapi plot menarik dia dengan twist dan drama tue yang dipuji... walaupun idea kejar kejar lari lari dengan makhluk mutasi jahanam tue agak menjengkelkan tapi peminat WRONG TURN pasti tak akan kecewa..

BUNRAKU Snoot Entertainment, Bergman Prod. Picturesque Films 2011)


Cerita nie nampak aje kool dengan barisan pelakon tahap star.. tapi cerita macam pundek.. lebih jahanam daripada THE SPIRIT>. walaupun idea dah kool dengan mood semacam KUNG FU HUSTLE>.. KILL BILL>. SIN CITY.. tapi serius.. filem nie malahan lebih jahanam daripada SUCKER PUNCH...

serius tabesh.. sakit hati.. macamana aku boleh terpesona dengan penawaran dia pun aku tatau.. cisss Tipah tertipuuu... habes umur aku layan crap cenggini..

Monday, October 24, 2011

BINI- BINKU GANGSTER (MIG, Metrowealth 2011)


Judulnya aja dah beritahu peniruan.. dari filem thugs Korea.. tapi dengan alasan beridentiti Malaysia... jadi aa sebuah aksi komedi yangg... agak kiut jugak.. pasal ada Yana dan Intan Ladyana.. ahaaiiii siyes kiuttt... tapi momen2 menuju ending tue langsung tak memberansangkan.. di mana Sam pakai topeng jadi awek tue.. pakai kostum ada hood yang sama dengan baju dari muvi KONGSI aritue...

Boy jadi samseng okay tapi karakter samseng macam nie.. berlawak.. tak kena ahhh.. tapi agak menarik jugak have dia selepas da lama x muncul dalam TV.. dia yg pulun awal millennia dulu dengan muvi2 direct ke Cds dlu...

Mamat yang bawak watak Mat Saja tue kurang menghiburkan.. malah lebih annoying.. takde watak nie pun tak apa rasanya.. sepatutnya bila thug da belasah macam tue dia hav had the lesson.. bukan kacau lagi idup Harry tue...

THUNDERCATS 2011 (Warner Bros Televison)


















Season 1 Thundercats reboot tapi a la2 prequel dan smart baru ajer berlangsung dan peminat tegar yang lama dan baru pasti melonjak kegembiraan.. termasuk juga aku... berlangsung dalam timeline yang qadim tetapi advanced.. malahan makin berganjak ke belakang.. semakin advanced dan maju pulak tamadun Thunderra itu.. seperti terlihat dan tergambar pada episode Legacy.. eh eh aku terlihat macam ada imej Mon*Star of the Limbo (dari Silverhawks dalam imej2 dalam tamadun Thundera zaman tue..) di mana Jaga hantar Lion- O masuk dalam jasad moyang dia.. Leo... dalam episode tue- Mumm-ra ruled Thunderra.. dan makhluk2 lain jadik hamba di bawah pengawasan keluarga kucing.. besh besh besh... mengingatkan kita kepada plot a la PLANET OF THE APES... jugak gambo Tigershark dalam tue- pun show produksi Rankin/ Bass..













Sesungguhnya plot, idea dan dialog Thundercats kali nie memang bijak dan witty.. keluhan2 Lion- O banyak berbunyi seperti "whiskers.. " memang menggelikan hati.. tenaga anime jugak dipanggil (sama macam 80s jugak.. guna tenaga anime..) dan yang peliknya.. Barat boleh pulak terima show nie.. kalau show DC macam Batman Gotham Knights beriya depa x amused... walaupun selepas tue kita lihat Madhouse dapat projek STITCH..Wolverine, Ironman dan X Men..

Ada banyak moment mengajar kematangan Lion-O seperti terlihat dalam epi bersama lanun2 manusia ikan dalam Ramlak Rising .. jugak seperti dalam episode dengan kaum Petal- Song of The Petalars tue.,.. alahaiii sekil kiut anime disedut jugak dalam cerita nie.. serius kiuttt...
seterusnya menimba lagi beberapa sekil dengan makhluk skilled yang lain dalam The Duelist and the Drifter..

Thundercats sekarang bukan lagi setiap episode di mana Lion O menghayun Swords of Omen dan semua Thundercats mara dengan kekuatan laungan tue.. walaupun ada jugak dalam nie.. tapi nampaknya Lion- O nie diperlihatkan perlu lebih bersedia untuk mengetuai Thundercats..
yayyy!! Bijak ahhh dan aku buang masa aku lagi layan karya hebat manusia lain tanpa memikirkan untung nasib dan potensi aku sendiri...

Sunday, July 31, 2011

SEKALI LAGI (Metrowealth Productions 2011)



Shahezey Sam punya interpretation terhadap pesakit autistik macam Nabil Ahmad masa berlawak jadi budak kecik.. dan dressed Arman dalam filem nie punya la gempak walaupun ada ciri2 nerdy... cerita nie flow dia okay.. moment romantika ada tapi x banyak yang boleh melekat dalam kepala.. yang besh wud be Bront Palarae yang as usual.. cemerlang untuk genre rom- com.. Lisa Surihani did well too... Mia Sara memang sweet.. tapi tak banyak leh dikenang ..

3 2 1 CINTA (Metrowealth Pictures 2011)



Filem arahan Azhari Zain dalam genre rom com nie menarik jugak walaupun plain simple..ok aa tue..



Diana Amir memang bukan Erra Fazira atau fauziah Elai yang mastered bab2 pengkid ataupun tomboy nie.. tapi effort quite menjadik jugak sebagai awek tomboi yg desperate dan over nak winning hati Farid Kamil.. Farid Kamil tetap Farid Kamil.. dalam liga dia sendiri.. dan Pierre Andre di situ dengan kool.. macho dan beshh..



Music jugak menyakitkan atie.. terutama masa Pierre kena belasah dengan Diana Amir tue wakakaka macamana music a la2 Suami Isteri dan Dot2 yg sodeh boleh keluar temankan mood moment penting masa tue..



Pendatang baru yg jadi Mimi.. adik Sam tue seksi.. tapi lakonan dia natural besh.. mengingatkan aku kepada Shasha ke.. yg lakon ADIK MANJA dan Azura dulu2...



Mustafa Kamal punya baju lawa2.. aku jelois.. ehh?? Hehehehe..

Saturday, December 25, 2010

DESPICABLE ME (Illumination Pictures, Universal Pictures 2010)


Baru je berlalu beberapa bulan sebelum MEGAMIND hit sinema dengan idea villain tak jadi jahat... minjam idea Luthor- Superman nyer .. this one Steve Carell take on Gru supposed super- villain tapi xde aa jahat sangat nampak.. charoi... watak budak2 yatim sorang tue macam nak tiru Boo dari MONSTERS INC> dan Prof yang helping dia tue design macam prof sengal Prof Hubert dari FUTURAMA walaupun voice actor berbeza.. (yg Prof dalam animasi nie.. suara laki Katie Perry..)- tapi style bercakap dengan karakter memang sama.. tapaham aku...


Ada banyak situasi kelakar dan moment tapi karakter dan moment tue agak sukar diingati semula.. takde grip yg kuat.. untuk dikenang..

MW (Tezuka manga ke Filim..2009)



Dah lama nampak kat kodai baru berani layan.. sbb dapat yg free punya eheheh...

Filem nie adalah live action untuk sebuah manga lama drpd Osamu Tezuka.. otai manga dan anime Japon..

Aku pun x paham kenapa Mamat Hiroshi Tamaki (Chiaki dalam NODAME) nak sangat tried jadi "hero yg jahat" atau watak yang kijam.. last aku tengok dia jadi macam tue adalah dalam filem KIDS.. di mana dia jadi budak gelandangan yang ganas... yg tue menjadik.. yang nie.. tak mengesankan sangat.. sebab dia jadi ganas awal2 filim jer.. tengah2 tue dengan dia.. dengan perjalanan movie nie x cargas.. dah xde gripping nyer dah.. masa moment Police Siam tue chase dia tue ok lagi.. dengan misai serabai.. nampak stylo..






Kalau dia switched watak tue dengan mamat Takayuki Yamada g jadi adik dio yg priest tue kan ke besh .. Mamat tue macam lagi sesuai.. dengan gaya calm.. kalau kejam dan poyo2 sket macam CROWS ZERO arituekan besh..

Wednesday, December 15, 2010

DETECTIVE DEE AND THE MYSTERY OF THE PHANTOM FLAME (Huayi bros. Film, Emperor Motion Pictures 2010)


Aku sambar Cd nie di Carrefour Ampang selepas MBO Ampang tarik keluar movie nie cepat sangat bulan Sept- Okt aritue..terlepas seminggu tarikh tayangan akhir.. cesss memang besh.. sebab aku penah teruja dengan trailer dia sebelum tue..


Filem nie adalah interpretasi semula dan new take yang bebas kepada Di Renjie.. watak salah seorang pembesar, pegawai zaman Dinasti Tang di China.. kesetiaan tinggi tetapi pernah jugak dibuang macam Hang Tuah kita kerana kelantangan beliau menegur Maharaja.. dan usahasama China- Hong Kong

The reason movie nie besh ialah.. nama- nama berikut: Andy Lau. Tsui Hark sang Pengarah.. Karina lau.. Tony Leung Ka fai.. Li Bingbing (sangat cun ahh diooo..walaupun muka serius 24 jam..) dan choreograph fighting oleh Sammo Hung..

Siapa2 suka CSI di zaman purba+ epic + romantika dan CGI yang takde la sempurna sangat.. tapi cantik.. plot twisting yang takde aa rumit sangat.. tapi korang akan dikejutkan dengan bermacam surprises sepanjang cerita..

Yang paling besh ialah words dan wisdom, falsafah dan politikal zaman tue yang aku sangat2 soka... perhatikan Tok Guru buta.. prisoner yang menemani Detective Dee semasa dalam buangan.. masa misi nak pujuk Dee berkhidmat semula tue.. beshh!!

Thursday, October 07, 2010

PREDATORS (20th Century Fox, 2010)



Filem nie big di US.. tapi terabai di Malaysia sebab da banyak sangat crossover Predator- Alien aritue.. plus banyak sgt movie nak kejor.. hangpc dari Pergh.com mengingatkan aku yg lambakan hero dan watak utama dikumpulkan di planet yg ada Predators tue sama macam anime GANTZ.. hmmm.. tapi mamat Yakuza tue memang kool.. dan permainan pedang dia fighting Predator Falconer dalam filem nie telah menjadi moment terkenangkan jugak ehehe

Hanjing pelik yg kejar depa awal2 scene tue pun menarik.. sama feel macam have TERMINATOR SALVATION aritue..

Apa yg menghairankan ialah mamat biasa tungkai tapi encem iaitu Adrian Brody (KING KONG) aritue tiba2 workout jadi gagah gila action hero-type.. pastue suara poyo macam Bruce Wayne Bekmen.. ehehehe minah cun dari I AM LEGEND tue hampir aku tak berapa noticed sebab jadi sniper Israel pulak dalam nie.. mamat black Muslim dari 4400 pun adoo jugak..sekil jugak dia dalam nie.. tapi mamat Samseng DAnny Trejo tue mati awal pulak..

Sunday, September 05, 2010

MONSTER HOUSE (Amblin, Relativity, Columbia 2006)



Filem animasi nie da tentu terabai sebab karakter utama dia tak ensem.. tak kiut..kecuali awek utama dioo.. tapi karakter budak gumuk sidekick hero tue sangat menawan.. Ujang adik aku dan Mak aku yg diheret sama menonton muvi nie seba Astro aku kena potong aku xpay dua bulan.. padahal bil yang tak sampai rumah aku.. (damn!)Rupa2nya.. filem nie sangat serramm... dan disebabkan ada nama Zemeckis dan Spielberg sebagai produser bersama yang keluarkan bajet..secara tak langsung terpelihara laa keseluruhan produksi..

Memang istimewa laa filem nie.. dengan beberapa rujukan reminiscent kerja2 Zemeckis dalam Cast Away (yang ada Tom Hank terdampar kat pulau bercakap dengan bola...-bola yang sama DJ nak angkat dari rumah Nebbercracker)- dan lagu dari filem ET.. besh2...

Ganjil.. stylo.. agak "PG" untuk kanak2.. tapi menghiburkan.. aku rasa macam lambat jer masuk Malaysia nyer sinema aritue.. entahhh..

MY NAME IS KHAN (Studio : Imagenation Abu Dhabi/ Dharma Productions / Red Chillies Entertainment , Distributed by: Fox Searchlight Pictures 2010



MY NAME IS KHAN mencadangkan idea Shah Rukh Khan (dan pengarah filem nie- Karan Johar dan penulis skrip dio- Niranjan Iyengar) terhadap beberapa issue, yang dia- selalunya Shah Rukh KHan laa "kena".. jadi mangsa kontroversi.. terhadap sikap dia yang dilihat liberal dengan agama lain.. walhal aku dapat lihat kejujuran filem nie.. filem nie bajet besar da tentu la dengan tujuan "solidarity.."- duduk sama2 aman.. siapa saja boleh jadi pengganas... dan tidak patut dituduh jadi pengganas... baik dia Muslim.. Hindu.. beberapa perkara penting- pertikaian Hindu- Muslim di India.. Islamophobia selepas 9/11... terhidang dalam movie nie.. selain menceritakan seorang mamat dengan autistik dan Asperger's Syndrome- tak suka warna kuning.. dan tak selesa dengan environment baru.. dia jugak heroic.. dan jugak genius tak pasal.. (macam FORREST GUMP nyer sisi poyo..) filem nie jugak menemukan semula Shah Rukh Khan yang poyo (tapi kau tak boleh denyin' dia nyer big talent.. jadi mamat retarded.. besh siol..) dengan heroin dia yang dulu2- Kajol..

filem nie- along with THREE IDIOTS.. dan ada dua tiga filem lain 'Dustan mencadangkan yang Bollywood dah ready untuk diberi perhatian serius.. tak de laa sekadar music cekedum cekedum dan tunjuk pushat penari dan pelakon pempuan dia ajer..

menariknya.. ada komedi ringan di tengah2.. dalam kelancaran muvi nie.. dan jugak.. score music dia pun agak fresh..

Saturday, August 07, 2010

TSUNAMI HAEUNDAE (2009)



Waaauu filem nie menarik gila grafik dan scene "lari menyelamatkan diri" daripada disaster tue.. memang top-notch aa.. aku tak sangka Korean leh come up dengan gambo semenarik dan sedetail gila.. kalah THE PERFECT STORM.. memang tahun lepas tak berpeluang tengok di wayang.. bila dapat CDs dia.. pulun sebab kagom tengok grafik dan lakonan all-stars depa..

filem nie memang mengulang kejayaan THE HOST aritue.. walaupun ada gak adegan sengal.. ombak sebesar2 gitu boleh berenang cincai dan berebut awek lagi.. kat situ sengal sket..

Wednesday, July 07, 2010

A TEAM (Dune, Scott Free, Top Cow, 20th Century FOX 2010)



A TEAM remake nie dipantau oleh Stpehen J Cannel.. aku tak tengok kat sinema.. aku just grabbed the CDs kat Ampang.. berbaloi jugak laa.. ada laa kenangan moment TV series tue dijaga jugak oleh pelakon2 yang melakonkan Hannibal, Face, BA dan Murdock dalam nie walaupun xdapat sama dengan antiques pelakon asal.. aksi dah tentu padat laa bila adik beradik Tony dan Ridleys Scott bikin filem macam nie..

tank drop scene.. grafik melampau dekat angkasa tue mengarut gila.. termasuk gak scene menyelamatkan diri.. semua a la2 CHARLIE ANGELS atau BEHIND ENEMY LINE.

scene helikopter chase tue mcm mencadangkan ada Blue Thunder/ Airwolf pulak dah wakakaka.. bukan tgk A-team..

Monday, June 07, 2010

EDISON NO HAHA (TBS, 2008)







Misaki Itoh memang awek poojaan aku dan Sallam sebelum dan selepas cerita otaku nerd dorama Densha Otoko.. 5 tahun yang lalu..

Dorama yang nie hit japon masa aku baru ajer balik Malaysia la kot.. abes layan NODAME kat Mesir dulu agaknya.. ehehehe.. mana nak pikir kerja baru nak cari... so bila have CD DVDnya sangatla joy.. sementelahan mana ada masa dah nak pulun marathon nie.. lagipun da bajet ajer.. tema dan sekil penceritaan mesti sama.. walaupun keunikan style Jepun- lebih- lebih lagi bila bercakap mengenai "sistem pendidikan formal dan idak tue..." macam karya- karya seperti GOKUSEN.. GTO>. dan banyak lagi.. yang memang la kadang2 ada kerosakan jugak Jepon raikan bersama dengan idea2 mantap depa.. tapi ada setengah part dan idea depa ketengahkan tue agak betul jugak..

Budak Shimizu Yuya sebagai Kento yang bermasalah atau buat masalah.. tapi come up genius dan kreatif dan kadang2 kepala otak dia boleh pakai jugak dalam dorama nie adalah budak yang sama dalam ENGINE dulus.. dia memberi banyak problem kepada cekgu Noriko tapi last2 Cekgu dia dan pengetua (mamat bartender cerita HERO.. ) dapat kesan jugak "kelebihan dan keistimewaan" kento yang unik tue..

Mak kento- Sakai Maki. punya la cun dulu.. nampak sangat tua dah sekarang.. hmmm.. hero dua2 tak ensem.. tapaham aku..

Macam biasa.. pendidikan konvensional.. informal dan idak.. sangat ditekankan .. dan emosi kita bakal terusik kat mana- mana.. besstt!!