Showing posts with label (Tak) Semestinya Lagha... Show all posts
Showing posts with label (Tak) Semestinya Lagha... Show all posts

Sunday, October 30, 2016

WALKING DEAD Season 7... harapan + ramalan2

Whoa... seminggu berlalu tapi orang masih memperkatakan mengenai how shit..brash and brutal opening season 7 The Walking Dead .. Survivors yang diketuai oleh Rick dikejutkan dengan kegilaan Negan.. silambam before their eyes.. memilih Abraham apart Eugene yang dipilih dalam teka- teki fans... dan Glenn yang memang ditamatkan sebegini dalam comicnya.. in between flashbacks or mostly flash forwards perasaan perasaan horror dan serba salahnya Rick dalam mengetuai serangan dia ke atas geng Hilltops.. or secara specificnya- The Saviors.. Negan yang aritu ku anggap tak kijam dan jemboo memang kijam menghambat belantannya Lucille dan menyebabkan Abraham dan Glenn menjadi pile of mush yang mengerikan..sadistic death.. walaupun itu prosthetic or mask..or make up..kengerian itu adooo.. dan ayat terakhir diungkapkan Glenn memang meluluhkan sebarang hati dan jiwa .Reaksi Negan terhadap reaksi Rosita dan Maggie memang memberitahu yang dia memang stalked diorang selama ni. Ego Rick memang jatuh..dan bila The Saviors belah.. dalam lemah kumpulan Rick plotting retaliate.. something yang kita follow dari comic dan apakah TV version memberikannnya kepada kita... di web web komik review sudah berlegar promo gambar watak Ezekiel dari clan The Kingdom..dengan harimaunya- wahhhhh!!! di mana Morgan dan Carol dah sampai.

Friday, June 17, 2016

ZOOTOPIA (WALT DISNEY 2016)

ZOOTOPIA is really good.. dengan political..dan kritik sosial terhadap keprejudicean hidup bermasyarakat berbilang kaum.. falsafah hidup cerita nie tinggi betul.. kalau relate dengan Melayu tue siap ada lorong tikus.. watak utama pulak serigala.. memang mendalam sungguh.. dan ada sedikit lawak menghina penjawat awam kerja dengan cekap ekekeke eg. watak sloth yang dinamakan Flash.. dan Officer Benjamin Clawhauser,polis obese (cheetah) yang peramah..


Zootopia adalah bandar urban yang kool.. futuristik,.. modern tapi penuh jenayah dengan twist gangster dan perkauman.. memang menarik dan something sebab Disney memang mastered bab2 kehutanan tapi bermain lak fokus dan ambil premis bandar dan kepolisan.. 

 watak paling tabesh kat sini ialah Gazelle ahaha xpenting pun tapi lagu Shakira nie memang menarik aa.. songbird terbaik untuk semangat kehuatanan..

Judy Hopp memang ambitious tapi reckless dan selalu terlepas cakap.. Nick Wilde memang kool..

Aku wonder jugak macamana depa leh lepaskan movie nie.. sensitif jugak sebenarnya issue yang dia mainkan.. tapi tu laa kelebihan Disney.. mejentik dalam kecomelan watak2..

Wednesday, October 22, 2014

HERO 2014 (MBC, Fuji TV 2014)

13 tahun dahulu.. satu do-rama kool berkenaan pasukan pendakwaraya Japon telah merajai TV sana. Dengan imej pegawai Pendakwaraya berkemeja chikanos dan jaket jeans cekelat Kuryu Kohei dibawakan Takuya Kimura dan pendakwaraya kelang kelibut tapi sekiut Matsu Takako memang menambat hati pengikut dorama sebelum K- drama don't even masuk scene lagi.

13 tahun kemudian bermula Julai lalu Takuya kembali semula ke dalam produksi nie. Kali nie Matsu Takako takdopp.. sebaliknya awek baru Keiko Kitagawa membawa peran Chika Asagi akan learn cara kerja senpai.. as usual. 

Macam biasalaa.. Kuryu kita akan membuat kerja pendakwaan dan pegawai penyiasat in one.. poyo, genius whiz as usual jer cara dia mencari beban pembuktian dan pendakwaan..  

Takuya memang dah tua nampak.. ada sedikit keletihan tapi gaya poyo dan spirit siri lama berjaya dikembalikan. Humor, satira dan sebagainya disampaikan dengan baik. Barisan team senior dulu ada lagi.. (sebahagian). Mamat bartender muka serius pun adoo.. katalog barangan orderan Kuryu untuk workout pun ado lagi wahaha...

 

Tuesday, August 06, 2013

RAMADHAN YANG HILANG (RadiusOne 2013)

Berlalulah sudehh Ramadhon.. bernyanyi Anuar Zain masa tecik hehe tapi kenangan musalsal Ramadhan TV harusla dibawa bersama.
 Tahun ni RadiusOne memberikan kita Ramadhan Yang Hilang mengisahkan sebuah keluarga kaya yang kecil menjadi huru- hara dengan kehadiran sorang budak yang sangat kasihan, datang dari broken home..  tapi turns out jadi sangat avenging.. licik.. dan  evil. tapi family tu takdela kelam kabut sangat sebab the leader - the father, Dato' Zubir lakonan Zamarul Hisham digambarkan selalu bimbing anak dara depa- Zafirah supaya terima anak angkat depa tu dengan baik dan tak berkira. Gambaran awal watak skema terdidik kontra dengan Delisha yang problemo domestika membentuk diri dia yang licik dan opportunist digambarkan dengan baik oleh dua pelakon meningkat remaja iaitu Alis Marya as young Zafirah dan Joey Amalin sebagai young Delisha.

Penghayatan dua budak kocik ni dengan mudah memberikan gambaran perkembangan dua beradik ni.. drama ni bagi aku adalah satu lagi persembahan terbaik Eira Syazira. Eira at her best! Jugak pujian melangit untuk Shatilla Melvin sebab portray devious venomous devillish Delisha perfectly.. effortlessly. Special mention gak yang besh daripada Arja Lee sebagai Fira crush.. Zila Bakarin Sherrie Merlis, Ijoy Maria Arshad dan makcik lawak dari drama  Sindarela tu jugak theme yang besh Seperti Dia daripada Amylea. Yay!

Saturday, December 31, 2011

Vektor 58 (ChainFX Sdn Bhd, 2011)







Sebuah scifi TV berepisod- terbitan Chain FX.. yang diusahakan Roshfaizal Ariffin.. pelokes digital.. animator skang running production filem dan apa2 tender..

Aku rasa (bedal jer)- Vektor 58 mungkin macam Tansformers atau Kamen Rider.. di mana entiti asing bergaduh di Bumi.. kalau salah nanti Rosh betulkan aku..

Tapi dalam banyak2 new blood yg mengisi barisan pelakon.. aku suka ada makcik Fazlina Ahmad Daud ehehehe.. jangan tanya kenapa ehehe..

Kalau ada update yg besh nanti kita letak lagi...thanks Rosh sebab invite aku ke teratak kamu di FB.. korang jugak boleh follow perkembangan di Facebook dan blog page siri TV nie..

Scripter bukan calang2.. Amir Hafizi, Fairul Nizam Ablah, Jack Tribal.. gilak ahhhh... harus menarik laa..

Aku doakan FOX.. ABC atau mana2 produksi luar beli cerita nie nanti wahahaha..

OMBAK RINDU (Astro Shaw, Tayangan Unggul 2011)


Aku nonton nie bersama Hasma wife aku di Ampang selepas tayangan dia dan sambutan dah suam2 kuku dan dah x fully booked di MBO dan catatan box office dia masa tue dah cecah 10 juta gitu.. wife aku mesmerised ingat2 lupa je novel dia.. tapi memang ada banyak bende pencinta novel asal tue akan teringat semula..

Bagi aku filem nie besh besh beshh. Maya karin bezzzhh.. lantak aa urban ke German ke.. yg penting dia sehweet.. cuma pelat dia tue mmg x kampungan aa.. ekekek.. amat bagus nak appeal pasaran luar sbb Maya da ada nama- PONTIANAK Shumie tue..

Aku sampai skang tapaham kenapa Maya kena bubuh, Vanida kena bubuh bila NONA tak rating besh.. pdhal content je tak tukar2.. Maya lagi besh drpd Vanida what?

Aaron Aziz bezh.. penangan NORA ELENA dia mengheret kakak2 makcik2 ke pawagam pulak.. sensasi 2011 betulll..

Bront lagi aa.. underrated yg power.. dia adalah underrated lelaki.. kalau perempuannya Fazura- underrated tapi powerr,,,

Lisa jd org jahat pun okay.. makcik sapa nama dia tue... mmg la besh jd makcik jahat..

Cerita simple je.. tapi gambo, exploit alam sekitar.. nama Osman Ali je naik.. padahal Sharad Sharan pun pantau projek dia nie kan..

Lagu Hafiz dan Adira selama nie tengok kat TV takde feel.. dalam muvi besh pulak.. tapi tak jauh beza dengan lagu Legenda Budak Setan dlus..

Makcik ke mamat blogger yg komplen pasal umur xtepat, chemistry mael- Izza tue.. mungkin follow kerak novelnya. mcm aku x puas atie dengan umur Chin Shang dalam STORM RIDER filim.. laa


Kredit gambar:GSC Movies

Monday, September 26, 2011

OGON NO BUTA/ GOLDEN PIG (NTV, 2010)



Berbetulan dengan mood pengauditan dan penyiasatan korupsi sana- sini oleh SPRM.. nie ada satu episode dorama Japon yang sangat baguss.. mengenai pasukan pendakwaraya Audit negara Japon yang membongkar penyelewengan duit oleh penjawat awam ..



Dibintangi oleh makcik ANEGO (Shinohara Ryoko) .. in her 30s- sekil.. poyo.. cun.. lasak.. dan jinak2 merpati.. sama seperti HERO.. di mana Takuya dressing x skema.. makcik nie pun sama.. mewakili officer perempuan.. dengan boot.. x kai baju keje.. yang kelakonya depa siap bawak kalkulator lagi setiap kali pergi dakwa orang.. menyatakan taksiran jumlah yg sudah dikelepet dan digelapkan..

Golden Pig adalah simbolik kepada tabung simpanan rakyat marhaen susah2 earned for the living..

Siapa2 suka drama Japon macam nie.. deko pejabat.. suasana Japon kerja 24 hrs... Japon di waktu malam yg aktif.. falsafah idup.. tipikal hero/ in balik kampung.. tarik- tarik tali.. dan yang paling penting..semangat Japonn.. leh torai..

Rating drama nie masa penayangan dia tahun lalu tersangatlaaa rendahnya... tapi masih kool untuk ditonton.. maklum aa skang sme org melayan drama Korea yang jauh lebih romantika..

Thursday, September 01, 2011

SAKURA Drama Raya Megan Tan Poojaankoo :)


Aku tak dulik.. aku nak post jugak entri ni wahahahah disebabkan aku soka senyuman Megan Tan yang xde aa cun sangat tapi senyum dia yang kedekut tapi cumil dalam Quickie tue yang buat aku sticked .. tapi xdapat sticked jugak ekceli... sebab tak dapat ruled remote Astro sebab binik aku nak layan Astro wahahah

Drama nie arahan Mak Nani atau Rosnani Jamil.. menurut gua.com dia peram skrip nie da tiga tahun gitu.. mengisahkan kemaafan dendam yang terindah bak kata Aishah... Sakura datang ke Malaysia.. nak bawak pesanan datuk dia bekas tentera Japon nama Yamada yang penah bunuh one whole family di Malaya zaman kolonial Japon duluss... dia disambut oleh tourist guide encem soka pakai baju chikanos petak2 iaitu Shah Jazle yang kebetulan adalah cucu kepada Atok dio- mangsa yang sebatang kara selepas one whole family dibunuh Yamada...

Bila aku layan drama ni teringat komik Zoy pulunkan di tahun 80-an dulu , AYOKO tapi lebih dramatik di mana Syaffiq Asnawi... nak memperisterikan Ayoko Shimada.. Shimada pulak dulu befriending Asnawi bapak Syaffiq tapi disebabkan tugas sebagai pejuang Japon dia terpaksa belasah Asnawi kaw2 depan tentera Japon .. tapi Asnawi tatau yang ninja yang lepaskan dia dari tahanan malam dia kena belasah tue adalah Shimada.. dan Shimada rela nak poton jari dio.. sebab Asnawi still x maafkan dia.. dan buat semua tue for the sake of Ayoko nak kawin dengan Syaffiq.. besshhh...

Drama Sakura nie melihat jugak kesungguhan Sakura lakonan Megan yang mintak maaf untuk datuk dia yang agak sulit tu,... siap pakai kimono lagi ehhehe... tak de pulak dia angkat pedang pastue binik aku tukor channel ehehehe..

Tuesday, August 30, 2011

RAMADHAN TERAKHIR (RadiusOne 2011)


Aieee sudah habis Ramadhan baru ada chance nak sembang pasal this one...sebuah Musalsal Ramadhaniah - this very touching, tapi takde aa outburst sangat di ujung dan climaxnya tapi setiap ending dia nak kasik suspense sambung lagi tue menandakan editing dia besh jugak..

Mari kita abadikan nama makcik nie- Fazlina Ahmad Daud.. rupanya dia nie da been around dalam industri. cuma tak selalu ada dalam TV,.. dia giat kat teater atau penerbitan lain.. dan dia sebagai tunjang cerita ni memang centre dan perhatian utama.. makcik nie sassy, darah Saadiah dan Ahmad Daud... ada muka Saadiah... mood dan keseluruhan drama ni memang tertumpu kepada beliau- sebagai Puan Mazni- over, menjengkelkan.. kadang2 funny.. di awal2 drama tue.. dengan kejahatan dia.. mengingatkan kau kepada Joan Collins dari DYNASTY dulu.. kelakar pulak bila kamera close up ekspressi muka dia full screen.. wahahaha

Then there was Esma Daniel- dah tua2 menjadik.. bak kata Awal Ashaari dalam FUHH! di mana beliau bertamu... membesarkan anak2 dia yang problem dua orang itu- lakonan Airel Zafril dan Eyka Farhana.. (of JUVANA fame.. ) Besh gla tengok Esma Daniel jadik bapak yang depressed, sekali lagi selepas HANI aritue..

Add to dua nama lagi- Jaslin Puasa, driver dio yang setia- turns out to be anak dio jugak.. dan Anzalna Nasir... seksi one.. ada ke Ariel nak dumped dia pas tergila2kan Tasha Shilla pas insaf? ekekeke...

Dan yesss.. Tasha Shilla berjaya jadi budak baik yang besh.. yang bring light kepada family tue selepas Mak Wan.. a it Hindustan.. tapi berjaya jugak buat aku follow to the end.. yessss..

And lagu Pompa Bensin dengan flute... Jangan Lupa Namaku memang set mood Ramadhan guwe aritue... thank you for the show Radiusone!!

Drama ni memberitahu kita pengertian jahil atau buat2 jahil.. ignorance and being ignorant di mana semua orang Islam sebenarnya sudah ada maklumat tentang kesalahan depa tapi buat2 redah dan menyalahkan orang selalunya,,,

Friday, May 06, 2011

JUVANA (Filmscape, TV3 2011)



Selepas habis ajer GEMILANG aritue dengan penampilan awal Tasha Shila yayy.. Khabir Bahtia kembali pulak seminggu lepas tue mulai 25 April dengan JUVANA.. dengan Faizal ishak di kerusi pengarah.. maka malam Senin korang menjadi tidak seperti selalunya..




Gempakk.. dengan fresh blood of actorss and actress.. susunan plot dan editing yang marbeless...terbaeekkk..sedikit poyo (itu perluu..) dan banyak sodap lagi..



mengisahkan Daim bin Yahya (lakonan Zaharil, KAMI) dihantar ke sebuah asrama pemulihan akhlak atas jenayah yang tidak dia lakukan.. bermula la keselebetan idupnya dibuli oleh budak2 samseng brutal kat sana..




budak2 baru mewarnai drama nie di barisan cekgu pelatih, warden dan pelajar2 yang evil x hengat.. perhatikan nama Izreen Azminda sebagai Cikgu Zakiah.. yg cun siottt..



Jugak talent lain seperti - Cikgu Ariffin (Beto Khusairy), Cikgu Azmee (Irfan Roslan), dan Botak (Johan Arif.. ) dan satu budak dari GEMILANG aritue.. lupa nama..

Bront tue x perlula aku gebangkan lagi.. memang tahap proo..

Sebuah produksi Filmscape..

Tuesday, February 08, 2011

HANI (Layar Consult Sdn Bhd)


Sedap la pulak cerita Hani nie.. mula2 aku abaikan ajer.. walaupun semopat follow episode terawal.. di mana moment2 awal macam sengal jerr.. skrip ditulis dengan nama Zabidi Muhammad.. kalau x silap aku lawyer dari Arqam dulu.. dan produksi Abu Hasan Morad.. pun bekas Arqam yang cargas menulis dari zaman Arqam sehingga la zaman majalah ANIS... besshhh...


Fathia yang memegang watak utama Umu Hani.. rasanya aku kenal masa 5 Jingga di TV8.. cerita pom pom cheerleader dulu beberapa tahun lepas.. portray dari gadis lincah yang kendian murung selepas buta sebaik pembedahan barah otak...


Moment yang paling sebak ialah menatap wajah2 keibuan Rozita Che wan menyembunyikan kemarahan dia terhadap mak Irfan yang kerek... cessss.. menitik air mata guweee... masa part2 Fathia mengamuk selepas buta x terima hakikat tue aku leh tahan sodeh lagi huhuhuh..


Esma Daniel depressed sebagai bapak pun menjadik..

Budak Elfira Roy jadi adik Fathia pun menarik.. lebih2 lagi bila bengangkan Aliyah yang dah semacam ajer pas Mak Irfan "beli" dia soh intim ngan Irfan in a way nak jauhkan Hani dengan Irfan..
Part Bell Ngasri x lawak langsung hohoohh.. tah ngape jengkel je aku dengan lawak dia.. walaupun ada yang okay dalam sitcom Simpang 3..
The hero- Ryzal Jaafar memang kool.. calm.. besh sejak watak Usop dalam Dunia Baru..




Monday, January 10, 2011

Drama Cerekarama CINTA BUTA (Nasreen Pictures 2010)



Aku berkesempatan melayan satu drama Melayu yang agak sweet aa jugak dalam slot Cerekarama TV3 baru nie.. Sabtu 8 ribulan Januari 2011.. ada nama Farah Fauzana kat scripting ke apa.. producing kot.. *(aku checked kat satu tempat, blog kata.. binik bell yang tulis skrip..) along with Nasreen Ngasri .. producing... arahan Along kamaruddin.. lakonan Nor Syuhaida (Dottie), Fikree Bakar (HOOPERZ, Arjuna..), Abby Abadi, Syanie, adik Haliza Misbun yang cunn.. Amanda.. Jobot, Bell Ngasri..





Mengisahkan lawyer nama Ahmad Dhani yang buta.. (lawak gila nama..) lepak kat satu restoran yang menyebabkan dia jatuh chenta dengan satu masakan gulai lemak pisang oleh Fara Deeba yang debab lakonan Dottie.. dan jatuh chenta jugak dengan tukang masak.. sbb tokeh dia- Jobot galakkan Dottie layan lawyer itu.. huhuhuh sehingga laa satu ketika Dottie dalam dilema nak berterus terang tentang fizikal dia yang super-size itu bila Dhani decide nak operate mata dan ingin melihat semula.. wahhahaha lawak.. kat situ Dottie terpaksa menggunakan Amanda yang cun dan seksis untuk cover fara Deeba.. play her, as Fara Deeba.. sebab malu nak terus terang.. syiannn.. tapi kiut duhh citer nie.. perhatikan sebab hero ikhlas.. mana minah yang nak tolong Dottie tue tak fall sekali.. bengong...



Some part dialog lawak Bell Ngasri tak lawak langsung.. kasar sangat untuk menyerang seorang buta..

Lagu Band Indon Armada- Cinta Itu Buta.. open dan hias keseluruhan drama nie.. di samping satu lagu lain.. part operate mato hero.. pastue part dottie bersodeh blues gloomy tue lagu minah mana tah.. Julfekar kredited..

Wednesday, December 15, 2010

DETECTIVE DEE AND THE MYSTERY OF THE PHANTOM FLAME (Huayi bros. Film, Emperor Motion Pictures 2010)


Aku sambar Cd nie di Carrefour Ampang selepas MBO Ampang tarik keluar movie nie cepat sangat bulan Sept- Okt aritue..terlepas seminggu tarikh tayangan akhir.. cesss memang besh.. sebab aku penah teruja dengan trailer dia sebelum tue..


Filem nie adalah interpretasi semula dan new take yang bebas kepada Di Renjie.. watak salah seorang pembesar, pegawai zaman Dinasti Tang di China.. kesetiaan tinggi tetapi pernah jugak dibuang macam Hang Tuah kita kerana kelantangan beliau menegur Maharaja.. dan usahasama China- Hong Kong

The reason movie nie besh ialah.. nama- nama berikut: Andy Lau. Tsui Hark sang Pengarah.. Karina lau.. Tony Leung Ka fai.. Li Bingbing (sangat cun ahh diooo..walaupun muka serius 24 jam..) dan choreograph fighting oleh Sammo Hung..

Siapa2 suka CSI di zaman purba+ epic + romantika dan CGI yang takde la sempurna sangat.. tapi cantik.. plot twisting yang takde aa rumit sangat.. tapi korang akan dikejutkan dengan bermacam surprises sepanjang cerita..

Yang paling besh ialah words dan wisdom, falsafah dan politikal zaman tue yang aku sangat2 soka... perhatikan Tok Guru buta.. prisoner yang menemani Detective Dee semasa dalam buangan.. masa misi nak pujuk Dee berkhidmat semula tue.. beshh!!

Tuesday, December 14, 2010

AKU TAK BODOH (Grand Brilliance, RAM Ent, PMP Entertainment, mm2 Ent 2010)


Tengok nie di MBO Galazsee Ampang Ahad baru nie bersama my wife. dan Nadia. gilo... aku baru nak nonton filem nie dalam kehangatan dan hyped HANTU MAK LIMAH BALIK (Mamat Khalid)... sold out hampir setiap malam.. gilooo..


Sebuah adaptasi dari box office Singapore I Am Not Stupid Too.. beberapa tahun lalu dan masih fresh rasanya.. memperihalkan suara dan naluri remaja dan generasi baru terhadap apa yang dipupuk ke dalam diri mereka oleh orang dewasa cara Asia.. sebuah tempelakan kepada cara berfikir dan mengasuh orang Asia.. dan untuk ini- naskhah Melayu.. apa yang kita panggil mentaliti remaja yang kontra dengan apa yang dipahatkan oleh generasi lama dan orang dewasa.. escapism kedua belah pihak.. dan ego kedua belah pihak apabila satu- satu masalah berlaku akibat ketidaksefahaman dan the wrong idea of interpretation...


Dipersembahkan dengan baik dan bersahaja.. sangat lively persembahannya.. lebih2 lagi mamat tengah naik- dahulu korang lihat di Kisah Kaisara.. dalam nie.. super anger.. rebel yet cool, calm.. apa lagi sebagai Sudin yang tak bagus belajar tapi bagus berlawan.. sangat calm menangani kepala dia dirembat dengan acting yang sangat bersahaja oleh mamat producer kepada beberapa filem indie- Namron sebagai bapak yang disturbed nak mampus... besh gila tengok kepala kena tunjal.. walaupun budak Kisah Kaisara tue nanges agak cengeng tapi emosi mesti terjentik.. walau dibalut jugak dialog2 lawak dan bersahaja di mana mana... (Hasma menangis masa budak Sudin kena belasah kikikiki... )


Untuk bahagian anak- anak Riezman dan Amy Mastura.. star dua orang remaja tue pun bagus dan menyerlah walaupun ada issue nak selit lawak ala Barat nyer Pendidikan Seks... atau mild sket macam ADIK MANJA dulu.. cara kita.. ok la tue... bintang remaja dan kanak2 tue pun bagus portray watak they all...


Adibah Noordengan peranan yang kecik tapi penting.. memang menyentuh hati bila dia terangkan kepada Sudin apa pengorbanan bapak Sudin walaupun bapak dia suka tunjal kepala Sudin ..


Jalaluddin Hassan pun ada sket lain untuk filem nie..chegu nerd yang kelako.. chegu seksis yang selalu bagi pendekatan positif- beri penghargaan dan peluang kepada anak2 dan murid tue lupa lak aku siapa dia..


Naskhah menyindir Sistem pelajaran sekolah nie banyak dah diluahkan dalam drama2 Japon... tapi untuk belah kita.. naskhah nie - dan contoh
lain macam komik Ujang- AKU BUDAK MINANG boleh dijadikan rujukan dan penilaian semula kita cara mendidik anak yang best atau x besh..

Tuesday, November 09, 2010

Michael... ready pecah record store!!


Pihak Sony Music yang selama nie x mengendahkan Maikel Jeksen nyer demanding dan macam2 lagi permintaan beliau.. arwah.. dah pun release gambo cover CD untuk album terbaru yang bakal meletopp kebabommm di pasaran...

Turut beredar dengan koolnye trailer teaser untuk single terbaru beliau- Breaking news...

Monday, September 06, 2010

ANA FAQIR dan BLUES GANG Metafizika "Kembali ke Asalmu" (Koleksi Nurul Ala 2008)





  • Kesufian.. tasauf memang laa macam rupa tambah.. tapi manusia saja menyusah- nyusahkan diri.. mencari sana sini.. padahal kalau korang dah lengkap Tauhid.. Akhlak dan Feqah yang basic.. cukup dah.. tak payah cari bende2 tambah.. dan memang laa... kalau takde ilmu.. tasauf akan dianggap sebagai "bende tambah.." yang kadang2 ditambah2 sebagai penyedap yang kadang2 tak betul.. dan kalau rasa tak faham... carilaa orang yang berilmu


Stuff like this..- METAFIZIKA "kembali Ke Asalmu.." dah lama aku windukan. rupanya nak dekat dua tahun kewujudan dio tapi takde kat kodai biasa.. aku angkat di Bazaar Ramadhan kat Stadium Bukit Jalil..sementara menunggu hasema dengan stuff belian dia.. selama nie kita dok obses dengan Band Indon macam Ungu.. Waliband.. Opick buat album ketuhanan- otai kita _ Blues gang.. dah lama ada projek macam nie.. someone named Syeikh Ana Faqir.. ajak geng2 Blues Gang menggabungkan puisi kesufian dan lagu2..(bayangkan projek Hijjaz raya yang ajak Ina Naim sekali berpuisi bernyanyi dulu..) mostly lirik provided oleh Ana Faqir nie jugak.. perghhh aku bukak keratan ketiga.. dengan petikan gitar otai2 Blues Gang.. dan entering piano.. bunyinya fresh siottt... lagu Alam Maya memang something dengan suara Ito..

Satu ketika dulu.. aku ingat lagi.. masa M Nasir ungguli radio dengan so- called lagu2 kesufian dia.. Ito bukan main marah lagi bila M Nasir campur adukkan lagu dia yang santai happy dengan mentera2 india.. "Aummm" (cth)Kias Fansuri kot.. dengan lirik2 yang Ito dakwa M Nasir guna hadis... tak lama Ito come up pulak denghan ini.. takpe laa tue.

Lagu Surau Tua pun mengusik..

Makcik nama Dr Rahimah Hamid tue serius aku tak familiar.. tapi siapa into sayembara deklamasi mungkin biasa mendengar karya2 dia..

CD audio nie dibekalkan sekali dengan satu buku berkenaan Metafizika.. apa itu Zikir.. Tasawuf.. aku x angkat pakej dengan buku tue ehehehe.. sebab aku nak dengo Blues gang jer..

Tapi apa yang memberikan roh dan jiwa sebenarnya ke dalam keseluruhan persembahan rekod nie- baik puisi dan lagu ialah permainan flute dan seruling bambu Mohar.. soothe the nerveeee...

Sunday, September 05, 2010

MY NAME IS KHAN (Studio : Imagenation Abu Dhabi/ Dharma Productions / Red Chillies Entertainment , Distributed by: Fox Searchlight Pictures 2010



MY NAME IS KHAN mencadangkan idea Shah Rukh Khan (dan pengarah filem nie- Karan Johar dan penulis skrip dio- Niranjan Iyengar) terhadap beberapa issue, yang dia- selalunya Shah Rukh KHan laa "kena".. jadi mangsa kontroversi.. terhadap sikap dia yang dilihat liberal dengan agama lain.. walhal aku dapat lihat kejujuran filem nie.. filem nie bajet besar da tentu la dengan tujuan "solidarity.."- duduk sama2 aman.. siapa saja boleh jadi pengganas... dan tidak patut dituduh jadi pengganas... baik dia Muslim.. Hindu.. beberapa perkara penting- pertikaian Hindu- Muslim di India.. Islamophobia selepas 9/11... terhidang dalam movie nie.. selain menceritakan seorang mamat dengan autistik dan Asperger's Syndrome- tak suka warna kuning.. dan tak selesa dengan environment baru.. dia jugak heroic.. dan jugak genius tak pasal.. (macam FORREST GUMP nyer sisi poyo..) filem nie jugak menemukan semula Shah Rukh Khan yang poyo (tapi kau tak boleh denyin' dia nyer big talent.. jadi mamat retarded.. besh siol..) dengan heroin dia yang dulu2- Kajol..

filem nie- along with THREE IDIOTS.. dan ada dua tiga filem lain 'Dustan mencadangkan yang Bollywood dah ready untuk diberi perhatian serius.. tak de laa sekadar music cekedum cekedum dan tunjuk pushat penari dan pelakon pempuan dia ajer..

menariknya.. ada komedi ringan di tengah2.. dalam kelancaran muvi nie.. dan jugak.. score music dia pun agak fresh..

Saturday, April 03, 2010

TWILIGHT manga.. dah ada kat kodai.. bila aku nak beli?





Stephenie Meyer tau potensi manga dan potensi TWILIGHT dio sendiri lantas team up dengan mangaka dari Korea nama Young Kim maka lahirla manga nie..

da beredar di Popular Book.. aku nampak dah.. bila pulak nak beli... mari kita tengok sket image dari buku tue yang terjual dalam 60.00 ringgit lebih jugak size tebal bagak jugak..

Belasungkawa Mior Ahmad Mior Badri.. atau Din Beramboi




Ramai betul orang ziarah pusara dio.. memang susah nak percaya.. beliau memang tengah fresh dengan show lawak di sana sini.. dan pagi2 pun Malaysia memang dah macam histeria dengan SAWANCARA dan PAGI di Era dia pairing dengan Aznil Hj Nawawi..

Beliau disahkan kena DSS atau Sindrom Denggi mengejut di mana selama nie.. turut disaspek kena infected air konceng tikus dapat dr Zoo(!)- kerana gejala dan simptom yang sama.. demam mengejut.. siap koma.. evilll...

Siapa leh menahan kalau Tuhan da picked up our names?? Begitulahhh..

Masa mula2 mamat nie keluar dengan projek2 bersama Afdlin Shauki.. aku yang masih x dapat terima kontroversi hakcipta nama Din Beramboi (dua pusingan claim di Mahkamah) back in ujung 1990s dulu.. siap kecoh di MELODI>> memang makan tahun jugak aku nak terima originality atau style dia sendiri..

Sehingga la Along Bukit Beruntung dari A_HA dan satu lawak dia mengajar harith Iskandar di kampung sebagai ckegu kerajaan dari rumah ke rumah tue.. kelakorrr... siut.. dan projek dia pulun Raya puasa astro baru nie mungkin leh jadi kenangan2 kita bersama mamat nie..

Al Fatihah..

Gayour tentu shock dan trauma sebab baru ajer bersama beliau.. dalam satu program.. macam aku kehilangan kawan kat Mesir dulu.. shock.. tapi itulah hakikat.. harus ditelan.. sama macam broke up dengan aweks gak.. apa lagi laa closed friend dia macam Aznil di Konti.. dan Afdlin..

Gambar2 amik dr MSTAR

Saturday, March 13, 2010

MAHER ZAIN Thank You Allah (Awakening Records,


Bertenang la sekejap.. maher Zain nie kalau siapa into Nasheed yang betul2.. (bukan jiwang2 bangang...) dengan sentuhan music kontemporari yang menyenangkan.. macam Reihan dari Malaysia .. Opick dari Indonesia..Imad rami.. atau up sket macam Outlandish dan Sami Yussof..

mamat nie dinaungi Awakening Records... yang melahirkan Sami Yusoof dulu. Memang soothing gila dengan piano..English dia pun lagi proper kedengaran berbanding Sami. Ada banyak lagu sedap dio untuk album nie dengarkan Thank You ALLah dio.., Awaken, The Chosen One.. melodi membuai.. lirik positif..apa lagi yang korang nak??? Wowww.. singing dia pun besh.. siapa2 into Craig David, Outlandish.. mesti sokaa... Oii sodap laaa..

Ada setengah lagu tue.. macam david Archuleta pun adoo..?? What?/ ahh korang try la sendiri wahahaha...