Saturday, September 06, 2014

THE FACELESS (Autotheism, Sumerian Recrods 2012)

Okay sebelum kita bergembira dengan penawaran band Slipknot Oktober nanti.. mari kita berganjak ke belakang sekejap dua tahun kepada satu album yang besh genre death- atau technical death metal  dengan sedikit kesedaran progressive, djent henti- henti dan jazz di solo..

Membawa kepada satu band yang berambisi besar ini. Band dari Cali, US nie aku kenal sama gak macam band Hacktivist, HAARP Machine, The Contortionist dan seangkatan dengannya dua tahun lalu melalui free giveaway CD Metalhammer #238 issue Manson/ Rob Zombie.. lagu dalam kompi tu The Eidolon Reality adalah attack of death.. speed guitar and drums dan ada dua suara- satu guttoral.. satu vokal merdu untuk break chorus..bersilang guttoral vox tadi dengan gitar jazzy, funky yang besh.. lepas tue aku tak sibuk cari album full dia.. sehinggala baru2 nie.. aku cari balik dan wowww..

Rupanya dua tahun lepas dia merajai banyak carta album Hard Rock.. di Billboard sendiri masa tue no. 50.. fuhh..

Selepas dua tahun, drummer band nie blah dan tempat diganti drummer band dari labelmate HAARP Machine punya pemukul dram..

Jadi, apa kelebihan band dan album nie? Dan apa kejadahnya Autotheism tue?

Menurut Keene kepala kumpulan nie- idea diperoleh selepas baca buku The Singularity is Near oleh Ray Kurzweil. "Autotheism" adalah auto meaning diri and "theism" bermaksud keparcayaan kepada Tuhan maka maka authotehis bermaksud "believing in one's self.. hahaha lantak kau laa..

Oleh kerana pengaruh   The Singularity is Near maka tetiba ada OK Computer Radiohead punya trick dari lagu Fittier Happier dalam keratan 53 minit instrumental cello strings dalam Hail Science- sekali lagi eksploit suara Stephen Hawking..

Solo guitars sedap- sedap semua.. walaupun pengulangan banyak terdengar dalam mereka mencari mood dan identiti..

Pembuka lagu: awalan tue tak pasti suara Michael Keene (gitaris, producer, brainchild album nie) yang growling atau Ficco ke?? yang merdu siapa plak ehehe..musically Autotheist Movement I:Create  ada feel Metallica gone grunge atau Sabbath- Alice In Chains.. singing a la Hatfield kemudian baru aa growling voice for death metal masuk..   sebelum masuk mengganas, speeding  dalam Autotheist Movement II :Emancipate..

Sergio Flores – sensasi viral Youtube pun dijemput sama bermain saxophone on Autotheist Movement III: Deconsecrate dan bonda Keene pun dijemput sama memeriahkan dengan suara dia.. bagus betull..

So korang dapat 90s death metal seperti diguna dan dimainstreamkan semula Slipknot + diperbaharui dengan prog dan Djent zaman sekarang 

Penutup- In Solitude tu sedap..




 





No comments: