Saturday, March 12, 2016

JEWEL Picking Up The Pieces (Sugar Hill 2015)

Ahhh.. Jewel.. dia baru aje bercerai.. dan untuk sebuah lagi album post- divorce.. anda akan merasakan betapa Jewel memberikan sepenuh jiwanya dan menumpahkan segala perasaannya dalam Picking Up The Pieces tahun lalu.                                      

Adalah sangat normal- bila kau kembali mengenang keluarga selepas bercerai- My Father's Daughter feat. Makcik otai Dolly Parton.. lagu tu sangat sweet.. Jewel bercerita tentang diri dan usulnya yang memberi pengaruh dalam kerjaya musicnya- country yang terlalu pop.. dulu Jewel dipukul dan kecaman teruk kerana country nya yang dianggap merepek.. tapi kau tengokla.. betapa merepek lagi Taylor Swift pada era masakini.

Segalanya diluahkan lagi dalam Love Used to Be.. Carnivore.. Everthing Brokes.. The Shape of You.. its sweet... sad and lamenting. Tapi pada lagu Mercy hati pendengar pasti luluh.. brimful tearburst.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kau dah kenapa ??!! Dari segi sound dan rakaman persembahan sengaja raw dan album ini dipanggil sebagai book end kepada album meletup beliau Pieces of You...

No comments: