Monday, February 15, 2010

UP (PIXAR, 2009)


idea animasi nie sama dengan I robots di mana "impian yang korang tak kejar akan menghantui hidup korang sepanjang hayat.. " Pakcik Carl Fredickson masa muda tak aktif.. memuja Charles F Muntz.. seorang explorer yang ditibai teow kaw2 oleh media kerana memberikan dakwaan tak betul pasal seekor monster di Paradise Fall yang dia discover masa satu kembara. Tak lama pastue dia befriending Ellie... awek hyper tomboi.. tapi Ellie versi tua dan nenet laaagi chun ehehehe.. sepanjang idup berdua tue- impian mereka bersama - nak menakluki Paradise fall masih diorang simpan.. tapi simpanan depa barai dan short kat bende lain.. adoi sedihnya,,.

Years berlalu.. rumah mereka berdua bersanma da terancam dengan pembangunan sekitar.. dan dengan azam yang kuat dia pun membawa rumah tue ke angkasa dengan ribuan belon helium.. membawa bersama kenangan dengan Ellie.. alih2 sorang budak pengakap semangat ada sekali dalam rumah yang da terbang tue, dan bermula la satu kembara yang kelakar gila... meets Dug, anjing yang boleh bercakap dengan gelang suara di lehernya dan seekor burung undan tak boleh terbang.. ehhh burung undan ke tue? ahh belasah laa..

sweet... ada banyak moment kelakar.. dialog pun kelakar tak hingat.. warna2 Pixar yang terpuji.. ohh yeah.. degan balloons.. burung tue.. sejujurnya kalau UP nie panjangkan moment Ellie dan hero tue.. atau banyak berdua dengan budak pengakap tue tanpa burung kaler dan hanjing tu.. mesti UP akan jadi lebih istimewa dan lain.. tapi disebabkan Hollywood perlukan kepelikan.. absurditi dan dah tentu kalau berkisar Ellie dan pakcik Carl ker.. mesti agak mengantok .. jadi tue pasal la pengembaraan tue ada Dug dan burung tue.. sebelum explain balik siapa sebenarnya Charlez Munt.. idola penerbangan yang Carl puja selama nie..

No comments: